Selepas Subuh tadi, saya menerima panggilan dari seseorang. Nun…Jauh dari tanah Mahsuri, Langkawi. Encik Azam atau panggilannya Adam merupakan seorang berketurunan Bengkulu yang sekarang berkhidmat sebagai anggota polis di Langkawi. Ibunya memang berasal dari Bengkulu dan datang ke Malaysia pada awal tahun 1920an. Mereka menetap di salah sebuah penempatan kaum Bengkulu iaitu Behrang (sila rujuk entry ini). Beliau juga mempunyai ramai saudara mara di Sungai Choh iaitu penempatan terbesar masyarakat Bengkulu di Malaysia (kampung sayalah tu..:D)
Untuk pengetahuan pembaca, Encik Adam bukanlah orang pertama seketurunan dengan saya yang menelefon dan berbual-bual dengan saya. Sebelum ini, kalau boleh saya sebut beberapa nama – Encik Zam dari Shah Alam, Encik Haris dari Kedah, Encik Muslim dari Pahang, Kak Azura dari Subang Jaya, Kak Faridah dari Perlis (berkahwin dengan suaminya yang berketurunan Bengkulu) dan beberapa orang lagi. Terima kasih kepada abang-abang, kakak-kakak, pakcik-pakcik yang sudi menghubungi saya. π Mereka akan berbual-bual menggunakan dialek Bengkulu dan kadang-kadang saya pulak tercakap Bahasa Rawang. Haha..Yak, aku kak bukan pacak ige, dikit-dikit te bolelah (Terjemahan : Saya ni bukan pandai sangat, sikit-sikit bolehla)
Seperti yang saya nyatakan dalam entry Aku Anak Bengkulu sebelum ini, saya memang berbangga mempunyai darah berketurunan Bengkulu sepertimana seseorang yang bangga sekiranya dia keturunan Mat Saleh, Pak Arab dan sebagainya. Bangga di sini bukanlah bermaksud riak ke ape, tapi entah ye. Tatau nak cakap cemana. Kalau dulu masa kecik-kecik, saya dengar abah, pakcik makcik saya, datuk nenek saya bercakap dalam dialek Bengkulu, ye saya tau lah yang saya orang Bengkulu. Tapi perasaan tu sampai di situ sahaja. Mungkin sebab masih budak-budak. Tapi bila dah besar (dan juga gemuk..huhu), saya tak sangka yang saya akan menulis tentang keturunan kami (walaupun tak lengkap) dan dihargai pula oleh pembaca lain yang berketurunan Bengkulu juga.
Terima kasih sangat-sangat kepada kakak-kakak, abang-abang, pakcik makcik berketurunan Bengkulu atau yang berkahwin dengan orang Bengkulu, yang sudi menelefon/SMS berbual-bual dengan saya. Terharu gitu. Hehe. Bila saya tanye, anak-anak mata sepet tak? Kebanyakannya menyatakan perkara yang serupa. Nasiblah korang-korang yang kawen dengan orang Bengkulu. Merasalah mata anak sepet-sepet. Kuat genetik mata sepet ni rupanya. Haha!
Okeh, teruskan bertamu di sini. InsyaAllah, mana yang baik dijadikan tauladan. Yang buruk, tanggung sendiri. Haha..
p/s : Encik Azam ada meminta resipi membuat kuih Tat Bengkulu. Balik kampung nanti nak mintak dengan mak lah. π