Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

UPDATED 28 MAC : Rakan saya, Dekda forward gambar mayat perempuan yang digantung tu ke HP saya. Seram jugak bila tengok. Rambut menutup muka. Bercoli putih dan berseluar dalam hitam. Nak letak gambar tu kat sini, takut timbul isu berbangkit pulak..

———————————————–

Semalam, mak saya call saya pagi-pagi. Bergossip..

“Dik, semalam mak lupa nak bagitau, ada orang kena bunuh kat Sungai Choh. Mayat dia kena gantung kat pokok. Ala, depan rumah Cikgu Zainiah lama tu. Yang semak samun tu.”

Terkejut saya dibuatnya. Sebab lokasi pembunuhan tu memang tempat saya dan kawan-kawan saya, masa kecik-kecik dulu main nyorok-nyorok. Masak-masak. Nauzubillah. Nampaknya kampung saya dah tak selamat lagi. Isk.

Mungkin anda semua pun ada baca suratkhabar atau tengok TV pasal kes pembunuhan tu. Mula-mula polis suspek, mangsa dirogol dan dibunuh, tapi suratkhabar hari ini pula mengatakan mangsa tidak dirogol. Erm, dan mangsa pun tak dikenali. Mungkin warga asing, Indonesia. Berita lanjut di sini -> Kejam! Kejam! Kejam!

Suspek belum diketahui lagi sama ada penduduk kampung saya sendiri atau orang luar. Menurut kawan saya, Dekda yang tinggal selang satu rumah dari tempat kejadian beliau boleh nampak pokok tempat mayat digantung tu dari beranda rumahnya. Seram juga rasanya. Aiyyokk!! Dekda…Huhu…Menurut Dekda lagi, adik iparnya merupakan orang kedua yang nampak mayat tersebut tergantung, selepas saksi pertama, mekanik tu. Pada pagi itu, adik ipar Dekda baru pulang dari Perodua.

Walau apa pun, saya berdoa agar keluarga saya dan kawan-kawan saya terlindung daripada perkara-perkara kejahatan ni. Amin…

5 Comments

  1. ye perasan juga terbaca cerita tu. berhati-hati la. sentiasa berdoa kepada Allah moga dilindungi dari segala bala musibah.

  2. zuljamaasim
    2:15 pm on March 26th, 2009

    Malaysia “The Boleh Land” – tak tahulah ungkapan itu berbau sindiran atau gurauan. Pembunuhan di Malaysia sudah pelbagai, yang tak pernah kita fikirkan. Bunuh dan disimen, bunuh dan dipatah-patahkan anggota badannya, bunuh dan dikerat badannya, bunuh dan dibakar mayatnya, bunuh dan diletak macam-macam pada alat sulitnya. Nauzubillah.

    Benarlah, dunia sekarang menjurus ke titik noktahnya sebelum berganti dengan alam yang kekal – ALAM AKHIRAT. Dan Malaysia sedang melihat pelbagai kejadian tak terduga itu, sekarang.

  3. mazni ppk
    9:52 am on May 22nd, 2009

    Hai Uji,
    Lama dah tak tgk web awak ni. Respon utk tajuk ni, memang dahsyat betul. Manusia makin tidak berhati perut. ak kata tak selamat, kerajaan kata negara kita paling selamat. Tapi kalau tgk kejadian yg berlaku memang kita dah tak slmt lg.Jadi kena berhati hati kerana saya rasa pendidikan ari ini kurang berkesan utk mendidik anak anak jadi org yang solih dan solihah. Hanya solehah binti Osman je yg solehah sbb dia tak akan jadi ujieeeeeheheheheheh

  4. talang karet
    11:16 pm on March 1st, 2010

    sori lambat respon kes nie dan pun selesai menurut rucakap polis ipd kkb ujie, kalau nak tau maklumat lanjut call do

  5. talang karet
    11:18 pm on March 1st, 2010

    memang msia masih paling selamat untuk d lawati d dunia