Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Hafizah Samsudin atau Fizah atau nama poyonya, Chiko akan meninggalkan bumi Malaysia jam 10 pagi besok untuk menemani suaminya yang akan bertugas di Kota London sekurang-kurangnya setahun. Fizah saya kenali 17 tahun yang lepas, sejak 1991 semasa kami bersekolah di Sekolah Agama Menengah Rawang semasa Tingkatan 1. Seorang rakan yang kelakar dan senang dibawak bergurau atau maki-memaki sesama sendiri.

Naik ke Tingkatan 2, Fizah berpindah ke sekolah lain dan saya masih meneruskan persekolahan di Sekolah Agama Rawang. Lama tidak berhubung, akhirnya, puasa tahun lepas, 2007 entah macamana saya dan dia dapat berhubung melalui Yahoo Messenger. Rupa-rupanya dia sudah berkahwin dan mempunyai sepasang cahayamata. (Yelah, dah 30 tahun lah pulak umur kan, saya je yang kawen lambat. Huhu!)

Pada hari raya tahun lepas juga kami bertemu buat kali pertama selepas 16 tahun terpisah. Kami berjumpa di Sungai Choh. Oh ya! Fizah pun berketurunan Bengkulu dan berasal dari Sungai Choh juga. Mula-mula, mestilah kena ada acara kutuk mengutuk sesama sendiri kan. Lepas tu sempat berborak kejap aje sebab masing-masing ada hal. Maklumlah, raya.

Oleh kerana Fizah adalah surirumah sepenuh masa, saya mengajaknya (secara paksa) untuk menyertai CIMB Wealth Advisors secara part time. Sejak itu kami selalu juga bertemu di kelas.

Tadi, Fizah sempat datang ke rumah saya untuk menghantar beberapa dokumen clientnya. Sempatlah berborak-borak sebelum dia berambus meninggalkan Malaysia. Sedih gak, tapi masa bersalam dan berpeluk cium dengan dia tadi saya tak tunjuk. Saya kan brutal. Huhu..

Kepada Fizah, selamat pergi dan selamat kembali. Jaga diri elok-elok kat sana. Kalau ada apa-apa yang aku boleh tolong, InsyaAllah aku tolong. Jangan jadi omputeh plak kat sana. Dilek ku tepuk lek, molong dilek (Sorry kalau korang tak paham, nak maki kena cakap Bengkulu daaa…). Mintak ampun dan maaf kalau pernah terkasar bahasa, tersalah bicara. Nanti aku nak hanimun kat London, tumpang umah ko ekk…Hee hee..

Okay, I LOVE U. FRENS FOREVER! GONNA MISS U!