Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Hari Kedua

“Cik Ujie, pinjam keta, nak gi Kuala (Kuala merujuk kepada pekan Kuala Selangor)”, kata Azlyna. Pagi-pagi buta dah mengacau.

“Amikla”, balas saya.

…………………………………..

“What happen to your car?”, Azlyna berspeaking London dengan saya.

“Kenapa?”, kecut jap tali perut.

“Didi kata minyak enjin ko kosong!”

“Ye ke? Bahaya ek? Aku dah nampak lampu kelip-kelip dari semalam, tapi bila berjalan dia padam, aku ingat OK lagi kot”, kata saya tanpa rasa bersalah.

“Palotak ko, rosaklah enjin nanti”, maki Azlyna sedas.

“Huhu, Di, ko buatlah apa-apa yang patut”, tetap rasa tak bersalah nih…

Mujur ada Didi. Mujur jugak dia belajar dan lulus dalam bidang automotif ni..Ada gak penyelamat saya. Didi sekarang bekerja di Perodua Service Centre Balakong dan dialah yang membelek-belek kereta saya. Kebas minyak 2T (ye ke ek..saya agak-agak aje) sepupu saya, isi dalam tangki minyak enjin, setel masalah sekejap.


Didi my hero..Ada sape-sape nak berkenalan? Single lagi anak buahku ini…

“Ni kena gi anta servis ni, Cik Ujie. Dah berapa lama ko tak servis?”, tanya Didi pulak.

“10 bulan”, kata saya gelak-gelak. Geleng kepala si Didi.

Bersiap-siap, mandi semua, saya pun ikut dorang ke Kuala sekali. Mula-mula kita servis keta dulu ok..


Ketaku yang sedang dibelek dek pomen..

Sambil menunggu kereta siap diservis, saya jalan ke hulu ke hilir di workshop tu. Tiba-tiba…

“Cik Ujie, ko pakai selipar sebelah lain, sebelah lain ke?”, tegur A’e adik Azlyna yang bongsu.

“Ha!! Ye ke?”, saya terkejut.

Tengok-tengok…jeng jeng jeng..


Bleh?? Cam orang gila, pakai selipar lain-lain. Tak sedar siot…Mesti kakak yang duduk sebelah saya cakap saya sewel. Huhu…

Lepas siap servis, kami pergi pulak mencari kek untuk Uda. Uda celebrate birthdaynya yang ke-51.


Uda yang rawkkk!!!

Lepas makan kek, tido pulak..Apsal aktiviti saya kat kampung asyik tido je ni..Isk..Hari raya ke-2 memang tak banyak aktiviti pun.

2 Comments

  1. aludra
    6:53 pm on October 15th, 2008

    mcm nak pecah perut aku gelak tgk selipa yang ko pakai la weii
    bongokkkssss

  2. wrt6449
    1:44 pm on November 7th, 2008

    mmg wei..layak makcik sblh tu kate ko gile..hehehehe