Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Update 5.46pm

Kenaikan tol ditangguh hingga akhir tahun

27/02/2009 5:46pm

Kabinet hari ini menangguhkan kenaikan kadar tol di lima lebuhraya yang sepatutnya berkuatkuasa Ahad ini kepada akhir tahun, umum Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed di Kuala Lumpur.

HOORAYYY!! Mak, adik akan selalu balik kampung ok…;)

—————————————————————–

Kadar tol di lima lebuh raya dinaikkan bermula 1 Mac

26/02/2009 11:50am

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan bermula 1 Mac, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad. – Bernama

Ye, 1 Mac ni tol naik lagi. Saya bajet, naik lagi 10%. Oleh kerana kadar tol Bukit Beruntung-Kota Damansara sekarang ialah RM5, maka mulai 1 Mac, kadar baru ialah RM5.50.

“Mak, janganlah kecik ati kalo adik (saya bahasakan diri saya adik kat mak saya. Oppss!) tak balik kampung ehh…”

Saya tau mesti korang dah pernah tengok Videoclip kat bawah ni..Tapi takpe, kita ulang tayang lagi..Hehe..

Nauzubillah, janganlah saya jadi macam pemandu-pemandu wanita kat dalam videoclip ni. Malu 7 keturunan wohh…

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=Ruuvs-hnOWE[/youtube]