Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Ye, kali ni citer pasal baby lagi. Baby bespren saya, Jaja atau nama sebenar Siti Nor Raidah. Dia bersalin secara caesarean di Damansara Specialist kerana komplikasi darah tinggi pada 21 haribulan yang lepas. Baru hari ini saya berkesempatan melawat.

Sebelum naik ke wad, kenalah beli something. Saya tanye Jaja, dia nak makan ape. Dia kata tak payah, kalo bersalin secara caesarean banyak benar pantang. Akhirnya, saya bagi sekeping kad je. Hadiah nanti okeh…

photo2022
Tayang Kad

photo2023

photo2024

Pes taim masuk wad kat Damansara Specialist ni. Besar gak dan ada bilik air sendiri. Jaja dok sorang je. Baper kena bayar? Lapan ghebu je..Gulppp!! Apa salahnya kalau mampu, ye dakk..Selepas saya tiba, Ammal dan seorang rakannya pun sampai..Meh amik gambo ngan Cik Ujie dan Cik Ammal..

photo20271
Kawan saya, Ammal masih single and available. Nak ngorat, sila berhubung dengan saya. Ammal adalah seorang Contractor cum Engineer.

Saya tanya Jaja, “Nama anak ko ape? Siti Nurhalipan ke? (Sebab nama dia Siti Nor Raidah kan..Sorry, kami memang bergurau kasar). Jaja pun masih terkehel-kehel nak menyebut nama anaknya. SYAIMAK SAEEDAH. Siap tengok dalam henpon. (Husband dia bagi sms selepas mendaftarkan nama anaknya). Wah gitu. Kelas nama anak ko. Ala-ala Arab. Syaimak merupakan salah seorang ibu susuan Nabi Muhammad (UPDATED from Ibu si Syaimak : bukan ibu susuan daa..saudara susuan Nabi. Memandai-mandai Cik Ujie menukar fakta) dan Saeedah bermaksud Yang Berbahagia/Yang Gembira. Gitu…

photo2031
Syaimak Saeedah binti Adzhari

Untuk Jaja, CONGRATULATION! Jangan laju sangat. Gua pon nak produce baby gak. Huhu. Takpe, doktor nasihatkan Jaja untuk berehat daripada memproduce baby selama 3 tahun. InsyaAllah Cik Ujie sempat kejar. Hiks..

Iklan pekerjaan sket….

————————————————————

Minat dalam bidang PERTAHANAN? Bantu skuad negara dalam membanteras jenayah.

Syarat-syarat:
1. Bumiputra shj
2. Tidak Rabun Warna
3. Kelayakan Minimum SPM
4. Berumur diantara 18-40

Kelebihan:
1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM200
6. Dobi RM60
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas

Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 23 April 2009 di Jabatan Pertahanan Awam

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari surat tawaran jawatan.

Jawatan:
1. Power Rangers
2. Kamen Riders
3. Ultraman
4. Sailormoon (wanita shj)




Jawatan akan dibuka Jun 2009:
1. Transformer
2. Kluang Man
3. Polis Angkasa Gaban

Sorry la gua pun terkena, jadi harus la kongsi bersama : P Sharing is caring maa….