Tag-Archive for » Unit Trust «

Duit Tak Akan Datang Bergolek!

Nota Kepala : Artikel di bawah dipetik (ditaip semula..fuhh!!) dari majalah Al-Islam keluaran Februari 2010

Ramai orang hendak kaya cepat. Buat ibu duit dan main saham untuk jadi kaya. Dijanjikan pulangan yang mencapai empat angka. Skim cepat kaya, labu peram, piramid, MLM dan banyak lagi. Paling seronoknya apabila ada iklan tidak perlu kerja susah hanya tengok komputer duit datang bergolek.

Itu penipuan yang nyata. Mana ada duit datang bergolek di dalam dunia ini tanpa bekerja. Tapi ramai juga yang tertipu. Ingatkan hendak jadi kaya, rupanya kayap!

Semua orang hendak kaya tapi kena pandai dan betul caranya. Di dalam Islam pun ada caranya iaitu menyimpan atau melabur. Main saham adalah jalan paling mudah hendak cepat kaya. Saham Islam atau saham konvensional? Kedua-duanya boleh asalkan sudah dipastikan menepati syariat Islam.

Cara mudah untuk mengetahui yang Islamik atau tidak boleh dirujuk di Internet. Ada lebih kurang 800 saham yang telah disenaraikan berkonsepkan Islam. Pilih saja yang mana satu mempunyai masa depan cerah dan pulangan yang baik.

Bagi Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM, Dr. Shofian Ahmad, saham adalah kata pinjaman dari Bahasa Arab yang membawa maksud bahagian, perkongsian keuntungan dan kerugian. Untung sama rasa dan rugi sama tanggung. Kerjasama ini memang dianjurkan dalam Islam.

Di dalam Al-Quran, surah Al-Maidah – 2 ada menyebut, Dan hendaklah kamu bertolong-tolong membuat kebajikan dan bertakwa, dan jangan kamu bertolong-tolong pada melakukan dosa dan pencerobohan.

Menurut Dr. Shofian, perkongsian untung rugi itulah saham. Ia tidak bercanggah dengan Islam. Ia akan jadi haram sekiranya perniagaannya menjalankan aktiviti haram. Di dalam sebuah hadis jelas menyokong bahawa pelaburan saham amat digalakkan.

Bertanya sahabat : “Apakah pekerjaan yang paling baik?” Jawab Rasulullah : “Setiap jual beli yang baik mengikut peraturan syarak, tidak ada perkara haram”

Tambah Dr. Shofian lagi, saham Unit Trust atau Unit Amanah akan menjadi haram apabila aktiviti yang dijalankan terlibat dengan perkara-perkara haram seperti riba, penipuan, perjudian, arak, nombor ekor, menternak babi dan perniagaan berunsurkan tembakau serta rokok.

“Begitu juga syarikat yang terlibat di dalam perniagaan senjata dengan Israel. Jika terdapat salah satu daripadanya, maka dana atau saham itu dikatakan sudah tidak Islamik lagi. Majlis Syariah tidak boleh mengesahkan bahawa saham itu sebagai saham senaraian Islam,” katanya.

Seterusnya Dr. Shofian menghuraikan lebih lanjut tentang haram yang dimaksudkan di dalam Islam “Contohnya saham yang melibatkan rokok. Saham ini haram kerana rokok membawa kemudaratan kepada manusia. Manakala haram menjalankan perniagaan senjata dengan Israel kerana syarikat tersebut berurusan dengan pihak yang menindas orang Islam,” jelasnya.

Menurutnya saham amanah adalah satu bentuk pelaburan yang tidak ada unsur riba, perjudian,penjualan arak, penindasan, penipuan dan semua perkara yang menyalahi syariat Islam.

“Di sini saya melihat saham amanah boleh menjadi pemangkin untuk menjana ekonomi orang Islam. Kerana yang namanya saham itu adalah satu bentuk perniagaan atau perkongsian.

“Saham-saham ini diterbitkan daripada satu perniagaan untuk mendapatkan modal. Dari saham itu nantilah adanya pulangan, bonus, keuntungan serta dividen. Apabila seseorang melabur, ia akan membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara dan orang itu akan mendapat pulangannya.

“Namun di dalam Islam, tidak semua saham diharuskan membelinya. Ada juga saham yang dlarang dan diharamkan walaupun dikenal pasti boleh membantu ekonomi negara dan individu.

“Saham short selling memang haram hukumnya. Maksud saham short selling adalah menjual saham yang bukan miliknya. Misalnya Abu, meminjam saham orang lain lalu menjualnya dengan harga tertentu, bila harga saham itu jatuh dia beli balik dengan harga rendah. Beza harga tertentu dengan harga jatuh adalah keuntungannya. Duit itu adalah haram dimakan kerana bukan miliknya,” terang Dr. Shofian

Wajarkah Melabur Sekarang? Dalam Suasana Ekonomi Yang Tidak Menentu?

Dengan keadaan pasaran saham yang tidak menentu sekarang, ramai di antara kita yang takut nak membuat pelaburan. Dengan kesan daripada keadaan ekonomi global yang terjejas teruk, harga saham-saham mewah tempatan juga banyak yang jatuh merudum. Keadaan ini secara tidak langsung memberi kesan juga kepada harga dana-dana Unit Amanah (Unit Trust) bagi semua syarikat Unit Amanah. Ada beberapa orang client Unit Trust saya yang sepatutnya boleh melabur untuk kali ke-2 atau ke-3 melalui potongan KWSP, sudah tidak mahu melabur kerana takut harga saham yang mereka invest akan jatuh dan semakin susut nilai. Saya faham gelodak hati mereka kerana maklumlah, bukan senang nak mengumpul duit, kan?

Bila saya call atau SMS mereka untuk mengingatkan pelaburan mereka seterusnya, ada yang menjawab :-

Taubat aku, Jie

Wat masa ni akak hold dululah. Thanks

No re-investment for this moment. TQ

Saya tak berkecil hati langsung dan apa yang saya buat, hanya memberi nasihat yang terbaik untuk mereka. Walaupun begitu, ada juga yang tak sabar-sabar SMS dan email saya.

Eh, harga DALI (salah satu dana yang diuruskan oleh CIMB WA) turun lagi kan? Bila ko nak datang ofis? Aku punya dah boleh buat next investment, kan?

Eh, aku dengar kat iklan radio, masa ni sesuai untuk invest dalam Unit Trust. Aku nak cubalah.

Salam, Cik Ujie. Saya baca blog awak. Saya nak mula buat investment. Please contact me.

Begitulah. Ada yang berani mengambil risiko. Ada yang tidak. Untuk mula melabur dalam Unit Trust, beberapa perkara perlu difahami dahulu. Seperti yang berulang-kali saya terangkan kepada pelabur-pelabur saya, Unit Trust adalah simpanan/pelaburan untuk jangkamasa sederhana/panjang iaitu sekitar 3-5 tahun. Sekiranya kita berumur 30 tahun, kita mempunyai 25 tahun lagi untuk pencen. Dan kita mempunyai 25 tahun lagi untuk mencarum dengan KWSP. Jadi, apalah sangat 3-5 tahun itu untuk kekal melabur dengan Unit Trust melalui potongan KWSP setiap 3 bulan. Betul tak? Tambahan pula, Unit Trust boleh memberi pulangan yang jauh lebih tinggi daripada apa yang diberi oleh KWSP.

KALKULATOR PELABURAN MELALUI EPF

(anda boleh kira sendiri jumlah yang layak untuk anda melabur)

Satu perkara lagi, Unit Trust merupakan medium terbaik untuk menjana keuntungan yang tinggi dengan risiko yang boleh diuruskan. Ini kerana, Unit Trust bukan terdedah secara langsung kepada pasaran saham. Misalnya bagi dana Islamik paling popular di CIMB Wealth Advisors kerana kestabilan dan pulangan purata yang melebihi 15% setiap tahun iaitu CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund (dahulu dikenali sebagai Dana Al-Ihsan) , terdapat lebih 30 kaunter saham mewah terpilih yang dilaburkan oleh dana ini. Dalam 30 kaunter ni, takkanlah semua yang rugi kan. Ada juga yang untung. Berbanding kalau kita main saham secara direct misalnya kita beli saham-saham yang berkaitan dengan minyak, harus terduduk waktu ni. Yelah, masa harga minyak melambung dulu, sedaplah mengaut keuntungan. Masa harga minyak jatuh, sendiri jawab.

Wajarkah Melabur Sekarang? Dalam Suasana Ekonomi Yang Tidak Menentu?

1. Berita Harian
2. Harian Metro
3. Bernama online
4. Dwindling Trust, The Star_29Oct08

Untuk pengetahuan saudara pembaca, berikut merupakan KLCI performance pada 2006 dan 2007

Bagaimana pula dengan indeks komposit sekarang?

Jadi, sekarang adalah masa yang terbaik untuk MELABUR! Ini adalah kerana keadaan pasaran saham yang mengalami kejatuhan kini, mempunyai potensi untuk naik semula.

BAGAIMANA KITA BOLEH MENJANA KEUNTUNGAN DENGAN PASARAN KEWANGAN SEMASA?

  • Peraturan 1 : Beli Dana pada harga yang rendah

  • Peraturan 2 : Ringgit Cost Averaging (Puratakan kos pelaburan anda)

  • Peraturan 3 : Melabur dalam jangkamasa panjang (3-5 tahun)

Melabur sekarang dan tukarkan ketidak tentuan pasaran kewangan kepada peluang pelaburan!

RAHSIA RINGGIT COST AVERAGING
(Purata Kos Pelaburan)

Anda sentiasa membeli pada harga rendah/murah tidak kira apa jua keadaan pasaran dengan melabur secara kerap/berkala!! Dan pelaburan kerap/berkala membuatkan anda sentiasa UNTUNG!!!

KWSP Anda Cukup Untuk Bersara?

Duit simpanan KWSP mencukup untuk masa depan? Fikirkan…

Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan berita dalam akhbar-akhbar tempatan yang mengatakan bahawa duit simpanan KWSP kebanyakan kita, secara purata hanya berjumlah lebih kurang RM114,000 apabila kita bersara nanti Dengan simpanan sebanyak itu, seseorang pencarum KWSP yang bersara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi membolehkannya menampung hidup sehingga usia 75 tahun.

Kerajaan amat risau dengan situasi ini, lalu membuat beberapa peraturan baru yang telah dimulakan pada Februari 2008 yang lalu. Antaranya, Akaun 1 di dalam KWSP boleh dikeluarkan apabila ia mencecah RM16,000 (bagi umur tertentu) berbanding RM55,000 sebelum ini supaya pencarum boleh menyimpannya di unit amanah seperti Unit Amanah CIMB (salah sebuah unit amanah terbesar di Malaysia). Akaun 2 juga boleh dikeluarkan setiap bulan untuk membayar pinjaman rumah atau membeli insurans.

Ini dilakukan oleh kerajaan kerana simpanan di KWSP tidak dapat menjamin keuntungan yang besar memandangkan secara purata, ia hanya memberikan keuntungan 5-6% setahun. Kalau dikira dari segi matematik, duit simpanan KWSP hanya akan menjadi dua kali ganda dalam masa 14 hingga 18 tahun. Berbanding dengan simpanan di dalam unit amanah seperti CIMB yang memberikan pulangan purata 10-20% , duit simpanan akan menjadi dua kali ganda dalam masa 4 hingga 7 tahun sahaja
Berdasarkan rekod-rekod yang lepas, Unit Amanah CIMB berjaya mendapat lebih 10 hingga 20% setahun. Ini jauh melebihi keuntungan atau pulangan yang diberikan oleh KWSP (5 hingga 6% setahun). CIMB mampu memberikan pulangan yang lebih besar kerana mengikut strategi-strategi yang disarankan, di samping dipantau oleh pengurus-pengurus kewangan yang berpengalaman berbelas atau berpuluh tahun.

Kerajaan memberikan kepercayaan kepada syarikat unit amanah.Disebabkan itu, Akaun 1 di dalam KWSP tidak boleh dikeluarkan dan disimpan di tempat-tempat lain seperti Tabung Haji, ASB dan sebagainya. Ia hanya dibenarkan dikeluarkan untuk disimpan di dalam Unit Amanah seperti CIMB.

Sebelum ini, kerajaan menghadkan, pengeluaran hanya boleh dilakukan apabila Akaun 1 KWSP mencecah RM55,000 tetapi dengan kepercayaan kerajaan kepada syarikat-syarikat unit amanah seperti CIMB, peraturan baru yang dibuat pada Februari 2008 membenarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP apabila baki mencecah RM16,000.

Untuk yang berminat memulaka pengeluaran Akaun 1 KWSP untuk disimpan di Unit Amanah CIMB, boleh menghubungi saya di talian 018-2045336 atau email ujie[at]ujie.com untuk tempahan masa bagi mendapatkan sesi rundingan bersama saya secara percuma.

Ingat, setiap bulan yang anda tangguh, anda akan rugi berpuluh atau beratus ringgit, terutamanya sekiranya Akaun 1 anda mencecah ratusan ribu ringgit.

Saya memahami, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, ramai yang takut untuk menyimpan di dalam unit amanah kerana risau sekiranya duit simpanan KWSP yang mereka simpan bertahun-tahun akan lenyap dan seterusnya mereka akan rugi. Kerugian tidak akan berlaku sekiranya anda menerima nasihat dan cadangan konsultan anda supaya:-

1. Kekal melabur di dalam Unit Amanah CIMB dengan mengeluarkan simpanan KWSP setiap 3 bulan.

2. Beri masa 3 hingga 5 tahun untuk Unit Amanah CIMB menjana keuntungan 10-15% setahun untuk anda.

Ada beberapa sebab mengapa anda perlu menyimpan di dalam Unit Amanah CIMB

1. Syarikat Unit Amanah CIMB satu-satunya unit amanah yang menyediakan perkhidmatan amanahraya (Trust Nomination) untuk pewaris/penama.

2. Sejak Southern Bank dan Bank Bumiputra bergabung dan membentuk CIMB, ia menjadi lebih besar dan teguh.

3. CIMB ada banyak dana yariah dan merupakan penyedia dana Syariah terbesar di Malaysia.

4. Daripada Top 15 (15 tangga teratas dalam senarai unit amanah) tahun 2007, Unit Amanah CIMB menguasai 12 daripada 15 tangga yang teratas.

5. Pulangan 10-20% adalah pulangan purata untuk setiap tahun. Tetapi, berdasarkan rekod, ada yang memperolehi pulangan 30%, 70% malah 100% dalam masa hanya setahun.

6. Saya amat mengambil berat akaun anda dan akan memberi kemaskini akaun anda bersama CIMB setiap 3 bulan sekali.

Sedia Berkhidmat Untuk Anda,

Suzilah Zainuddin
019-3889306
ujie[at]ujie.com
Perunding Kewangan CIMB Wealth Advisors