Waahhh…Adik-adik kita (ke anak-anak?) sudah memulakan sesi persekolahan yang baru ya? Ada yang baru nak masuk darjah satu dan ada juga yang sudah masuk darjah 2 dan seterusnya. Ramai rakan-rakan saya yang anak mereka masuk darjah satu, mak ayahnya yang terlebih risau. Maklumlah, nak melepaskan anak ke tangan orang lain. Mungkin mak saya dulu pun berperasaan begitu.
Saya memulakan alam persekolahan saya ketika berumur 5 tahun. Jiran saya yang juga merupakan rakan bermain saya, berumur 6 tahun dan sudah masuk ke tadika ketika itu. Jadi, saya tidak ada rakan untuk bermain-main. Apa lagi, saya pun dengan muka tak malu, menyibuk di tadikanya. Mereka makan, saya makan. Mereka belajar, saya belajar. Sampai suatu hari, mak saya heboh mencari saya satu kampung, tetapi tidak berjumpa. Emak bertanya dengan jiran sebelah, rupanya saya mengikut anaknya ke sekolah tadika. Punyalah nakal saya ketika itu. Hehe. Akhirnya mak saya berjumpa sendiri guru tadika tersebut dan bertanyakan berapa yuran yang patut dibayar memandangkan saya masuk secara haram. Huhu. Bukannya mahal sangat pun, RM4 sebulan.
Secara rasmi, saya bersekolah tadika ketika berumur 6 tahun. Dilantik menjadi ketua kelas dan dikehendaki mengetuai bacaan ikrar rukun negara setiap pagi bukan menjadi masalah kerana saya memang kuat bercakap. Huhu.
MAKA KAMI…
RAKYAT MALAYSIA…
BERIKRAR…
AKAN MENUMPUKAN…
SEPENUH TENAGA…
DAN USAHA KAMI…
UNTUK MENCAPAI CITA CITA TERSEBUT…
BERDASARKAN …
DI ATAS PRINSIP PRINSIP YANG BERIKUT…
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN…
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA…
KELUHURAN PERLEMBAGAAN…
KEDAULATAN UNDANG UNDANG…
KESOPANAN DAN KESUSILAAN…”
Comelkan saye kecik-kecik dulu..Hiks!
Konvo tadika. Teka mane satu saya?
Oh! Ya, saya bersekolah di Tadika Kemas Sungai Choh. Saya masih berjumpa dan kenal lagi cikgu tadika saya. Biasanya saya bertemu dengannya di kenduri kahwin di Sungai Choh. Kemudian, saya meneruskan alam persekolahan di peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Choh dan Sekolah Rendah Agama Sungai Choh. Seingat saya, saya memang suka ke sekolah kerana dapat bermain. Haha. Maklumlah, saya anak bongsu dan hanya ada seorang kakak yang berbeza umur 12 tahun dengan saya. Saya darjah satu, kakak saya sudah berumur 19 tahun. Takkan dia nak bermain lompat getah, baling tin, teng-teng dengan saya pulak. Jadi, saya tidak ada kawan bermain di rumah. Di sekolah sajalah tempat nak melenjan, bergasak dan sebagainya. Hiks!
Majlis Perpisahan Darjah 6. Eii…comotnye…
Saya bersekolah menengah di Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER), Batu 16. Saya memilih untuk tinggal di asrama memandangkan agak jauh untuk berulang-alik setiap hari. Setiap hujung minggu atau 2 minggu sekali mak akan melawat saya di asrama. Masa itulah dapat makan yang sedap-sedap. Kalau tidak, hadap sajalah nasi kawah, ikan jacket (ikan cencaru yang tidak dibuang sisik kerasnya) dan juga sotong sambal berdakwat hitam. Kehidupan berasrama banyak mengajar saya berdikari. Basuh baju sendiri, basuh kasut sendiri dan sebagainya.
Saya bersekolah di SAMER sehingga tingkatan 3 dan menyambung tingkatan 4 & 5 di MRSM Jasin. Di MRSM, saya didedahkan dengan sistem pointer seperti yang diguna pakai di peringkat universiti. Pelajar dinilai secara keseluruhan, akademik dan kurikulum dengan CPA dan CGPA. Batch saya mempunyai 18 kelas dan ada di antara mereka yang saya tidak kenal. Maklumlah, satu batch saja sudah 400 orang pelajar.
Di MRSM juga saya didedahkan dengan pilihanraya untuk memilih wakil pelajar. Kami berkempen, memancing undi dan siap bergaduh-gaduh dengan pihak lawan. Ahh, seronok betul rasanya. Mujur pelajar kelas saya, Zulaikha Kadim yang bertanding merebut jawatan Ketua Biro Pelajaran menang besar. Tak sia-sia kami berkempen dari kelas ke kelas untuknya. Hiks!
Saya menamatkan tingkatan 5 pada tahun 1995 dan semua memori indah akan terpahat kukuh dalam ingatan saya. Rasa macam nak terus bersekolah saja, tak nak besar-besar. 😉 Eh! Saya menulis entry ini bukan nak cerita pasal zaman sekolah saya sebenarnya. Saya nak cerita tentang sebuah sekolah di Permas Jaya, Johor Bahru yang mengenakan yuran penyelenggaraan tandas sebanyak RM5 kepada murid-muridnya. Bangang betul! Sekolah tersebut kemudiannya diarahkan untuk memulangkan semula yuran tersebut kerana kos penyelenggaraan tandas merupakan tanggungjawab sekolah menerusi peruntukan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bukannya ibu bapa. Kalau dah sekolah pun nak buat duit dengan yuran yang bukan-bukan, tidak mustahil lagi 10-20 tahun akan datang, gaji tukang kebun sekolah pun mungkin ibu bapa yang kena bayar. Berita penuh di Utusan Malaysia. Karut betul!
Kepada adik-adik, SELAMAT BERSEKOLAH! Sekolah pandai-pandai okeh..
11:13 am on May 7th, 2009
saya student sksc jgk,tahun 1 1997
1:27 pm on June 13th, 2009
salam, kak tumpang lalu, jom kumpul2 pelajar sksc kat facebook. buat satu akaun kalau belum ada, lepas tu join the group.
http://www.facebook.com/home.php?#/group.php?sid=62578d2f34826e09fd3d94fe0f47917c&gid=90615583804&ref=search
terimakasih.