Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Member sefakulti saya di UTM dulu menjemput saya dan beberapa orang rakan lagi ke rumah barunya di Taman Nusa Rhu semalam. Ala-ala open house @ house warming. Tapi kena bawak makanan sendiri. Bley?? Oklah, potluck party..

Tuan rumah dah cop Sate Kajang Hj Samuri. So, orang lain kena bawak makanan lainlah. Ada yang nak bawak spagethi lah, kek lah. Saya fikir-fikir nak bawak apa ye. Pikir punya pikir, akhirnya saya plan nak buat trifle cocktail. Pes taim nak buat nih…Neves ok…

Maka, malam semalam saya bertungkus-lumuslah membuat trifle cocktail ni untuk kali pertama. Bila dah siap, cam sedap pulak. Huhu..Rasa berbaloi duduk kat dapur tak bergerak-gerak. Lama siot nak buat dia..

Ni lah rupa trifle..

Opp…tapi yang ni bukan saya buat…ni gambar saya Google..Saya punya kejap lagi kita tengok ok..

Sebelum tu, meh saya share cara buat dia..

Bahan-bahan

1. Kek gulung vanilla (kat kedai kek KING’S tu sedap)

2. Tepung kastard (Bird’s Custard)

3. 1 tin susu cair Ideal

4. Jelly Nona

5. Cocktail campuran

6. Gula

7. Air

Cara-cara nak buat

1. Potong kek gulung kepada 12 bahagian.

2. Susun kek gulung ke dalam bekas yang lutsinar (supaya nampak cantik bila dah siap nanti).

3. Masukkan 1 tin susu cair Ideal ke dalam periuk.

4. Masukkan 1 setengah tin air ke dalam periuk yang sama. Guna tin susu tadi untuk sukatan.

5. Masukkan 7 sudu besar tepung kastard ke dalam campuran susu dan air tadi. Jangan membukit. Biarkan rata je dengan sudu. Kang terlebih, keras pulak jadinya.

6. Masukkan 5 sudu besar gula. Serupa jugak. Sukatan gula tu jangan membukit. Rata je dengan sudu. Kalau manis sangat tak sedap. Sebab kek gulung tu dah manis.

7. Kacau campuran tadi sampai larut.

8. Letakkan campuran tadi atas api yang kuat. Kacau selama 10 minit.

9. Kecilkan api dan kacau lagi selama 45 minit. Diulangi, 45 minit. Pendek kata, saya sampai bawak kerusi duduk tepi dapur. Lenguh siot tangan nak mengacaunya.

10. Matikan api dan tuang atas kek yang dah disusun tadi. Biar kek tenggelam.

11. Biarkan sejuk selama 10 minit.

12. Taburkan cocktail buah-buahan atas trifle yang separuh siap tadi.


13. Larutkan jelly ke dalam 400ml air panas. Tak payah masak atas dapur.

14. Tuangkan atas campuran kek, kastard dan cocktail tadi.

15. Sejukkan dalam peti sejuk.

16. Sendiri pikirla. Mustilah MAKAN TIME. Sedap makan masa sejuk.


Trifle yang saya letakkan dalam bekas kecik sesuai untuk dimakan sekali ngap sahaja!

** Baru saya tau, dessert ni diberi nama TRIFFLE sebab ada 3 bahan utama untuk membuatnya iaitu KEK, KASTARD dan JELLY..

SELAMAT MENCUBA…

13 Comments

  1. Azhan
    9:44 pm on November 5th, 2008

    Uji says “Rasa berbaloi duduk kat dapur tak bergerak-gerak. Lama siot nak buat dia..”

    Mana tak lama?? kau buat trifle sambil amik gambar!!

  2. Ujie
    9:56 am on November 6th, 2008

    hahahaaa…amik gambar kejap jela bai…ko dengki la kan..tak dpt makan trifle aku..nanti aku wat..aku jemput ko rasa k..

  3. wrt6449
    1:41 pm on November 7th, 2008

    dah tu???
    mane hasilnye???

  4. Lina
    3:20 pm on January 18th, 2009

    trifle ni mcm sedap je. nk try sgt buat. xpikan, instead of gune kek gulung tu, akak tau tak macam mane buat bes MCM kek keras?

  5. sedapnya.. balik nih nak buat saya ambik resipi yer

  6. wuu~ dah try. sedap! (n_n)

  7. Ujie
    9:02 am on May 1st, 2010

    Kacap Terlabik : cayalah….

  8. miszkiah miszkin
    8:07 am on August 16th, 2010

    nk tanya.. cm ne nk potong utk d mkn..?? maen ceduk shja kah..??

  9. Ujie
    7:44 am on August 17th, 2010

    Yup..ceduk je..contohnya kalo buat open house masa raya, nanti tetamu just ceduk banyak mane yg dia nak makan.. sediakanla senduk siap2. πŸ™‚

  10. syasya
    2:56 pm on June 9th, 2012

    nak tahu . jelly tu letak half je ke,ke semua ?

  11. zariah
    10:25 am on August 1st, 2012

    guna buah saje ke? sirap koktail buang ke atau….boleh guna sebagai air yang dicampur tadi

  12. Ujie
    9:17 pm on August 2nd, 2012

    Buah je. Air takyah guna

  13. siti shaziana
    8:08 pm on May 25th, 2013

    sedapnya rasa lapar pula