Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sekarang, setiap kali login ke Facebook  sudah pasti iklan yang berbunyi : Login Facebook Dapat RM 100 dipaparkan oleh sahabat-sahabat kita yang sudah menyertai skim tersebut. Sekali pandang, amat menarik. Siapa yang tak nak kerja mudah, kan? Bukan susah sangat, login Facebook boleh dapat RM100.

Walau bagaimanapun, dek pengalaman-pengalaman lepas (pengalaman sendiri dan kawan-kawan) yang menyertai skim serupa ini, membuatkan saya sangat berhati-hati apabila ada pihak yang menawarkan program atau skim sebegini. Walaupun ketika zaman StudioTraffic (tahun 2003-2005)  dulu saya pernah menjana pendapatan sehingga RM33,000, di sudut hati saya, rasa sangat menyesal kerana telah mengajak rakan-rakan saya terlibat di dalam program ini. Ramai yang tewas! Selepas itu kebangkitan 12DailyPro pula, kemudian SwissCash dan bermacam-macam program yang lain, ramai yang telah kecundang disebabkan program-program ini.

Seorang client saya rugi besar kerana menyertai program Ceramic Club (tak sure namanya). Bila saya call dan bertanya khabar, menurutnya dia sedang mengikuti program MLM lain pulak. Tak serik-serik nampaknya. Orang kita lebih suka carik jalan mudah untuk kaya. Saya nasihatkan dia begini..

Ujie : Encik xxx, janganlah join lagi menda-menda tu. Aritu kan dah rugi. Investlah dalam Unit Trust (Encik xxx invest dalam Unit Trust CWA menggunakan EPF dan sedikit cash). Kalau tak nak invest sangat pun, simpan je kat mane-mane yang encik suka. Tabung haji ke, ASB ke..

Encik xxx : Ala, lambat untunglah. (sambil gelak-gelak)

Tengok! Kalau client-client yang degil macam ni, kadang-kadang saya biarkan aje. Berbuih mulut bercakap pun tak guna kalau tuan badan sendiri tak nak berubah. Tapi bila fikirkan balik, yang hangus tu duit mereka. Sukahati dorang lah kan. Tapi apa gunanya saya sebagai Financial Advisor kalau client saya sendiri rugi akibat terlibat dalam program-program Skim Cepat Kayap ni?

Alamak, panjang pulak lari topik. Ok, berbalik kepada Program Login Facebook Dapat RM 100, saya ada buat sedikit kajian mengenai program ini. Ini kerana ada dakwaan bahawa Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi berminat dengan program ini. Saya pun SMS seorang rakan saya yang bekerja di Bank Negara (bahagian pemantauan dan siasatan skim cepat kaya) mengenainya. Menurut beliau, jangan percaya kerana mengikut logik, skim-skim ini semua berunsurkan Quick Rich Scheme. Beliau turut memberitahu terdapat beberapa skim yang sedang di bawah siasatan BNM iaitu Skim Ta’awun (menderma sambil beramal) dan beberapa lagi program yang lain. Beliau minta supaya saya berpesan kepada rakan-rakan yang ada terlibat dalam skim ini supaya cepat-cepat ambil modal anda atau BERHENTI daripada meneruskan program ini supaya anda tidak HILANG DUIT apabila BNM mula mengambil tindakan.

Selain merujuk kepada rakan yang bekerja di BNM, saya juga telah menyiasat melalui Encik Google dan akhirnya terjumpalah dengan artikel yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin. Apa yang dapat disimpulkan oleh Ustaz Zahiruddin tentang Program Login Facebook Dapat RM 100 adalah :-

1)      Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.

2)      Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.

3)      Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.

4)      Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.

Untuk bacaan lebih terperinci, sila KLIK SINI.

Sudah terang lagi bersuluh. Tepuk dada, tanya selera. Pilihan di tangan anda.

29 Comments

  1. terima kasih kerana men-create post ini..

    Awak tau, ramai kawan saya main ni.. saya dah nasihat dah jgn.. tp diorang masih juga join sbb dah dpt byk duit.

    Betul ke BANK NEGARA nak memantau I/D ni? Tak sabar pulak saya..

    Tak lama lagi, confirm ramai yang reply nak berebat dgn awak, sebab diorang (member ID), memang selalu sgt tak puas hati kalau ada org komen gini. Awak dah tengok kan komen kat blog Ustaz Zaharuddin.

    Awak try pegi kat sini, http://www.shamsuriyadi.com/2010/02/13/infinity-downline-konsep-money-game/#comment-6569
    hangat betul komen diorang kat situ..

    Apapun, terima kasih sbb buat post ni..

  2. sorry yer.. *bukan berebat, BERDEBAT*.. pembetulan ejaan.. hehehe

  3. Assalamualaikum…

    Kepada rakyat malaysia..kenape kite harus memecah belahkan perniagaan orang lain..kenape ID nie nak cakap haram.. setahu aku..sebab pembeli telah meredai harge yg kite bg..so..kat sini dah tak de paksaan..

    bacelah petikan nie..

    Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108). Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk; a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar. b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya. Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak. Wallahu A’lam.

    kepada sesiapa yg igin join infinity..meh la ikut cara group yg saya dianggotai oleh 3 orang nie..masuk rm 100.00 anda akan dapat 1 box bisness kad atas nama anda..dan 1 cd bahan rujukan tentang infinity downline..

    adekah anda rugi???

    saya tak amik untung..saya bg bahan rujukan lg..saya dah jge downline saya..

  4. Ujie
    9:54 am on March 8th, 2010

    Anep : It’s up to you bro…Kalo BNM da amik tindakan macam yg berlaku kat SwissCash nanti, jgn melopong pulak…

  5. fazli
    2:08 am on April 2nd, 2010

    Zaharuddin tu lg tinggi ilmunya dlam bidang agama. Di dah ada hujah2 nya.. Jgn ikutkan hawa nafsu , menghalalkan yan haram…

  6. speedfinger
    12:10 pm on April 10th, 2010

    Sir, ini bukan masalah memecah belahkan.. Kalau barang jualannya haram, cara berniaga haram.. redha or not is not the point..
    so, jgn diikut nafsu tu.. manusia memang akan cari alasan untuk tidak percaya benda yang mereka buat itu salah.. tambah lagi bila melibatkan soal duit..

  7. abie
    1:10 am on April 30th, 2010

    salam bleh tak sy tahu… link url yg ustaz Zaharuddin..
    mekasih utk info login rm100 ni.. mekasih yer.

  8. maxx
    12:33 am on May 26th, 2010

    Salam, bottom line pada aku: x kira apa jenis perniagaan, keuntungan ialah dari penjualan produk, bukannya dari penambahan downline. Bila produk hanya jadi syarat nak join, penambahan ahli/downline yang lebih menguntungkan.. itu dah meragukan (pada aku). Sama juga dengan beberapa skim affiliate yg meniaga tanpa produk atau : “anda buat apa yg saya buat”. So, bila meragukan, mak aku ajar masa aku baru kenal alif, ba,ta dulu… jangan buat… wallahualam

  9. zul
    8:05 pm on May 30th, 2010

    thx!!! sumber yg benar2 hebat! dapat menolong anak2 bangsa kita dari ditipu kafir laknatullah…
    terima kasih!

  10. Ujie
    8:44 pm on June 16th, 2010

    Aktif lg ke ID ni eh??dah tak nampak dah kat FB…huhu

  11. irwanalias
    12:33 pm on July 9th, 2010

    salam…ujie pls check http://www.hmeo.com.my/business_development atau http://www.hmeo.com.my untuk memuaskan hati anda mengenai jenis perniagaan yang dijalankan oleh HMEO. Kami bukan skim cepat kaya dan tidak ada panggilan siasatan dijalankan oleh Bank Negara. Perniagaan kami berteraskan perniagaan profesional seperti perniagaan unit trust kamu tu…cuma janganlah menuduh tanpa sebab dan simply guna nama orang bank negara…sebagai orang islam kaji dulu.. jika selepas anda kaji dan anda dapati HMEO bukan skim cepat kaya agak2 berapa lama u nak biarkan maklumat u yang u paste tu kekal jadi suspicious… for yor information saya terlibat dalam industri kewangan insurans dan takaful, unit trust, perniagaan latihan & kursus serta ICT graphic multimedia…so pls check our website http://www.hmeo.com.my_business_development atau website utama http://www.hmeo.com.my. u can check my self at http://www.hmeo.com.my/financial…sila beri maklum balas…terima kasih..

  12. founder
    12:46 pm on July 9th, 2010

    salam ujie…i puji usaha u untuk memberi nasihat percuma dan tidak profesional u supaya orang tidak tertipu. pls log in to our website n’ nilaikan sendiri apakah perniagaan hmeo…i bliv hmeo business lebih profesional than yours…to be fair to us u check our website http://www.hmeo.com.my/business_development untuk kepuasan u sebelum simply simply gunakan orang bank negara nak letakkan suspicious. our main website http://www.hmeo.com.my.
    for your information, I terlibat dengan dunia keusahawanan institusi kewangan n i am somebody with more than 14 years xperience in insurance, takaful, unit trus industry n’ perniagaan ICT,Kursus & latihan serta perniagaan membuat website,graphic serta pembangunan usahawan profesional…so pls kaji agar tindakan u paste nama hmeo tu tidak meninggalkan over suspicious…dan personally i jemput u datang pada seminar kami d regency hotel kuala lumpur pada 31 July 2010 untuk anda nilaikan sendiri…free admission for u…TQ

  13. founder
    12:53 pm on July 9th, 2010

    jus let u know..tidak ada panggilan siasatan kepada HMEO dari bank negara n lain kali kalau nak jadi wartawan pls clarify frm our company… n’ pls dont judge book by its cover. hope if u dah faham pls remove your words ttg hmeo so tats tidak tingallkan suspicious pada orang lain or i will asked my legal advisor to confront with you as soon as possible…..TQ dear..

  14. kalau u kaji dan berpuashati ttg hmeo, i advise u please remove komen asas asas fitnah u tentang HMEO sebelum i let u confront with my legal advisor dan saman you atas saman fitnah tanpa bukti..for your info lesen insurans i di bawah bank negara malaysia and lesen unit trust u dan i di bawah suruhanjaya sekuriti, dan tidak ada pihak bank negara hubungi hmeo so jangan memfitnah n’ judge book by its cover..hope you take action as fast as you can sebelum surat saman sampai pada you .tq dear

  15. Assalamualaikum.
    Agama Islam tidak boleh didebatkan tapi masih ada ruang untuk dimuzakarahkan (bincang).

    Saya masih buat ID kerana beberapa sebab dan saya sikitpun tidak mengatakan Ustaz Zaharuddin salah. Ya kita hormati ilmu beliau. Tapi dalam kontek perniagaan ID saya memilih hujah yang mengatakan ianya (ID) halal dari sudut perniagaan dan konsep akad persetujuan bukan kerana ikutkan nafsu nak kaya cepat.

    Apakah hukumnya makan kedai Cina? Haram? atau Halal jika meyakini sumber dan masakannya halal. Jika was-was jangan makan jika yakin (bersandarkan hujah betul) makanlah tanpa was-was.

    Apakah rujukan kita dalam SEMUA BAB AGAMA hanya pada Ustaz Zaharuddin seorang sahaja hingga hujahnya menurup pintu perbincangan hingga hujah Ulama lain tidak boleh diguna pakai?

    Dah tanya JAWI dan lain-lain sumber? Ustaz Zaharuddin ada fakta digunakan untuk mengharamkan ID tapi adakah ID sama wujudnya seperti NAJIS MUKHALAZAH yang jelas haram hingga tidak boleh dihalalkan atau ataukah ID suatu konsep salah yang boleh dibetulkan? Misalnya mencuri itu haram tetapi ‘dibolehkan’ pada sebab-sebab tertentu.

    Saya tidak risau dengan program ID sebab ID tiada ciri-ciri Skim Cepat Kaya (Kena tambah Modal untuk income lebih tinggi), tiada Money Laudry (setakat RM100 sebulan-taktaulah), tiada deposit haram (tiada siapa kumpul/pegang bonus kita), tidak tepu ahli (pengguna internet SELURUH DUNIA sentiasa bertambah- ahli yang diterminat juga boleh join semula)

    Contoh : Kita ada IMAM GHAZALI yang mengatakan sesuatu itu HARAM. Kita juga ada IMAM HAMBALI yang mengatakan hal yang sama itu HALAL. Keduanya betul kerana berdasarkan NAS yang sah. Kedua pihak yang mengikut mereka TETAP BETUL selagi kita melakukan sesuatu itu dengan berpandukan Ulamak dan bukan suka-suka kita.

    Akhirnya saya mengutip kata-kata berikut dari blog lain. kata-kata ini bukan ditujukan kepada Ustaz Zaharudin tetapi pada orang yang suka sangat kondem apa yang orang lain buat kerana dia tak minat.

    Kesimpulan
    1. Jangan mudah menjatuhkan hukum jika kita tidak tahu apa yang dibicarakan. Jangan kerana dengkikan kejayaan orang lain, lantas kita mengatakan mereka melakukan perkara haram.
    2. Hukum hakam hanya layak diputuskan atau dibicarakan oleh mereka yang layak sahaja. Bukan semua orang boleh melakukannya.
    3. Allah telah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli.
    4. Hukum perniagaan melalui Internet adalah harus (boleh di sisi Agama Islam), tetapi ia tetap bersyarat.

    Buat kalau yakin. Diam kalau tak pasti.

    Wallahualam.

  16. Kepada yang tak sebulu dengan Ustaz Zaharuddin jangan memaki hamun beliau, beliau orang berilmu yang WAJIB kita hormati. Apa yang beliau sampaikan itu betul dan tugas beliau sebagai rujukan.

    Kalau kita tak setuju dengan pendapat beliau dan ingin keyakinan yang lebih atas apa yang kita buat tanyalah juga kepada lain-lain sumber rujukan (hatta ulama luar negara). Bagi saya pendapat Ustaz Zaharuddin tetap menjadi pendapat selagi tidak disepakati dalam dalam Fatwa sedunia. Misalnya rokok, walaupun jelas hukumnya haram tapi masih ramai menghisapnya cuma berpandukan hujah lama hukumnya ‘makruh’.

    Sorilah… Komen detail Komen tentang pendapat Ustaz Zaharuddin kena join ID Surirumah dulu

    http://ringgit-online.tripod.com/surirumah
    Percuma Thumbdrive.

  17. Pelajar
    10:42 pm on October 19th, 2010

    em… kalau dah disajikan dengan rezeki melimpah ruah,tentu lah mata dan mata hati boleh kabur..

    fahami konsep gharar,maisir dan riba… insyaAllah kalian akan paham status hukum sistem login FB ini

    dan duit halal hati sentiasa tenang, keluarga dan diri bahagia
    duit tak halal, sebaliknya… pendek kata… Barakah !

    tepuk dahi, cukupkah ilmu dlm diri ini?

  18. Alif Hanip
    1:44 pm on January 10th, 2011

    Assalammualaikum.
    Saya rasa biarlah pihak Ulama Malaysia yg buat kesimpulan dulu menjatuhkan Fatwa. Jika nak kira pandangan dari segi Islam, kita jalan atas tanah pun tak boleh pihak semut, apatah lagi jika kita masukkan duit ke dalam bank..Sbbnya dlm bank pun ada Riba..adakah pendapat saya betul ? Sila komen..

    Pasal Infinity Downline nie, saye masih belum lagi join. Tapi saya buat kajian mendalam pasal perkara nie. Org Malaysia memang sentiasa rebut peluang apa saja yg ada, dan itu bagus untuk mereka. Tetapi ada ketikanya masih perlu bersandarkan hadith-hadith yg sahih dan juga hukum Qisas. Nasihat saya, jgn lihat dari satu sudut sahaja..

    Dari ujikaji saya, ID ini tidaklah haram sebagaimana disangkakan. Jika Swisscash ambil duit anda dan laburkan,buat sistem piramid kemudian BNM blok sistem ini, dah tentulah jatuh haram jika ada FATWA kebangsaan. Tapi, ID ini menjual produk di internet. Ya benar, saya ada baca artikel org Islam yg arif di dalam Bloknya iaitu Infinity Downline adalah PRODUK SAMPAH.. Sila ujikaji dengan lebih mendalam wahai saudara saudari sekalian. Dalam dunia ini, ada Kristian, Islam, Budha, dan sebagainya. Produk-produk yg ada di dalam ID itu bukan hanya disasarkan kepada umat Islam sahaja tetapi kepda seluruh bangsa Ugama. Jika anda lihat ada tajuk Forex…ada pula hal2 yg bercanggah dengan Islam, JANGANLAH AMBIL… Pilihla yang baik dari produk yg diberikan… Islam itu kan flexsible…jadi umat Islam pun kenelah Flexsible…tapi masih lagi perlu menjaga hukumnya.

    Latarbelakang ID meragukan ? Jika tak selidik habis2, atau x pandai selidik memanglah meragukan.. Bagaimana wikileaks boleh dapat info pasal data-data sulit sesebuah negara ? Mereka lakukan penyiasatan 9.0,.. anda semua lakukan penyiasatan tahap 0.3,memanglah anda tak dapat info sebenar… Cuba siasat sapa itu Peter Wolfing, apa syarikatnya, dimana letaknya. Apa produk jualannya, apa efek kepada org yg join, apa kerugian kepada yg join..

    Don’t just a book by it’s cover. ID buat program utk semua org, bukan hanya utk sesebuah Ugama shj. Natijahnya, ada diantara anda yg tidak tahu berniaga secara online(internet .com), ada juga yg tidak tahu guna komputer, malah ada juga yg tidak tahu apa-apa. Ya peluang memang ada di Infinity Downline. Mereka ada produk untuk anda study. Dalam masa study tue, anda boleh bina rangkaian dan dapat hasil dari subscription service yg ada. ID bukan ambil duit anda pun sprt MLM yg lain mcm Swisscash dll.. Malah mereka yg ingin join, dikehendaki bank in pula kepda upline. ID tidak dapat apa apa pun..

    TETAPI.. Apabila anda promote Login Facebook dapat RM 100, ahli itulah yg akan berdaftar dengan ID. ID pula jual produk hanya kepada ahli-ahlinya.. Harapan mereka, jika anda sudah boleh berniaga secara online, ada ahli downline yg ramai, pada masa yg sama mereka harapkan anda dan ahli downline anda membeli produk mereka.

    Apa akan jadi jika anda tidak bayar kepada upline pada bulan ke 2?
    Jawapannya, anda tidak dapatlah join webinar, download ebook, video & audio secara percuma sebabnya subscription service anda tak aktif. Jika anda bayar RM 100 kpd upline, upline akan aktifkan Link ID anda dan barulah anda boleh join program marketing mereka. Dan sekali lagi, anda akan belajar apa rahsia untuk berniaga di internet dengan tips dan bahan yg diberikan di laman web ID. Anda pula jika tidak berminat pada pertama kali, boleh keluar pada bila2 masa sahaja dari join ID. Dan kalau dah join pula, pun tak jadi masalah utk keluar dari program tersebut. Jika anda keluar, masih ada ahli downline yg berada di bawah anda. Takkanlah anda masih lagi ingin terima duit dari ahli downline tersebut walaupun anda keluar dari ID…. Jadi disitulah yang anda panggil sistem Reverse 2 Up. Downline anda pergi kepda Upline anda. Senang sbb mereka yg buat pembayaran subscription service akan bayar kepada ahli upline yg aktif. Siapa buat..dia dapat. Sistem ID yang akan menentukan harus buat kepada siapa ahli Upline yang aktif.

    Adakah jika anda tak aktif, tak buat, tapi ada ahli downline yg aktif…tiba2 anda dapat untung.. Barulah dikira skim cepat kaya. Tapi jika anda tidak aktif, anda tidaklah dapat apa apa keuntungan…

    Dalam business mesti ada akad, produk, harga yg dipersetujui (redha)..betultak ?

    Oleh itu, persepsi Malaysia apa saja bentuk skim cepat kaya adalah haram. Sila kaji dahulu sblm beri impak yg besar kpd org ramai. Saya fikir, ada sesetengah Ustaz mengatakan HARAM disebabkan kajian yg mereka lakukan. Jangan salahkan mereka kerana ada ketikanya mereka adalah benar..

    Cuba fikir kenapa Peter Wolfing-pemilik ID tidak ambil duit RM 100 anda tetapi beri pula kepada Upline anda ? Peter boleh ambil duit anda, kemudian beri anda kupon shj pada produk-produk yg ada di dalam laman web ID tersebut. Beliau tidak berbuat demikian.. KENAPA?

    Kerana jika anda berjaya memperolehi hasil dari ID, secara tidak langsung anda ingin tutorial yg berbayar. Disitulah Peter menjana pendapatan. Dan kemahiran, ilmu, teknik berniaga akan terus bertambah dari tutorial tersebut. Tapi janganlah pula anda pilih Tutorial yang Haram dari segi Islam contoh : Forex money to buy women..—Contoh shj..

    Umat Islam ada akal, ada Ugama, ada Akidah.. Jadi gunakanlah….

    Utk makluman, USD 25 adalah harga asal. Jika convert RM dalam RM 75- RM 85 bergantung kepada pasaran semasa wang asing.. Hah…pasaran wang asing pun ada riba juga kan…? Rm 100 biasanya anda akan dengar, Login Facebook dapat RM 100.

    Saya ada baca artikel dari laman web http://www.ginmarvel.com. Paling menarik jika anda download ebook beliau. Anda boleh baca adakah anda akan maju jika join Infinity ? Apa hukumnya…adakah ianya halal? Adakah ianya dipangkah oleh BNM ? bagaimana pula mereka yg join boleh success.. Itu semua telah di diskusi di dalam ebook tersebut. Dan kajian yg saya lakukan juga hampir mirip dengan artikel di dalam ebook tersebut. Sila pergi ke http://www.ginmarvel.com kemudian download ebook tersebut. FREE shj.. Hanya klik, isikan butiran akaun Facebook anda, trus dapat download FREE.

    Dari sumber kajian saya, beliau mengambil RM 100 dari anda kemudian letakan ID link anda di dalam laman webnya. Sesiapa yg ingin join, boleh klik Link ID tersebut yang mengandungi ID anda. Secara automatik, dapat ahli downline baru siap di promosikan sekali ID anda.

    Ini apa yang saya faham:
    1- Anda dapat ebook percuma dengan Link ID anda di dalamnya, boleh beri kawan2 ebook yang mengandungi link anda. PERCUMA!
    2- Link ID anda akan dipromosi ke 1.2 juta search engine (SEO), seperti google,yahoo dan banyak lagi. PERCUMA!
    3- Dapat laman web template (boleh edit). Boleh bina rangkaian anda sendiri dari template tersebut.. PERCUMA!
    4- Ebook & Artikel mengajar cara anda berniaga online.. PERCUMA!

    Jadi saya rasa amat berbaloi dengan RM 100 tue. RM 100 anda bayar kepada beliau, bukan Infinity. Jika anda ada produk lain pun dah boleh jugak kerana anda dapat laman web percuma. Bukan nak promosi laman web tersebut, tetapi beliau mencajar anda cara berniaga dari bahan produk Infinity Downline. http://www.ginmarvel.com

    Fikir-fikirkanlah…

  19. Ujie
    9:27 am on January 14th, 2011

    Oke.. 🙂

  20. ??
    2:12 pm on May 5th, 2011

    tlg !! sy na out .. takot lak pas tao sume ni . tp sy nk modal sy dulu .. boleyh ta ?

  21. Tira Jekri
    9:29 pm on May 23rd, 2011

    trimas kak Ujie..

    at first saya mmg b’minat nk join bisnes ID ni, jd saya pegi la tanya my mom, tp dia ckp..”eih, jewish pya tu..skrg ni diorg taburkn kat muslim ja”..thats my first thought, tp endahkn je..
    then..saya gtau la yg ramai dah yg join dpt income yg “wOW!” dia ttp jg x benarkn..
    so, x puas hati, saya pegi la Google ID nk tau halal ka haram..then jumpa kak Ujie pya post ni..

    skrg saya dah tau x bagus bisnes ni, then now i believe my thoughtts and my mom instinct..hehe, thnx again kak Ujie 🙂

    oo ya, my lil bro ckp..haram x ble d mkn, jd beli barang ja bole la..so dia tanya, bole ke guna duit yg haram tu tuk beli barng jak? :o?

  22. city hunter
    10:15 pm on September 7th, 2011

    ramai yg kta id halal tapi bg aku dah jelas ianya haram,,.,.,.,
    1. ada yg kata ianya satu perniagaan yg ada jual beli…tapi ble diteliti ….produk yg dijual pon sudah haram….dlm alquran pon kta haram beli arak…bawa arak dan minta dibawakan arak…..haram tuh…..apatah lagi perisian yg melibatkan agama len….
    2. keuntungan bukan berdasarkan jual beli pon…tapi duit dri downline yg jadi income…..kalo korang buka fb pon…ada dia sebut produk yg nk dijual….aku pasti x byk dan mungkin xder langsung…
    3. secara mudahnya…da nampak ini bukan perniagaan…byr seratus dpt ribu2 sbb hanya dengan cari downline jer….xder langsung aktiviti perniagaan kan?
    4. ada yg kata masuk id leh senang lenang….betol…xpernah sy nafikan tapi….adakah berjudi tidak mengutungkan? ada yg dpt juta2 sbb judi….korang leh pulak kta ia haram………..
    4. ada jugak yg kta ble kita komen , kita dengki kat dia…apa? kita xleh masuk ker? ker ramai malaysian xder modal rm100?x…sebab ada diantara kita yg tau benda ni..haram…katakan korang nie budak kecik yg tgh tgk seseorang membuli org len…..apa org pk? korang rase nie salah….x ptot buat…itu yg kita rase ble nk join bnda gini…tapi ble dah duit bertimbun….emang x nmpk nye…
    5. propaganda yg dibuat juga meragukan….contohnya…saya ajar , anda buat , anda untung……ye ker? pesal….bek sgt nk ajar org free. tapi x….cra ni disebut system revers 2 up…upline dpt untung dri dua ahli bru dan downline dpt duit dri 2 ahli bru…dah mcm mana dgn ayat tadi tu….x ajar free kan?
    6. lastly, system ni bergantung pd bilangan ahli yg join sedangkan manusia bukan produk yg leh dijual bali…katakan ramai sgt manusia join sceme ni…pasti keuntungan tidak akan diperolehi….mcm judi…sape lambat naseb r…tapi jual beli bukan judi…dan kerana itu ia halal…
    sekian…..yg bru join tu sdr2 r..(aku pasti ada org marah aku sbb ble xder downline, xder keuntungan, mcm aku sekat rezeki dia r…)
    xader sbb aku nk dengki…kalo ada bri r satu…
    sori terkasar bahasa ….
    tapi nk sedarkan umat islam jer..
    bg yg x nk hiraukan post aku ni..aku x kesah.
    tiada paksaan dlm agama

  23. leeya
    12:50 am on October 25th, 2011

    kte kne ingt. bnde ni affiliate program. kirenye kte sbg ejen. jadi smue ejen ni haram lah.? jgn salahkan atau samekan dgn program2 yg lame. lgpn dorg yg bayar smue akan dpt virtual produk. bisnes ape yg xde modal.? bisnes ape yg xkne cari org. cube bgtau. nk bukak kedai makan pn kalo xde org xjadi jgak. nuff said. assalamualaikum.

    p/s sy dgn rakan2 smue dh berjaye.

  24. Ujie
    5:43 am on October 25th, 2011

    Terpulang… Dan tahniah utk u n kawan2 🙂

  25. kais pagi makan pagi, kais ptg mkn ptg..biar idop miskin yg penting dpt duit dr hasil halal. Angan2 mat Jempol…kalo aku kaya bla join skim infinity downline ni aku bley bg mak ayh n adik2 aku mkn sedap2, bole beli kereta baru, rumah baru bla da kawen boleh tkr suami baru!!!kalo ada duit lebey aku nk sedekah kat rumah ank yatim.Bla da dpt duit byk lain plak jd nya aku jd makin tamak syik nk enjoy je duit da belambak tp tetap nk tambah lg mcm la aku bley bwk duit 2 ke dlm kubur skali. Kwn tegur aku agr bhnti la buat keja ni byk da org ckp bnda ni xbtl haram….(alamak jgn cte bab agama kte xlayak nk cte bab2 agama ni bg kat ulamak2 je)pembetulan kwn kta bek kte carik keja mencabar sikit tk dpt duit keja yg skrg xmencabar sng2 je ley dpt duit bg la kua peluh 2 sikit sejak jd kaya ni aku tgok bdn ko makin gemuk da besar tong dram da aku tgok…exercise la sikit jgn dok dpn laptop je!!!(kwn aku kata der)ape aku buat kat kwn aku td nk tau??aku maki kwn aku ckp kat dye ko mmg dengkikan aku ni la org melayu pntg tgok org kaya sikit nk dengki sampai ke mati la ko idop miskin!!!sape ustaz zaharuddin tu nk ckp bab hukum hakam ni?(time 2 aku xtau sbnarnya ustaz zaharrudin ni upenya penasihat syariah bank asia, org yg berilmu sepatutnya aku kena hormat) ish2 jht nya mulut aku cpai putus kwn semata2 nk kejar duit….malang xberbau kusangkakn pns hingga ke ptg upenya time ptg makin pns dow haha…aku mati sbb kna strok pe x nya dok ngadap lptp je lg 1 drah aku kerapkali trun naik bla tpaksa berdebat dgn org2 kt fb or blog pasai skim ni la!!mati la aku tglkan mak ayh adik2 suami ank2 & skandal2 aku..sedey dow dlm kubur dok sowg2 igt duit bley bwk mati kalo x ley gk r aku pasang aircnd n beli baju mahal2 ni x kain kapan wrna putih je yg tersarung di tubuhku yg kini kaku. Time ni bru nk nyesal tp xberguna da mna mgkin aku bley idop kembali. Aku malu pd dri aku sendiri selama ni aku bg mak ayh suami n ank2 mkn aku gembira tgok drg tersenyum tp aku xpnh sedari aku bg drg mkn dr sumber yg halal or haram??kenapa aku babitkan mereka dan org2 yg tlh aku pengaruhi tk join skim ni dgn dosa??andai apa yg aku kongsikan didunia semasa hayatku itu membawa manfaat pd org disekelilingku alhamdulillah ganjaran pahala akn diberi pdku namun andai apa yg aku kgsikan dgn org ketika hayatku adalah sesuatu yg slh (HARAM)di sisi agma …apa ptt aku jwb di dpn TUHANKU??YA ALLAH…andai saja aku boleh idop kembali aku x akan mensia2kan idupku dgn sesuatu yg blum pasti boleh membolehkan aku mendapat keredhaan Mu….

    MORAL CERITA DIATAS:
    1- Hormatilah sesiapa yg bkongsi ilmu dgn kita
    2- Umat islam sepatutnya bersatu padu bkn nya saling menuding jari menyalahkan org lain maki sana-sini (malu la kat org agama lain dok gelakkn kita gadu pasal hukum agama kalo bab hukum pon nk bergadu cmna nk yakinkan org kafir ttg kebenaran agama islam?)
    3- Jgn biarkan wang mengaburi mati hati hingga membuat kan kita alpa & xdpt membezakan yg mna halal or haram
    4- Byk lg keja lain yg boleh kita buat tk dptkn duit & tk kaya raya (yg penting dgn cara halal)
    5- Ingatlah da jd kaya 2 bknnya sng disetiap harta kita tu ada hak utk org lain yakni org2 miskin yg memerlukan
    6- Jika sesuatu itu meragukan kita seeloknya kita bhnti la buat bnda tu
    7- Adakah kita benar2 yakin bhawa apa yg kita buat skrg ni adalah btl?ckup yakin ka kita sehinggakan kta berani membawa org lain tk menyertai kita?andai kita tersilap…sudah bersediaka kita utk menghadapi hukuman Allah?
    8- Kita inginkan seberapa byk dalil or bukti yg mengatakan bahawa apa yg kita buat adalah halal tp pnh kita terpikir berapa byk dalil & rujukan yg kita ada utk membuktikan bhawa apa yg kita lakukan ni adalah halal?
    9- Sanggup or berani kah kita bersumpah dgn menjunjung Al-Quran utk membuktikan bhawa apa yg kita lakukan ini btl (halal)?
    10-Utk apa kita pupuk perasaan benci & putuskan silaturrahim sesama saudara islam or sesama manusia ..berprasangka buruk pd org lain dan mengagung2kan kebijaksanaan diri dgn bangganya mempertahankan bahawa ‘AKU’ seorang sahaja lah yg btl mereka semua salah semata2 kerana WANG!!!terlalu bernilai ka wang tersebut sehingga kmu sanggup gadaikan maruah, agama dan sanggup menjatuhkan maruah saudaramu yg lain??

    INSAFLAH…KEMBALILAH KE JALAN YG BENAR!!!
    sekian,,,aku mgkin xsempurna nmun sebagai student islamic finance, seorang islam yg berakal waras aku perlu berkongsi ilmu dgn saudara2 ku di luar sana…andai aku tersilap maafkan lah aku~

  26. day
    1:23 am on December 3rd, 2011

    Hahahahaha,,, sokong kamu wahai penulis blog, knape semue orng nk senang jew,, baik semue buruh msk skim nie, so x yah penat keje. tukang bacuh air pon kaye. Kalo nk cite pasal agama, dalm downline bkn saje ade riba, die ade gharar, maisir, maksud die, ade ketidak pastian, perjudiaan. Dlm islam, semue kne btl jelas, xblh sorok2. mcm mane wat untung, Dri mane duit datang. berselindung dgn barang hanye nampak dri segi fizikal, dri mane dpt duit tue mcm mane. then niat beli barang tue, ade kew nk gne, niat nak dpt untung pas dpt orng bawah, tue namenye memperjudi nasib,,, mls nak tulis lew,,, aku bkan penulis,, tpi pg la pahami sendiri, ayat quran bkn cme “Allah menghalalkan jual beli dan meng haramkan riba”, kalo dlm jual beli ade unsur2 yg diharamkan pon haram. Duit mmng wat orng cri jalan tegakkan benang basah dan cbe menutup mate ngn kebenaran..

  27. sad is smile
    10:07 pm on May 10th, 2012

    Alhamdulillah ada jugak orang yg arif membantu kiote dlm hal2 ni..syabas…smoga Allah merahmati kamu..

  28. umi
    8:32 pm on May 29th, 2012

    allahuakbar. kwn saya ramai dah join. risau rasanya. sesungguhnya harta benda itu ujian.. kalau termakan wang dari sumber yg meragukan, buatnya riba.. haa.. sesungguhnya, api nerakalah selayak utk nya.. nauzubillah…. dosa mengumpat Dan melengahkan solat (dosa rutin. x buat jadi x sedap badan) pun dah melambak, nak tambah dosa mkn harta riba lagi.. astaghfirullahalazim…

  29. Mata hati
    4:15 pm on June 5th, 2012

    Biz Id??? Hahaha… saya amat tak setuju… saya pernah masukkan duit RM100 untuk tau benda ni apa benda nyer..( mmg dhaif masa tu…tak kan senang sangat dapat duit…) Tapi bila dah bagi RM100 even hanya RM100 tapi duit la jugak kan…Then orang tu bagi panduan…panduan nya suh buat macam dia buat… publish kat fb… then tunjuk gambar duit banyak2 biar org seronok nak join… 1 st time saya baca tu…saya kata…NO!!! bagi saya ni macam tipu… saya mmg tertipu dengan org yang bagi info tu… nak suruh plak org teruja…and buat apa yang upline buat… pada saya…. benda ni tak mendatangkan manfaat pun…ia ibarat menjual ilmu yang disorokkan…pastu ajar balik org buat benda yang sama… Pada saya…lain la kalau ia ada teknik atau ilmu yang mana orang dapat manfaat darinya… sbagai contoh…kita jual ebook pasal belajar FB… so bagi mereka yang tak pandai guna FB, tak tahu macam mana nak login fb… itu bagus…kita memberi ilmu yang boleh orang gunakan untuk mengembangkan elimunya…bukan ajar org untuk suruh org masuk duit…pastu kita dapat untung dari duit org tu…and ajar pulak orang buat benda yang sama…so, apa yang diniagakan sebenarnya…??? Ia ibarat nak suruh org lain bayar kita… pastu kita suruh org buat benda yang sama…katakan…orang bawah kita tu…tak ada pun org join… macam mana??? Entah la…pada saya…sistem ni tak mengembangkan ekonomi pun… kesian org yang join kan…pastu terpaksa terhegeh2 plak nak suh org masuk duit kat dia…baik la buat business dari kepakaran yang kita ada…contoh…kita pandai buat kuih… berapa ramai dalam dunia ni yang nak makan kuih…cuma kita je yang tak fikirkan perniagaan macam tu…fikir nak cepat untung sahaja… Kalau la cara ni betul…kenapa Rasulullah tak ajar kita berniaga cam ni…??? Nabi kita ni adalah kekasih Allah…kalau ia betul…Allah dah bagi Petunjuk pada nabi untuk ajar umatnya berniaga semudah tu…hehehe…fikir la… saya bukan la arif dalam bab agama…but saya rasa banyak lagi perniagaan yang boleh kita buat… yang memberi manfaat pada orang lain… contoh kita boleh berniaga di internet… jual elmu yang kita ada…contoh..buat tutorial macam mana nak edit gambar… jual tutorial tu…itu tak salah… ramai org nak tahu ilmu…. sama macam kita beli buku kat kedai buku… saya pelik kenapa org nak sangat buat biz ID yang ntah apa2 ni…saya rasa sebab terpengaruh dengan janji upline dapat duit dengan cara yang senang…. mmg senang…tapi… (fikir la sendiri)… jangan pilih jalan yang diragui…banyak lagi peluang diluar sana untuk kita menambah nilai hidup kita…. business yang boleh puaskan hati kedua-dua belah pihak…yang mana dua2 belah pihak mendapat manfaatnya….wallahualan…