Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Artikel ini dipetik dari laman web Majlis Daerah Kuala Selangor

————————————————

Kelip-kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor

Kampung Kuantan terkenal dengan Kelip-kelip. Kawasan hinggapan yang banyak hanya terdapat di sini. Malah ada pendapat menyatakan keajaiban Kelip-kelip hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia ini dan salah satunya ada di Kampung Kuantan.

Pengembaraaan kawasan Kelip-kelip bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini. Kini pengembaraan ini telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan ia telah berkembang dengan pesatnye dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk menampung pengunjung.

Hari ini Kampung Kuantan terkenal dengan keajaiban Kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah di serata dunia.

Kelip-kelip & Pohon Berembang


Kelip-kelip atau firefly

Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Specis jenis ‘Pteroptyx tener’ adalah sepsis yang terbanyak sekali terdapat di Kampung Kuantan. Keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya. Yang menjadikan Kelip-kelip ini lebih unik lagi ialah kelipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat. Dalam ribuan Kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya.

Kelip-kelip berukuran cuma 6mm panjang. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding yang betina untuk tujuan menarik perhatian Kelip-kelip betina. Jangka hayat Kelip-kelip ialah selama 2 hingga 3 bulan.

Pokok Berembang atau ‘Sonneratia Caseolaris’ adalah sejenis pokok bakau yang tumbuh liar di tebing Sungai Selangor. Ia memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan persekitaran berpaya. Pokok berembang penting kepada Kelip-kelip sebagai sumber makanan. Selain daripada itu, pokok Berembang juga penting sebagai habitat serta bertindak sebagai penapis kotoran dan racun dan mengeluarkan air bersih untuk hidupan yang terdapat di dalam sungai.


Rupa pokok berembang

Kampung Kuantan

Kampung Kuantan adalah sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi oleh pohon-pohon kelapa dan kelapa sawit. Kampung ini terletak kira-kira 56km dari Kuala Lumpur dan 9km dari Kuala Selangor.

Kampung yang indah dan permai ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana tenang untuk beristirehat and melapangkan fikiran, jauh daripada hiruk-pikuk dan kesibukan kota. Di kawasan berhampiran, terdapat beberapa tempat pelancongan yang menarik seperti Bukit Malawati yang bersejarah dan Taman Alam Kuala Selangor yang mempunyai pelbagai spesis burung-burung. Terdapat juga sebuah pekan kecil untuk persinggahan iaitu Sri Segambut yang dikelilingi oleh kawasan sawah padi. Akhir sekali, terdapat juga kawasan pantai iaitu Pantai Remis yang terkenal dengan keindahan pantainya yang cantik dan kepelbagaian makanan lautnya yang lazat.

Sistem Pengangkutan ke Kampung Kuantan

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampung Kuantan mengambil masa selama 45 minit. Terdapat juga beberapa agensi pelancongan mengadakan pakej perjalanan dan lawatan ke Kampung Kuantan serta kawasan pelancongan di persekitaran Kuala Selangor.

Perkhidmatan teksi juga ada disediakan dari bandar Kuala selangor ke kampung Kuantan dengan kadar RM40.00 untuk satu perjalanan (4 orang). Walaubagaimanapun, beberapa tempat penginapan ada menyediakan kemudahan pengangkutan untuk ke Kampung Kuantan.

Kemudahan Awam

Pihak pentadbir kawasan Kelip-kelip menyediakan kemudahan tempat letak kereta secara percuma, gerai-gerai makan dan gerai cenderahati. Terdapat juga taman permainan khusus untuk mereka yang membawa bersama anak-anak.

Menyusuri sungai dengan menggunakan cara tradisional boleh memberi kepuasan kepada pengunjung disamping melihat keindahan Kelip-kelip yang menakjubkan. Penggunaan sampan juga dapat mengelakkan pencemaran bunyi dan asap yang boleh mengganggu habitat Kelip-kelip.

Tempahan & Pertanyaan

Pengunjung boleh membuat sebarang pertanyaan dan tempahan dengan menghubungi :-

Majlis Daerah Kuala Selangor
Jalan Semarak
45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
E-mail : ydp@mdks.gov.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it / sumd@mdks.gov.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it / msaad@mdks.gov.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Tel : 03-32891439 / 1549 Fax : 03 3289 1101

Kadar Bayaran

Sebuah sampan termasuk insurans dan jaket keselamatan (Maksima 4 orang)

RM 40

————————————————

Mungkin next visit, I bawak u memancing udang dan melawat Bukit Melawati pulak ye yang…:-)

5 Comments

  1. Fiona the firefly keh keh keh keh

  2. salyna_lyn
    7:01 pm on July 30th, 2008

    wei, takkan pomot kelip2 kat kg kot????
    mdks bg gaji byk tak kat ko???

  3. darlina
    5:34 pm on October 27th, 2009

    macam best…memang nak g tp x smpt lg…

  4. ni tgh cari info sebab ni bawa anak gi tengok klip2..hehe.

  5. gemarlancung
    11:00 am on September 28th, 2011

    aku banyak kali melalui tempat tersebut tapi belum pernah pergi lepas ni aku nak pergi