Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

NAMA merupakan pengenalan kepada seseorang. Kadangkala nama juga dirujuk untuk mengenali seseekor haiwan. Pendek kata, setiap makhluk di dunia ini, pasti mempunyai nama. Apa ada pada nama? Nama untuk seseorang manusia sangat penting di akhirat kelak. Di Padang Mahsyar, di kala setiap daripada kita dipanggil untuk ditimbang amalan-amalan kita semasa di dunia. Begitu juga ketika talkin dibacakan. “Wahai Suzilah binti Saati@Sahati (nama mak saya). Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.” Begitulah lebih kurang.

Mujur kita tidak lahir pada zaman dahulu. Di zaman 30an, 40an, 50an dulu, orang-orang tua kita tidak kisah nak beri nama apa kepada anak mereka. Asalkan ada nama, cukuplah. Nama-nama pada ketika itu biasanya berkait rapat dengan alam atau fizikal anak-anak mereka. Kalau anak mereka sedikit gelap, diberinya nama Hitam. Hitam bin Putih. Hiks! Ada juga yang menggunakan sayur-sayuran sebagai nama. Labu, Kundur, Bawang Putih, Bawang Merah. Lobak..ermm..tak pernah pula saya dengar. Tapi salah seorang kawan saya semasa di sekolah dulu mempunyai seorang ibu saudara bernama “Pisang”. Nasib baik adik beradiknya yang lain tidak diberi nama “Nangka”, “Cempedak”, “”Limau Bali” dan sebagainya. Hehe.

Kadang-kadang tidak boleh juga disalahkan ibu bapa pada zaman dahulu kerana pegawai yang menulis nama di dalam surat beranak tersebut yang tersalah tulis. Menurut cerita rakan saya juga, sepatutnya makciknya mempunyai nama Rogayah, tetapi Benggali yang mendaftarkan nama makciknya itu menulisnya menjadi Rogajah. Gajah? Ada ke patut?

Memilih nama yang baik dan ringkas kan lebih baik. Ada juga nama budak-budak pada zaman sekarang terlalu panjang dan sukar untuk disebut. Contohnya, Nurul Syahidatul Sabrina Rosella Bourgainvilla binti Muhammad Hafiz Gadaffi . Hah! Tak ke susah nak menulis nama dalam borang peperiksaan nanti? Borang nikah ke, apa-apa boranglah. Maklumlah, anak pertama dan cucu sulung pula. Mak ayah, datuk nenek, sibuk nak bagi nama kepada si kecil. Bila dah digabungkan dengan semua nama yang diberi, itu yang panjang berjela jadinya. Kesian suami si Sabrina ni nak terima akad nikah daripada Tok Imam. Dibuatnya Tok Imam pun ada athma, dah semput nak menyebut nama pengantin perempuan. Hehe. Kepada datuk-datuk dan nenek-nenek, zaman bagi nama anak dulu kan dah ada. Bagilah chance kepada mak ayah dia pulak. πŸ˜‰

Saya pernah melihat seorang rakan saya mempunyai dua kad pengenalan kerana namanya terlalu panjang, Kad pengenalan pertama hanya ditulis dua nama pertamanya serta nama ayahnya dan kad pengenalan kedua ditulis nama sebenarnya yang penuh. Kan dah menyusahkan.

Nama yang mempunyai makna yang baik juga sangat digalakkan. Jangan sibuk sangat nak bagi nama-nama yang canggih sampai tak sedar rupanya nama tersebut tidak ada makna. Nama saya, Suzilah pun tak ada makna. Apa nak buat..

Pernah dengar nama pemberita TV3 iaitu Pravitriana Yuliawiratnam? Begitulah lebih kurang namanya. Adiknya bernama Lenardi Amsinar Yuliawiratnam dan pernah sefakulti dengan saya dahulu. Manurut cerita, nama adik beradiknya semua pelik-pelik. Adik-beradiknya dinamakan menggunakan istilah perubatan kalau tidak silap saya kerana kedua-dua ibu bapanya adalah doktor. Haha. Jangan pula saudara pembaca yang berkerjaya sebagai pegawai kimia memberi nama anak Siti Natrium Klorida atau kalau bapanya pakar matematik, diberinya nama anak mereka sebagai Abdul Theorem Pithagoras. Kan ke haru?

Di rumah juga, biasakan anak-anak dipanggil dengan namanya. Bukan Boboy, Gegirl, Anje atau lain-lain. Terdapat juga kes di mana apabila anak-anak ini mula masuk alam persekolahan, mereka tidak tahu nama mereka sendiri. Bila cikgu kelas panggil “Iskandar bin Ali”, si Boboy ini terlangak-langak. Maklumlah, di rumah dia dipanggil Boboy. Dia tidak tahu nama sebenarnya Iskandar. Kesian dia. Hehe

Cukuplah saya membebel tentang nama ya. Berikan pendapat atau kisah anda pula. Tapi saya belum pernah jumpa lagi orang yang tidak bernama kecuali boyfriend saya iaitu “PENDEKAR TANPA NAMA“; hero dalam komik Pedang Setiawan. Jangan marah ha… πŸ˜‰

2 Comments

  1. auni
    5:32 pm on May 20th, 2008

    salam…gud article kak..nama saya auni naili bt ismail..hee…maknanya plak lemah lembutku, ketenanganku…smoga syg mjadi anak yg lembut dan sentiasa tenang..saya suke tgk design2 blog org lain..nak buat sendiri tp x pndai…nnt bleh la akak ni ajarkan yek

  2. Zureen
    1:02 pm on January 21st, 2010

    Ujie, Lenardi bawak lari anak dia yg still breastfeed! Why so mean…