Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Hai hai hai..Bertemu lagi kita di ruangan “Saya Yang Sengal”. Tapi kali ini, saya tak sengal lagi. Sila rujuk entry ini.

Tit tit..

“Your car key is found under the sofa. Do collect anytime. Regards”

Tiba-tiba saya menerima sms daripada Mr. Ang. Yeay!! Kunci kereta saya dah jumpa. Terus saya reply sms Mr. Ang, bagitau saya akan ambil petang nanti.

Saya terus ke rumah Mr. Ang di Taman Desa untuk mengambil kunci kereta. Setelah memicit loceng, pembantu rumahnya menjenguk keluar.

“Nak ambil kunci kereta!”, saya jerit dari luar.

Saya melangkah masuk ke rumahnya selepas pagar automatik terbuka.

“Mana jumpa?”, tanya saya kepada pembantu rumah Mr. Ang.

“Di bawah sofa. Mula-mula terjepit di celah sofa. Apabila saya menarik sofa, ya kuncinya jatuh ke bawah”, kata pembantu rumahnya dalam loghat Indonesia sambil menyerahkan kunci itu kepada saya.

“Terima kasih ya..”

“Sama-sama”

Akhirnya jumpa jugak kau wahai kunci..Jangan hilang lagi ok..Tuan ko nih memang careless sikit. Ko kenalah jaga diri sendiri. Huhu..

No Comments :(