Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih


Ibu saya, Saati@Sahati Sudin

Mak, adik sayaaaaaang sangat kat mak. Adik janji adik akan jadi anak yang baik, anak yang sentiasa membahagiakan mak dunia akhirat, InsyaAllah. Jasa mak membesarkan adik, lepas arwah abah meninggal, tak akan dapat adik balas walaupun kita hidup 1000 tahun lagi. Mak sanggup kerja kantin, kerja kilang, jadi cleaner untuk cari duit nak sekolahkan adik sampai masuk U. Hmm…tatau nak balas jasa mak macamana.

Mak cerita, masa dalam perut, bidan kampung cakap, mak dan abah akan dapat anak lelaki sebab adik sangat lasak, tendang sana sini. Maklumlah, dulu-dulu tahun 1978 mana ada scanner yang boleh nampak dalam perut. Jadi, mak dan abah dah sediakan nama “Sazali”. Sekali keluar, perempuan daaa…terus jadi “Suzilah”. Hehe…

Mak cerita lagi, adik lahir dulu, suara adik paling kuat menangis masa kat hospital. Dah lah kena demam kuning (jaundice), bila kena jemur pagi-pagi, adik melalak. Satu hospital tau yang tu suara adik, anak mak. Mak cerita, adik hisap nenen sampai umur 2 tahun setengah. Lama betul. Kak Eton cakap adik macam anak kambing sebab asyik bergayut je kat nenen mak. Dia selalu dengki, tarik-tarik adik jangan bagi menenen. Huh!

Bila start masuk tadika, adik rajin masuk pertandingan melukis, pertandingan bercerita. Mak akan jahitkan costume adik. Cerita Pak Pandir dan Mak Andih, mak jahitkan baju kurung Kedah. Masa adik berlakon jadi lebah, mak jahitkan baju belang-belang hitam kuning untuk adik. Mak memang pandai menjahit. Baju raya pun biasa mak yang jahitkan.

Masa adik kecik-kecik dulu adik nakal betul kan. Sampai mak pernah tampar muka adik sebab terpijak taik kucing. Puncanya, balik sekolah agama, adik tak nak salin baju dulu, terus je nak main dengan kawan-kawan. Bila terpijak taik kucing tu, apa lagi, mak hanginlah. Yelah, dia yang nak kena membasuh nanti. Dulu-dulu ye, adik marah kat mak sebab tampar adik. Adik menangis kat bilik air, bukak paip air besar-besar bagi jangan dengar adik menangis, pastu adik mengadu kat tempayan naga yang mak pukul adik, mak tak sayang adik. Tapi bila dah besar adik sedar, memang salah adik. Memang patut dapat “ubat” sebab degil!!

Walaupun adik anak bongsu, mak tak pernah manjakan adik berlebihan. Kalau salah, memang kena sebat. Pernah adik bergaduh dengan kawan. Walaupun adik tak salah, tapi bila anak orang lain mengadu-ngadu pasal adik kat mak, mak tak suka, so adik kena pukul. Mak tak suka kalau orang kata mak menangkan anak sendiri.

Kalau adik demam atau sakit, mak paling risau. Suruh adik makan ubat tu, telan ubat ni. Kalau adik kena gigit nyamuk, mak cepat-cepat bunuh nyamuk tu. Kadang-kadang adik sedar, tapi adik saja-saja buat tidur. Bila adik balik kampung, mak suruh adik urut kaki. Kadang-kadang adik malas jugak. Terukkan adik ni.


Mak yang selalu senyum dan nampak muda

Mak selalu senyum. Mak pun kelakar. Suka bagi kawan-kawan gelak. Sebab tu walaupun mak dah berumur 65, tapi kawan-kawan adik ramai tak percaya. Ramai yang teka umur mak awal 50an. Awet muda gitu..Harap-harap adik pon awet muda nanti. Hiks!

Adik sayang mak. Adik saaaaaayang sangat mak. Terima kasih sebab mendidik adik sampai jadi orang. Walaupun kita tak kaya harta, tapi Alhamdulillah, kita kaya kasih sayang.

Sempena hari lahir mak hari ni, 15 Mei, hari lahir yang ke 65, adik ucapkan SELAMAT ULANGTAHUN HARI LAHIR KE-65 dan juga SELAMAT HARI IBU. Walaupun mak tak baca blog ni, tapi adik nak cakap juga. Adik dah call mak tadi untuk ucapkan hepi besday. Mak pun lupa besday mak sendiri. Adik doakan mak panjang umur, diberi kesihatan yang baik, diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Ya Allah, berilah kesempatan untuk aku berikan lebih banyak kebahagiaan kepada ibuku. Berilah aku kesempatan untuk aku menghantar ibuku menjadi tetamu di rumah mu, Makkah al-Mukarramah Ya Allah.