Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Saya tak tau nak makan apa malam ni. Sambil menonton Catwoman, saya terfikir, buat cekodok kentang pun sedap juga ni. Terus saya ke dapur dan menyiapkan cekodok kentang saya.

Bahan-bahannya

Tepung
2 biji kentang
Sebiji bawang
Sedikit ikan bilis
Air suam
Garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan Pencicah
Sos cili
Mayonis

Potong kentang secara memanjang. Jangan terlalu halus. Potong bawang. Basuh ikan bilis.

Masukkan tepung di dalam mangkuk (saya biasanya guna periuk kecik).

Gaulkan tepung dengan kentang yang sudah dipotong dan juga bawang. Masukkan ikan bilis. Masukkan **air suam dan gaul sehingga sebati. Masukkan sedikit garam.

Panaskan minyak dalam kuali.

LUPA PLAK NAK AMIK GAMBO TENGAH GORENG. CISS!!

Goreng.

Taraaa…dah siap

** Guna air suam untuk merangupkan cekodok anda.

Cicah dengah sos cili dan mayonis. Kena pulak dengan air kopi O. Peehhhh!!! Mak mertua lalu pun tak perasan. Bakal mak dan bapak mertua saya suka cekodok kentang yang saya buat, tapi anaknya tak mengaku. Dengkilah tu kan Ajrimon kan..

Layan punya layan…Hasilnya, tinggal macam ni..

Hiks!! Selamat mencuba…

Hai..kembali bersiaran bersama Ujie Mapia. Rasaya saya tak pernah buat entry jiwang karat sebelum ni kan. Tetiba rasa cam nak buat pulak. Saya dedicate lagu ni kepada Ajrimon tersayang walaupun saya tau dia tak baca blog saya yang tahape-hape ni. Hiks!

Macam tak sangka, dekat nak sebulan saya menjadi tunangan Ajrimon. Macam biasa, selalu gak bertekak, bergaduh and bertumbuk (tipu je. Huhu). Walaupun macam tu, saya sayang si montel saya tu.

So Ajrimon Sayang, i dedicated this song for you. Ingin Bersamamu by Syafinaz (Bleh download atau terus dengar di sini)

Ingin Bersamamu

Pandangan pertama
Dan senyumanmu
Yang penuh kemesraan
Terukir di ingatan
Tiap detik berlalu
Tak bisa untukku melupakanmu

Setiap ketika ku rasakan
Bayanganmu menemani
Ke mana pun ku pergi
Hingga di dalam lena
Ku masih lagi termimpi-mimpi
Apakah kau pun terasa
Segalanya yang ku rasa

Andai ada ruang di hatimu
Inginku menjadi ratumu
Mengecapi cinta
Ke akhir usia
Dalam suka
Dan di dalam duka
Ingin aku bersamamu
Kekasihku

Ku sering tertanya
Beginikah berputiknya cinta
Menghiasi jiwa
Rindu menjadi lagu
Gemersik suaramu ungkapan shahdu
Apakah kau pun begitu
Asyik terkenang diriku

Walau ke hujung dunia
Kekasihku
Walau di hujung waktu
Takkan pudar cintaku
Untukmu

——————————————–

Yang, terima kasih sebab sudi memberi ruang dalam hati you yang montel untuk I dok diam-diam dalam tu. I tengah prektis-prektis jadi isteri mithali ni. I sedar, ketaatan kepada suami merupakan satu jalan untuk isteri ke syurga. InsyaAllah, I akan jadi isteri, kekasih, kawan, sahabat & 3K untuk you nanti. Love you..

XOXO,

Tyra Banks

opss shilaapp…