Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sudah lebih seminggu saya selesai menghadiri kursus PROSPER Siswazah dan baru hari ini saya berkesempatan untuk bercerita tentangnya. Jangan marah haa….

Kursus yang dijalankan selama 3 hari di Delta Inn, Seksyen 3, Shah Alam tersebut memang banyak memberi ilmu dan pengalaman baru kepada saya. Selain, pengalaman diberi makan 6 kali sehari (dulu, semasa sekolah saja dapat makan macam ni), saya juga didedahkan tentang cara membuat business plan yang betul. Kami diajar dari A-Z bagaimana untuk menyediakan proposal perniagaan termasuk membuat Akaun Untung Rugi dan Cash Flow yang betul. Saya bukanlah datang dari latarbelakang akaun dan pada mulanya terkial-kial jugalah membuatnya. Walau bagaimanapun, selepas memahami konsep, ermm, boleh tahan juga ya. Tidaklah susah sangat. Menyesal pula tak ambil subjek Akaun semasa SPM dulu. Hiks!

Saya difahamkan kos bagi seorang peserta untuk kursus selama 3 hari ini ialah RM600 tetapi kami hanya membayar RM50 sahaja. Yang lain ditanggung oleh pihak PUNB. They are sooo generous!! Hehe. Kursus PROSPER Siswazah ini dihadiri oleh lepasan ijazah atau diploma yang berumur tidak lebih daripada 30 tahun sahaja dan pinjaman maksimum yang dibenarkan ialah RM50,000. Sekiranya saudara pembaca ingin memohon pinjaman lebih daripada RM50,000 untuk memulakan perniagaan, saudara pembaca haruslah memohon pinjaman di bawah kategori PROSPER Runcit dan kategori ini tiada syarat khas seperti mestilah lepasan ijazah/diploma dan tiada had umur.

img736.jpg

Saya dan Illa tengah boring tunggu kelas start

Yang seronoknya, kursus ini dihadiri oleh mereka yang sudah pun mempunyai perniagaan sendiri. Jadi, saya bertemu dengan ramai perserta-peserta muda yang sudah ada perniagaan sendiri. Salah seorang, tidak silap saya seorang cek mek molek berumur 26 tahun dari Kelantan, mempunyai perniagaan roof coating yang satu-satunya mengimport material tersebut dari Korea. Seorang lagi, peserta lelaki yang sudah mempunyai ladang kelapa sawit sendiri dan mempunyai 20 orang pekerja. Mereka belum berumur 30 tahun pun tetapi sudah mempunyai perniagaan yang berjaya!

InsyaAllah, saya dan smart partner saya, Illa Sabry akan mempunyai perniagaan kami sendiri. Kami memerlukan modal RM100,000, jadi saya dan Illa perlu berkongsi kerana seperti saya katakan tadi, seorang pemohon PROSPER Siswazah hanya dihadkan kepada RM50,000 sahaja. Harap-harap semunya berjalan lancar. Doakan ye. πŸ˜‰

6 Comments

  1. aizu
    3:50 pm on February 11th, 2008

    kak..bg no akak..dah delete la

  2. Nak tanye saudari ujie rasyid..huhu.. Da lulus ke blm loan PUNB tu?
    actually, sy pun ade apply loan under PUNB Prosper Runcit utk bukak kedai elektrikal & elektronik. Baru jmpe officer dia 2 hari lepas. pastu diorg sarankan sy n partner sy amek Prosper Siswazah. Ritu yang sy apply Prosper Runcit coz diorg x mention pun kene start niaga at least 6 month. skrg cam terpaksa start apply utk skim Prosper siswazah. hampeh tol.huhu..That it my pertanyaan n sungutan.. hoho..Thanks.

  3. xxujiexx
    11:00 pm on July 12th, 2008

    Tak jadi amik pon sbb banyak songeh…

  4. Knight davian
    12:47 pm on October 26th, 2009

    Assalamualaikum,saya berminat nak tau,pasal training PUNB yang uji attend tu..pastu ape kesudahan nye..sebab saya mcm teruja tgk bantuan yang bakal disediakan selepas training tu..tapi last2 comment dari uji…macam banyak pulak halangan nye..toloong ye..TQ/wassalam.

  5. Ujie
    3:36 pm on October 26th, 2009

    Waalaikumussalam.

    Kesudahannya, kitorang tak amik pon loan Prosper tu..dia bg sikit sangat berbanding modal yg diperlukan..tapi kalo u boleh try..bagus jugak attend kursus tu.at least boleh jumpe dgn bakal2 usahawan dan dapat idea utk buat bisnes…cuma sbb biz yg saya dgn my fren nak buat tu perlukan modal yg besar terutamanya utk renovation.dorang tak bg habiskan duit utk buat renovation sgt..tryla…

  6. HANI
    4:01 pm on November 3rd, 2009

    NAK TANYA SKET.. MASA KITA WAT KERTAS KERJA TU KAN.. DIA KAN SUH BUH LOKASI KEDAI, DUIT DEPOSIT KEDAI TU DIA BAGI MASA BILA..BEST EK KURSUS, ADA SENAMAN PAGI X, JOGGING2 KE…