Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Selalunya saya hanya terbaca sahaja kisah orang tersilap pergi kenduri kahwin di dalam majalah dan saya akan tergelak dan tertanya-tanya bagaimanalah perkara itu boleh berlaku. Tetapi hari ini saya mengalaminya sendiri. Huhu..

Majlis kahwin rakan saya ini dibuat di Bukit Subang. Lebih kurang 15 minit berkereta dari Kota Damansara. Saya ke sana bersama seorang member dan seorang lagi rakan saya, Cidi telah sampai terlebih dahulu di sana bersama anak dan isterinya.

Seperti biasa, kami mengikut papan nama pengantin untuk mendapat arah yang betul. Lalu saya sampai ke sebuah surau dan sampai sahaja di situ, saya nampak ibu dan abang pengantin lelaki. Setelah bersalam dengan ibu pengantin, mereka memberitahu bahawa majlis tersebut tidak diadakan di situ, tetapi di dewan di tepi jalan. Pengantin lelaki ni orang Sungai Choh juga dan ini majlis di sebelah perempuan.

Kami terus memandu ke dewan tersebut dan saya menghubungi Cidi agar kami dapat makan bersama-sama. Cidi masih berdiri di luar dewan bersama rakan kami (pengantin lelaki). Setelah sampai ke dewan tersebut, saya terus mengajak Cidi masuk ke dalam dewan untuk menjamu selera. Kata Cidi, pengantin lelaki sendiri pun pelik bagaimana persiapan untuk majlis bersanding sudah dilakukan dan tetamu yang hadir sudah mula menjamu selera sedangkan dia sendiri belum bernikah! Dia berdiri di luar dewan sementara menanti untuk dinikahkan! Saya fikir, itu normallah kan lalu dengan selambanya terus juga makan.

Tiba-tiba Cidi mendapat panggilan telefon mengatakan yang kami tersilap kenduri. Cepat-cepat saya lihat bekas buah tangan untuk tetamu iaitu cupcakes yang ada tertera nama pengantin.

“Terima Kasih daripada Azizul & Zarinah”

Eh!! Apa pula silapnya. Betullah nama kawan saya Azizul tapi isterinya saya tak pasti pula bernama apa sebab kami mendapat jemputan ke majlisnya melalui sms sahaja dan bukan melalui kad. Sebaik terbaca sahaja nama pengantin, saya dengan konfidennya kompom yang kami tak silap kenduri.

Selesai makan…Kelepak! kelepak! kelepak! kelempung! kelempung! kelempung! Akhirnya pasangan pengantin pun diarak masuk ke dalam dewan. “Eh!! Tu bukan Azizul kita laa…Bila masa pulak Azizul jadi besar nih…Ah sudah..jom blah..jom blah..” Kami tergelak-tergelak. Kami pun senyap-senyap keluar dari dewan dan menuju ke kereta masing-masing.

Huhu!! Patutla sorang tetamu pun saya tak kenal. Menurut Cidi, semasa rakan kami duduk di luar dewan dengan baju nikah tadi, seorang pun tidak memperdulikannya. Yelah, dah mereka tak kenal rakan kami tu kan..Haha…Pengantin kompius, mak pengantin kompius..kami lagilah kompius…

Hmm..cemanalah boleh nama pengantin yang sama di kawasan yang sama. Kami membuat andaian yang cupcakes itu memang untuk rakan kami tetapi tersilap dihantar ke kenduri orang lain! Haru..haru…

Hmm..perut pun dah kenyang…apa lagi..blahla woiii…Hahaha….(Gulpp!! Haram ke makan kenduri tu..kami tatau maaa…)