Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Cuba anda lihat gambar di atas. Ya, saya tau. Tanda yang menunjukkan tandas perempuan. Lagi? Apa yang tak kena dengan gambar di atas? Haa…dah nampak?

Kelako betul. Siapalah yang menulis ni. P.E.R.U.M.P.U.AN. Hak hak..nak tergelak saya baca. Gambar ini saya ambil di bawah rumah Ajrimon. Semasa menunggu dia bersiap, saya lepak di bawah apartmentnya. Ada cafe dan public toilet di situ.

Saya rasa, yang menulisnya seorang India. Kan? Hik hik..

Saya baru terperasan yang saya telah di tag oleh Azlan (ex-opismate semasa bekerja di Enershia). Maap ye Lan. Okeh, lets cekidaut :-

7 fakta mengenai diri saya

– berat 51kg
– tinggi 158cm
– saiz kasut 6
– rabun
– suka cabut rambut gatal
– kelakar (ye ke? Ajrimon panggil badut)
– sayang sangat kat kucing

7 perkara yang menakutkan saya

– katak
– hutang menimbun
– accident
– nampak accident
– tengok citer seram
– kecikkan ati mak
– kena marah ngan Ajrimon

7 lagu buat masa sekarang yang terngiang2/ diminati

– Dan (Sheila on 7)
– Aladin (Spider)
– Curiga (Ning Baizura)
– Aku Cinta Padamu (Siti Nurhaliza)
– Ingin Bersamamu (Syafinaz
– Kalis Rindu (Elyana)
– Sempurna (Andra & The Backbone)

7 perkara/ perkataan yang selalu saya sebut

– yeke?
– ek??
– ek enna
– hampeh!!!
– ishhh!!!
– laaaaaaa…
– wassap?

7 perkara yang amat bernilai buat saya

– mak
– Jeton (kakak saya)
– Ajrimon
– family
– kesihatan
– kawan
– duit

7 pertama kali dalam hidup

– lahir ke dunia (20 Mei 1978)
– period. hik hik (1 Oktober 1990)
– tumbuk budak lelaki (dalam makmal Biologi semasa di MRSM Jasin masa form 5 – tahun 1995)
– bekerja (kerja kilang sementara tunggu result SPM. Tarikh tak ingat tapi hujung tahun 1995)
– dapat lesen keta (5 September 2001)
– naik kapal terbang ke Sydney, Autsralia (tahun 2003)
– jadi tunang orang πŸ™‚ (25 May 2008)

——————————–

Amacam Lan? Puas ati? πŸ™‚