Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Anda pernah mengalami pertambahan berat badan? Hmm, saya pasti ia suatu keadaan yang menyiksakan kan? Berat badan saya semasa sekolah menengah lebih kurang 45kg. Setelah mula bekerja, paling berat pun sekitar 47kg sahaja.

Walau bagaimanapun, lebih kurang awal tahun lepas, saya mengalami pertambahan berat badan yang agak banyak. Berat saya mencecah 59kg!! Very the anak badaks…Masa tu tensen betul. Bila berjalan, peha bergesel (banyak lemak), nak naik tangga ke tingkat 3 pon rasa dah semput. Mintak nyawa….mintak nyawa….Dagu berlapis, jeans atau skirt jadi sendat, baju pun susah nak butang dan yang paling menghangenkan lagi bila jumpa kawan-kawan, akan keluarlah dialog ni :-

~ Gemuknya ko, Ujie…
~ Besarnya lengan ko!
~ Wahhh..vontot cam Beyonce!
~ Gile kentang!!!

Huh!! Tensen tau…Pernah la jugak guna menatang Osim la, buat sit up la..tak jalan! Saya rasa badan saya naik berpunca daripada pemakanan yang tak betul dan aktiviti yang tak berapa menyihatkan. Saya makan banyak dan lepas tu asyik duduk depan komputer. Lagi-lagi kalau kena stayback kat ofis sampai pagi esoknya. Lagilah tak banyak aktiviti.

Entah macamana, lepas dah berhenti kerja sebagai pekerja yang duduk 24 jam depan komputer dan juga berkat bulan puasa tahun lepas, berat saya turun kepada 50kg dan sekarang Alhamdulillah, 50-51kg je. Berat badan ideal saya sepatutnya 53kg tapi saya rasa, 51kg ni pun dah selesa.

Sekarang saya dah tak makan banyak. Memang saya hadkan pengambilan nasi. Hiks!

Saya berharap, lepas berkahwin dan beranak pinak nanti pun badan saya tak mengembang macam belon. Ngeri siot…Saya tak menghina mereka yang berbadan comel, tapi saya sendiri memang tidak selesa.

Nak menjadi kurus, kena kuat semangat. Kena berazam dan berpantang. Mungkin juga dengan mengikuti latihan dan program yang betul, kita akan dapat bentuk tubuh badan yang kita idamkan. Ingat lagi tak seorang wanita, Mazliwati yang mempunyai berat badan lebih daripada 200kg dan kecoh juga dalam suratkhabar ketika dia meminta pertolongan untuk membantunya menurunkan berat badan. Wanita ini, bukan saja susah nak berjalan, dunianya hanya di atas sofa saja. Makan dan minumnya juga di situ. Nak basuh punggung sendiri pun,maknya yang buat. Kesian kan?

Tetapi sekarang tidak lagi, berat badannya sudah turun sebanyak 120kg dan sekarang, hanya tinggal 88kg. Menakjubkan sebab tak sampai setahun pun. Jom kita baca kisah beliau…

Artikel berikut dipetik dari laman web News Straits Times

——————————————————

Mazliwati sheds 120kg and looks a winner


Mazliwati Md Shah cuts a slender figure now compared with the obese person she was a year ago.

KUALA LUMPUR: Just look at her now. Mazliwati Md Shah, 32, who weighed 208kg last year, now tips the scale at just 88kg.

Mazliwati, who is taking a beauty course at a private institution, now even harbours dreams of opening up a beauty salon and selling beauty products.

The biggest sacrifice she had to make to lose weight was to take rice out of her diet for about a year.

“I ate more vegetables and proteins, such as fish and chicken. I also took other food for nutrition.

“All of that was done under a doctor’s supervision. I also did some light exercises.
“My skin is firmer now and my cellulite problem is gone.

“The most visible change is my hip measurement, from 191cm to 86cm now.”

Mazliwati said her battle with the bulge was not yet over.

“My doctor suggests that I should reduce my weight further to 57kg, but I think 65kg is fine,” she added.

Mazliwati now has a social life.

“My confidence level has soared as before I only stayed at home.”

Her health has also improved with her high blood pressure, diabetes and breathing difficulty all gone.

So will she consider marriage? “I will marry but not at the moment as I would like to achieve my dream first,” she said.

——————————————————

Klik untuk baca keratan akhbar / artikel Mazliwati (Bai) :

Berita Minggu : Dulu berat badan 208 kg, kini 108 kg

Harian Metro : Derita kegemukan 10 tahun berakhir

Mingguan Wanita : Bai berjaya kurangkan 100 kg berat badan

Majalah Misteri : Keajaiban telah berlaku pada saya..

7 Comments

  1. Miasara
    12:12 pm on August 14th, 2008

    Kisah Mazliwati or Bai ni saya ikuti juga. Last baca berat dia 98kg. Tak sangka skrg dah 88kg. Takjub & jeles la tgk dia berjaya turunkan berat badan. Saya yg tgolong dalam group obes ni memg suka baca cerita kejayaan kuruskan badan…. Nak kurus gak la mcm Bai huhuhuhu…

  2. salam.. ada jugak dgr & baca kisah Maisara ni.. kuat betul azam dia.. saya x lah besar sgt tapi mcm berat je nak jalan jauh..naik tangga.. baju pun susah nak cari.. dulu masa bercinta berat 38 – 42 kg je.. x sangka bila dah kawen boleh naik hampir 2 x ganda.. nak back to berat dulu mcm mustahil… but if maisara boleh kita yg comel2 & cubby2 ni pasti boleh.. saya x percaya ubat (expecially sendayu tinggi) coz beribu habis after bersalin.. still x nampak perubahan..apapun keazaman kena kuat.. blog ika http://deheartyku.blogspot.com/ boleh kita jdkan semangat.. he.he

  3. Rossa
    2:58 pm on June 16th, 2009

    saya memang teruja dengan kak bai, baru baru ni saya jumpa dia berat dia 76KG, you all bayangkan dari 208kg ke 76kg hmmmmmmm memang drastik. Tapi yang saya respect pasal kak bai ni memang dia displin pasal makan malahan dia menjadi mentor saya untuk kuruskan badan. Saya dan kak bai akan membuat program menurunkan berat badan 5-10kg dalam masa sebulan. Harap harap programe kami ni berjaya.

    Salam Rossa

  4. Tipah tertipu
    8:28 pm on January 20th, 2010

    Mula2 baca kisah pasal si bai ni mmg la teruja, sampai sangup sms and call serta ber YM dgn dia…Siap dier cadangkan makan satu pRoduk nyahtoxin namA Stavico Fiber utk percepatkan proses kurus badan, but then lepas kena tipu RM190 dengan Si Bai ni, Stavico Fiber entah kemana…janji nak pos tak pos-pos..sms x berbalas, ym pon menyepi..call lagilah x angakat. Aku dah malas nak percaya pada org2 mcm ni lagi..Program konon..

    To those yang x kena tipu dgn dier lagi, berhati-hatilah. Kot ada sesapa yg nak membela Si Bai penipu ni, go on lah, sbb korang x kena tipu dek dier…Yang penting aku dipihak yg benar…ada statement bank lg yg aku transfer duit pada dia.

    Aku pernah pi jumpa kawan aku yg jd inspektor, dier cakap aku beli dgn org perseorangan (mean direct transfer duit dgn Si Bai ni) payah nak di prove sbb yg ada cuma statment bank transfer jer..Lain la kalau beli barang pakai website ker, kedai ker…boleh la diperkuatkan report aku..

    So aku pun terpaksa la redha dan ni jadi pengajaran buat aku…Ramai lg org macam si Bai ni…so aku kena hati2..

    Silap aku pergi percaya cepat pada manusia yg pandai bercakap tp x bertanggungjawab..

    Kepada pembaca, aku x kisah korang nak percaya ker tak, yang penting aku dah sampaikan satu peringatan…dont trust Si Bai ni membuta tuli…Dia penipu…

    To Bai, cukup2 lah buat kerja mcm ni..kang Allah jadikan kau gemuk balik baru tau…Lantak kaula..kubur masing2..

  5. hai
    6:15 pm on January 25th, 2010

    betul ke kes tipah tertipu ni… tak pernah dengar pun stavico fiber ni…. cari kat net pun takde…

  6. hi..
    tahniah diatas kejayaan menurunkan berat badan. Tapi ia perlu berterusan dengan diet sebegitu sebab kalau tidak dijaga ia akan meningkat semula. Itu lah risikonya. kena la maintain ok..

  7. man
    9:31 pm on April 23rd, 2012

    stavico fiber ni memang ada product dier tapi tak tau la kerberkesanan dia cam mana. tapi apa yang aku tau stavico ni product dia paling popular adalah gula stavico. aper yang best pasal stavico ni aku tak tau la. mungkin ko tak bernasib baik jumpa orang yang jujur tu pasal kener tipu.