Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Malam tadi selepas habis kelas, saya lepak-lepak minum di restoran mamak berdekatan kelas kami. Kami sempat menonton gusti lidah antara DSAI dan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang disiarkan secara langsung di Astro Awani. Sayangnya, kami tidak dapat mengikuti Debat tersebut dari awal kerana kelas kami habis agak lewat. Tapi beberapa isi penting yang dikemukakan oleh kedua-dua mereka sempat juga saya dengar.

Saya lebih berminat mendengar hujah DSAI kerana hampir sedekad tidak melihat DSAI berucap secara langsung di televisyen. Memang benar, Shabery Cheek bukanlah lawan Anwar Ibrahim. Najib dan Pak Lah pun bukan lawan yang sepadan. Nak bertemu buku dengan ruas? Sila temukan mantan PM kita, Tun Mahathir vs DSAI. Itu baru lawan yang betul.

Untuk alam siber ni, apa kata kita tonton rakaman debat malam tadi di sini -> Anwar Ibrahim vs Shabery Cheek. Lets cekidaut!