Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Selesai berjumpa client di Street Mall, Cyberjaya pada hari Jumaat lepas, saya pon merayap sorang-sorang kat tempat orang jual-jual barang di kaki lima Street Mall tu. Biasalah, ada yang jual baju, perhiasan, kek dan kuih. Tak semena-mena, saya terpandang orang ramai berkerumun kat satu meja ni. Saya pun sama lah menyibuk. Rupa-rupanya ada brader ni jual wall sticker. Ingatkan mahal. Murah rupanya. Saya amik 3 design. 2 sticker kecik, satu lagi yang besar. Semuanya RM10.

Balik je rumah, tak menyabar-nyabar, saya terus tampal kat dinding. Cekidaut

wallpaper2
Design 1 – tempat lepak-lepak minum. Macam senget je aku tampal…

wallpaper1

Design 2 – 2 set cawan dan teko. Sesuai letak kat dapo. Memang tampal kat dapo pun. Sila abaikan suis yang comot dan dinding yang bersawang itteww..

wallpaper3
Design 3 – pokok dan dedaunan serta rama-rama 5 ekor

Itu jela 3 corak yang saya beli. Kalau jumpa lagi, nak beli lagilah. Biar rumah jadi macam tadika. Hiks…

3 Comments

  1. thanks..beli sticker kat saya….skrg lagi byk koleksi..mcm biasa hari jumaat kat cyberjaya..tapi klu nak dtg mlm hari2 di dtown cheras tapak 67..(lorong ke2 dr depan) thanks…nice blog…
    klu nak tinted cari saya juga..

  2. DayLynn
    3:31 pm on October 28th, 2011

    santekkklaa sticker tu. . .ari tu nk beli kt d mines mahal bangat. . .sharol still bukak biz yer kt dtown cheras tu. . .nk g cr laaa. . .wahahahaaa. . .;))))

  3. DayLynn
    3:32 pm on October 28th, 2011

    payung tu senget kene tiup dek hangin tu. . .hehehee. . .