Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Saya peminat novel-novel yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid. Saya tak ingat sejak bila saya mula membaca novel-novel tulisannya. Serasa saya tahun 2001 mungkin. Novel pertama yang saya beli ialah Mandatori, diikuti dengan Rangau, Tombiruo dan akhirnya tersampuk dengan semua siri novel tulisannya. Sampaikan bila saya baca tulisan penulis-penulis lain, semuanya tidak memuaskan napsu saya. Begitulah hebatnya penangan Ramlee Awang Murshid ini.

Saya juga telah mengumpul semua novel-novel hebat tulisannya bersama Alaf 21 dan juga sebuah novel terbitan DBP iaitu Pei Pan. Saya juga berkongsi minat yang sama dengan bekas rakan seopis iaitu Shahrul semasa bekerja di Impian Teknik. Selain itu minat yang sama juga telah saya semai (paksa) ke dalam diri anak buah saya, Azlyna. Yang kelakarya, si Azlyna ni, mati-mati tak nak baca novel-novel tersebut pada mulanya. Setelah dihasut, dipaksa dan diugut, haaa..baru ko tau. Jadi ketagih. Kalau boleh nak baca cepat-cepat sebab nak tau apa kesudahannya. Sanggup tak tidur.

Novel-novelnya sarat dengan kisah percintaan (yang tidak meloyakan), aksi, kekeluargaan, nasihat, agama, kehidupan dan yang penting..THRILLER..

Dan yang paling tak sangka, rupa-rupanya saya berkongsi minat yang sama dengan bakal mak mertua. Hiks! Di rak buku rumahnya penuh dengan koleksi novel Ramlee Awang Murshid ini. Hiks! Best, kan…

Lagi satu yang syoknya, ending novel-novel beliau selalunya tak dapat nak diagak dan pengakhiran novel beliau tak semestinya berakhir dengan kegembiraan. Ngko nak meyumpah-nyumpah lepas tu pun lantaklah. Takda maknanya RAM nak layan perasaan pembaca-pembaca novel yang biasanya nak ending best-best je. Kalau dia nak hero tu mati, ha matilah hero tu. Meroyan la ko sorang-sorang. Hehe..

OK, kepada peminat-peminat novel, silalah dapatkan novel-novel tulisan Ramlee Awang Murshid ini. Anda pasti tidak menyesal. Dan mungkin akan menjadi seperti saya juga – tak beli langsung dah novel tulisan penulis-penulis lain. Rasa macam membuang duit. Opss, maaf kalau ada yang terasa.

Ok..jom tengok siapa Ramlee Awang Murshid ni…dan novel-novel tulisan beliau.

——————————————-

ramliRamlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk “thriller” dan seram.

Sinopsis : MANDATORI

Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim. Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

Sinopsis : RANGGAU

Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.

Sinopsis : TOMBIRUO

Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.

Sinopsis : SEMANGAT HUTAN

Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar… gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu. Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu. Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?

Sinopsis : TOMBIRUO TERAKHIR

KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat ‘Amiruddin’ dalam diri lelaki Tombiruo itu. Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya. Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan ‘Seorang Tombiruo’. Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah ‘Tombiruo Terakhir’ yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pedalaman itu? Tombiruo Terakhir… rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmara dan pertelingkahan.

Sinopsis : SATU JANJI

Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia. Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula. Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.

Sinopsis : ADAM (AKU DARAH ANAK MALAYSIA)

DIA MUNCUL SECARA TIBA-TIBA. DIA MENGHILANG ENTAH KE MANA…Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya. Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu…

Sinopsis : HATIKU DI HARAJUKU

Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe. Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?

Sinopsis : RAHSIA PERINDU

Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya. Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah. RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia’ ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain’ sedang memerhatikan anda!

Sinopsis : UNGU KARMILA

ATAS nama cinta… mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.Beberapa tahun berlalu… vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama. Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi. Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan. Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali! RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi… hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!

Sinopsis : BAGAIKAN PUTERI

Haryani dan Laksamana Sunan…
saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam. Dani… pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21. Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

Sinopsis : CINTA SANG RATU

Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani? Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya. Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!

Sinopsis : HIJAB SANG PENCINTA

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula. Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi. HIJAB SANG PENCINTA – pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini…

188 Comments

  1. miela
    8:07 pm on July 15th, 2010

    Salam….kesemua karya RAM mmg best..paling best “Bagaikan Puteri” mmg xsalah lg,watak Sunan mnjentik rsa cinta dlm hati..knalah brkongsi kasih ye wahai peminat Sunan..klau wat filem.gerenti diserbu peminat Sunan..xder hero kat malaysia yg bleh bw watak Sunan..Haryani mungkin Tiz boleh kut xpun Diana (x girlfriend faizal yusuf)..Sang Ratu nmpak mcm Erra Fazira..apa2 pun,RAM truskan usaha anda utk brkarya…chaiyok2..

  2. Ujie
    9:15 pm on July 15th, 2010

    Rasa kita mcm ada dalam novel tu sekali kan?

  3. duan
    4:37 pm on July 25th, 2010

    jtuh cinta pda bacaan pertama melalui novel trilogi tombiruo…sekarang masih mencari novel beliau..

    1)adam
    2)personal justice
    3)trilogi bagaikan puteri
    4)9nyawa
    5)pei pan
    6)igauan maut

    biasa book store mane yg de novel2 nie r?

  4. Ujie
    12:13 pm on July 26th, 2010

    carik je kat MPH..tp igauan maut tu rasanya takde dah diterbitkan..

  5. ezat606
    1:30 am on September 1st, 2010

    bila dah start baca karya RAM mmg asyik,rasa tak nak brhenti,pecah rekod bila sy novel SEMANGAT HUTAN,bayangkan dlm masa 1hr jer sy habiskan novel setebal 519 m/s..

    search facebook……….ezat606@yahoo.com

  6. Ujie
    9:18 pm on September 1st, 2010

    syabas 🙂

  7. maharin
    4:33 pm on November 30th, 2010

    salam.. saya juga peminat RAM dan mengumpul koleksi buku-buku karya RAM. Semua buku saya ada kecuali IGAUAN MAUT.. Dimana saya boleh mendapat buku pertama karya RAM- IGAUAN MAUT. saya teramat ingin memilikinya.. jika ada sesiapa yang boleh menjualkan kepada saya.. saya amat menghargainya. terimakasih.

  8. nash
    3:53 pm on December 7th, 2010

    nk beli smua skali set buku RAM yg bagaikan puteri, cinta sang ratu ,hijab sang pencinta dgn cinta sufi mcm mane eh?nk order kt mane??

  9. ina hashim
    1:08 pm on December 28th, 2010

    salam semua RAM fans. i’m a sarawakian and proud of RAM as Borneo neighbour. i read Tombirou when i was a student. now i’m 33 and a mother of two beautiful kids.i enjoy reading RAM novels which i started when i read 9 Nyawa which i borrowed from my sister. until now, i hv read ADAM, Tom Terakhir, Ungu Karmila and Rahsia Perindu. I love thriller stories added with Islamic spirit inside it.plus the general knowledge as the extra input.opens up our mind.i’m looking forward to reading more suspense thriller genre fm RAM.

  10. Ujie
    6:25 pm on January 8th, 2011

    TQ Encik Omar

  11. Aida
    11:07 am on January 9th, 2011

    best giler karya2 RAM.. teringin nk bc mandatory x dpt2 g ni.. X sgka awak minat sgt kt ye smpai wt website… SYABAS… Moga nnt RAM akan kuarkan karya2 yg lg best. INSYAALLAH.

  12. andy
    12:23 pm on January 11th, 2011

    akum, pd sesiapa yg ada novel igauan maut plz call me. tq
    012-2408659 (andy)

  13. peminat setia
    10:27 pm on March 26th, 2011

    assalammualaikum….sye memang minat gler ngan novel RAM…sye mle ske start form 4 and now sye umur 21…sampi skunk sye de 13 novel dia and x sbr2 tnggu smbgn cinta sufi…huhuhu….ske gler r ngan novel dia ni…cm kesurupan kalo x dpt ble novel dia…hahaha…smpi nk bli pn senyap2 tkt mk mrh.,…hahaha….terus kan usaha anda memberi karya yang hebat dan terulung di mata dunia…..wasalam

  14. sulaiman
    6:51 pm on April 3rd, 2011

    ak rase novel yg pling best ialah hatiku diharajuku…..
    byak action yg mnarik….samurai best…

  15. adeq
    6:35 pm on May 2nd, 2011

    sya adlh 1 dlm sjuta pminat RAM…sya mg tak akn pndg novel lain klau ke kdai buku….nsb baik ada 1 kdai di Sibu, Swk ni yg akn kluarkan novel terbaru…di situ la sya dptkan koleksi novel RAM terkini….tak sbr tgu kmunculn novel terkini setelah novel Rayyan Fantasi….sya jatuh cinta sejak mbaca trilogi buku bagaikan putri…sejak itu sy berusaha mgumpul ksemua koleksi RAM dan akhirnya berjaya….

  16. yatt
    9:28 pm on May 18th, 2011

    sya mmg mnat gler ngan nvel RAM….summe nvelnyer mmg sya bli

  17. mie
    4:30 am on May 29th, 2011

    baru je beli sutera bidadari…citer psl sunan ni mmg cukup sy suka

  18. ismiey
    2:38 pm on May 29th, 2011

    RAM memang penulis yang amat saya minati. sekarang tengah tunggu fiksyen 302 kalau tak silap. tak sabar .

  19. Irwan
    4:09 pm on June 15th, 2011

    Saya baru saja habis baca novel sambungan ‘ Hijab Sang Pencinta’ iaitu ‘SUTERA BIDADARI’ para pembaca di minta untuk dapatkannya.. mmg best…

  20. Hafisz
    8:16 pm on August 5th, 2011

    Hi, saya juga baru berjinak-jinak utk membaca novel karya RAM, mmg x dinafikan Trilogi Bagaikan Puteri terbaiklah…mmg x bosan, dan x meleret..sgt berkualiti penghasilannya, Tahniah RAM, dan saya telah memiliki, Cinta Sufi dan juga yg terbaru Sutera Bidadari, kesinambungan dari Cinta Sufi, saya cuma ketinggalan 3 buah novel dari trilogi ini iaitu bagaikan puteri, cinta sang ratu dan hijab sang pecinta…:) sy akan jadikan novel karya RAm ini sbagai koleksi terbaik sy pada tahun ini..:)

  21. mmg x dinafikan..all koleksi novel RAM mmg menakjubkan. satu2nya penulis lelaki yg berjya menawan hati lelaki kat malaysia ni dgn cerita cintanya yg tersendiri. bukn tu je. sy ni peminta thriller story, slalu bc ingeris punye, melayu ssh nk cari, smpailah satu ms tu diprknlkn Ranggau. woah! 4 kali bc dlm 1 mggu. mmg best- then after that, trus cari novel RAM ni.

    Trilogi Bagaikan Puteri yg plg menarik. mmg lain dr yg lain1 terutama cara penyampaian cintanya. ssungguhnya, sy ni mmg akui..x suka sgt bc novel melayu, coz, almost all writer adlh female..n lovey duvey terlalu! lps tu, heroin die msti sempurna sgt! woah! what a boring story. tapi Abg Ram dh membuk hati ni tuk bc novel romance. BP plhn 1st, n keluarnya CSR yg paling sy suka skali! cinta dan pengorbanan suami isteri yg mmg hebat da memilukan! manyayat hati. bg sy, Ratna Sang Ratu adlh Heroin Abg Ram yg paling baik diantara semua heroin. smnjk sy kenal Ratna, ssungguhnya, Smbhyg sy x tggal dah! tahniah Abg Ram! mmpu berdakwah melalui penulisan!
    hadirnya Sutera Bidadari menyemarakkan lagi rindu pd Novel Trilogi nih! Ratna ku!

  22. ida
    12:00 am on September 21st, 2011

    assalam..bestnyer baca blog ni..smua komen2 utk RAM..novelis yg saya kagumi..actually saya tgh cr mana nk beli novel2 lama..yg klasik, biografi..nampak plak blog ni..dulu sya suka g thai kuang, popular cr novel lama2 n yg murah2 sbb prinsip saya kalau pinjam 2 msti tp utk koleksi atleast 4 buah buku baru..saya ada beli buku IGAUAN MAUT..antara karya RAM yg terawal..mmg best..trbaru saya baca MIKHAIL…wah!!! best sgt dpt beli n jd koleksi..xde apa yg paling menggembirakan hati saya dari membaca novel especially hasil RAM…mmg saya trtunggu2 bila la yg trbaru akan keluar…

  23. Ujie
    8:20 am on September 21st, 2011

    Wahhh.. Ramai gile peminat RAM. Entry ni salah satu entry saya yg paling byk komen. Tak sabar nak tgu novel terbaru RAM!!!!!

  24. mastura zainudin
    3:33 pm on October 3rd, 2011

    Terima Kasih kepada RAM kerana sentiasa mempersembahkan novel yang bagus dan diharap anda akan terus berkarya kerana saya adalah peminat setia novel anda.. semoga sukses selalu… ^_^”

  25. saya mmg minat dgn hasil karya RAM….huhuhu….cerita yg memberi pengajaran dlm hidup kita……

  26. fatini
    11:02 pm on October 17th, 2011

    slm sye pemint buku novel ni em ade kn smbungn crite sutera bidadari 2 sye hrp ade…………

  27. azelah
    7:27 am on December 20th, 2011

    dah lame cr pei pan ngan igauan maut. Tp out of print. Ade sape2 nk jual x? Skrg ade 19 koleksi dr tumbiruo smpai yg tbru Fiksyen 302

  28. nur
    3:24 pm on December 26th, 2011

    ALHMADHULILLAH…malam tdi bru je habis bce,HIJAB SANG PENCINTA….kesan dri novel tu sgt mdlam…SUNAN….sampaikan tdur saya terjaga mimpi kan jalan crta ny…..tBAEKLA……..

  29. yon
    2:38 pm on December 31st, 2011

    Mmg semua novel karya beliau hebat, kalau baca, mesti x sabar nak tahu kesudahannya, jwbnya satu hari terus baca sampai habis, sanggup korbankan segalanya (tidur, tengok tv dll)…..Dan RAM pun nmpk muda dan x sombong (Jumpa masa Karnival Karangkraf di Angsana, JB). Berbaloi dapt bergambar dan yang penting tandatangan penulis novel itu sendiri.

  30. Ujie
    5:22 pm on January 7th, 2012

    Bestnya dapat jumpa RAM

  31. Ujie
    5:31 pm on January 7th, 2012

    Motip angau. Haha

  32. shikeen
    9:41 pm on January 21st, 2012

    RAM Terbaek!!!

  33. sky
    1:51 pm on January 23rd, 2012

    askm.. sy nk tnya.. antra nvl RAM, nvl ne 1 yg palingggggggggg bst?
    sya da tak thu nk plih yg ne ni…

  34. Ujie
    5:10 pm on January 23rd, 2012

    Sume pun best tapi kalo tak cukup duit, maybe boleh beli rahsia perindu dulu

  35. Mama 2D
    2:23 am on May 3rd, 2012

    Slm… sejak mengenali RAM, sy juga malas nak baca novel2 cinta lain… sbb dah boleh agak jln ceritanya, berlainan dgn novel2 RAM yg penuh debar dalam melankoliknya.. hehe.. Esok cadang nak pergi Karnival buku di PWTC, nak cari novel2 RAM yg tiada dlm koleksi..
    Mana2 peminat tegar, mungkin boleh cuba dptkan koleksi di http://www.kelabram.com/
    Semoga RAM terus mampu menghasilkan karya2 hebat utk kami peminatmu 😀

  36. mohd saiful azam bin aziz
    6:52 pm on December 17th, 2012

    karya RAM memang best gilerrrrrrrrrrrrrr.semoga saudara RAM terus berkarya sampai bila-bila.

  37. mohd saiful azam bin aziz
    6:56 pm on December 17th, 2012

    novel saudara RAM memang best.teruskan berkarya saudara RAM sampai bila-bila.

  38. Fuad
    11:47 am on February 3rd, 2013

    Assalammualaikum kepada semua pembaca-pembaca novel koleksi Ramlee Awang Murshid. Saya adalah antara peminat/pembaca novel RAM, hampir semua karyanya telah saya miliki dan yang terbaru Novel “Aku Bercerita”. Novel RAM adalah Novel Triller terbaik Malaysia. Setiap Karyanya ada mesej tersendiri dan penyampaiannya penuh dengan penjiwaan, seolah-olah pembaca adalah WATAK dalam dalam penceritaan tersebut. Novel seterusnya sentiasa di nantikan….