Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Saja nak share artikel lama dalam Kosmo Online sebab baru terbaca.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Firaun kaya penyakit

AHLI arkeologi Mesir terkenal, Zahi Hawass  berpengalaman  selama lebih dua dekad dalam bidang kajian 
cari gali, sejarah dan  budaya Mesir. 

 

 

IMAGINASI kita mungkin membayangkan raja Mesir purbakala itu sempurna fizikal, gagah dan memiliki wajah yang tampan.

Namun, gambaran itu sangat berbeza pada salah seorang firaun paling terkenal, Tutankhamun yang lebih dikenali dengan gelaran Raja Tut.

Itulah yang berjaya dibongkar oleh sekumpulan saintis baru-baru ini.

Berasaskan kajian asid deoksiribonukleik (DNA) dan imbasan tomografi berkomputer (CT) selama dua tahun, nyatalah imej remaja lelaki yang menawan pada artifak Raja Tut jauh berbeza daripada jasad sebenar yang tersemadi.

Raja Tut terpaksa berdiri menggunakan tongkat kerana kakinya bengkok manakala bibirnya didapati sumbing.

Penemuan 130 batang tongkat di tempat persemadiannya membuktikan masalah kakinya itu.

Kaki bengkok

Bahkan cerita dia mati dibunuh kerana terdapat lubang pada tengkoraknya adalah tidak tepat. Dia sebenarnya mati akibat penyakit malaria yang telah melumpuhkan sistem imunisasi tubuhnya.

Raja Tut mula popular selepas mumia berusia 3,300 tahun itu ditemui pada tahun 1922 dengan limpahan barang kemas dan artifak, termasuk topeng emas di sisinya.

Raja Tut menjadi firaun ketika berusia 10 tahun pada 1333 Sebelum Masihi dan hanya sempat memerintah selama sembilan tahun sebelum meninggal dunia pada usia 19 tahun.

Lebih memeranjatkan, saintis mendapati sebahagian penyakit yang dihidapi Raja Tut merupakan penyakit keturunan.

Bapanya, Akhenaten sumbing bibir manakala datuknya, Amenhotep III mempunyai kaki yang bengkok dan menghidap penyakit pemberhentian darah ke kaki iaitu Kohler.

Penyakit genetik lain seperti skoliosis dan tulang belakang melengkung turut ditemui pada mumia-mumia lain daripada Dinasti ke-18 firaun.

Kalau sudah namanya penyakit genetik, tidak mustahil jika keturunan firaun terdahulu juga kaya penyakit seperti mereka.

Ujian DNA ke atas ratusan mumia itu juga mendapati beberapa mumia mempunyai persamaan penyakit iaitu diserang parasit malaria.

Sejarahwan perubatan dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat, Dr. Howard Markel berkata, sesetengah penyakit Raja Tut termasuk penyakit tulang terjadi akibat perkahwinan sumbang mahram.

“Kanak-kanak yang dilahirkan hasil perkahwinan sesama adik-beradik cenderung untuk menghadapi masalah genetik,” lapor beliau dalam Journal of the American Medical Association (JAMA).

Sebenarnya, Raja Tut merupakan anak kepada firaun Akhenaten dengan adik kandung Akhenaten sendiri yang belum dikenal pasti. Wanita itu bukan isteri utama Akhenaten iaitu Permaisuri Nefertiti.

Sebelum ini juga terdapat spekulasi bahawa bapa Raja Tut ialah firaun Smenkhkare yang kurang dikenali.

WAJAH Raja Tut yang dibina semula menggunakan mesin pengimbas CT oleh sekumpulan saintis pada 2005.

Smenkhkare merupakan firaun yang memaksa seluruh rakyat Mesir menyembah tuhan matahari, Aten.

“Terdapat banyak kekeliruan tentang pewarisan takhta firaun dan mengetahui Tutankhamun merupakan pewaris langsung kini telah mengubah segalanya,” kata Salina Ikram, seorang pakar mumia Universiti Amerika di Kaherah.

Mirip perempuan

Kajian terbaru itu turut mendedahkan bahawa dua janin yang bersemadi bersama Raja Tut mungkin merupakan anak-anaknya.

Ahli arkeologi Mesir, Zahi Hawass yang terlibat dalam kajian itu mengakui dia telah melakukan kesilapan selama ini apabila menentang ujian DNA dilakukan ke atas mumia-mumia.

“Saya tidak pernah terfikir yang kita akan memperoleh penemuan yang begitu hebat seperti ini,” katanya.

Bagaimanapun, kajian tersebut menyangkal kenyataan sebelum ini yang mengatakan keluarga firaun mengalami penyakit pelik yang menyebabkannya berfizikal mirip perempuan.

Teori itu timbul daripada gaya artistik yang digambarkan pada patung-patung firaun yang mempunyai dada dan punggung yang menonjol serta wajah yang membujur.

“Nampaknya, Tutankhamun atau Akhenaten tidak mempunyai bentuk fizikal yang signifikan dengan teori itu,” lapor saintis.

Projek DNA

Kini, pakar-pakar sedang berusaha untuk mengenal pasti siapakah adik Akhenaten yang merupakan ibu Raja Tut serta siapa pula isteri Raja Tut.

Projek DNA itu juga mahu mengenal pasti yang mana satukah mumia yang bernama Nefertiti, seorang permaisuri yang masyhur dengan kecantikannya.

“Belum terbongkar sepenuhnya, banyak lagi kajian yang perlu dilakukan,” kata Hawass.

Pada masa ini, satu pameran firaun, Tutankhamun and the Golden Age of Pharaohs sedang berlangsung di San Francisco, California, Amerika Syarikat.

Di situ, mumia Raja Tut, mumia yang dipercayai ibunya dan neneknya, Permaisuri Tiye turut dipamerkan.


RAJA Tut  menghadapi masalah kaki bengkok. 

Dr. Howard Markel, sejarahwan perubatan dari Universiti Michigan berkata: “Walaupun penemuan itu akan mencacatkan kisah kehebatan Raja Tut selama ini, ia tidak akan mengubah gambaran orang ramai terhadapnya.

“Dia jauh lebih terkenal kerana apa yang dimiliki dan yang dipakainya berbanding apa yang pernah dilakukan sepanjang hayatnya.”

Makam Raja Tut yang terletak di Lembah Raja-Raja di Luxor itu sendiri merupakan satu tarikan yang kuat di Mesir.

Ekonomi Mesir amat bergantung kepada perlancongan. Ia menyumbang kira-kira AS$10 bilion (RM35 bilion) kepada pendapatan tahunan negara itu.

Dah lama saya tak tengok wayang. Kebetulan, seorang rakan saya dari Kota Bharu datang ke KL dan berhasrat nak belanja saya tengok wayang. Apa lagi, kecik tadah tangan nyiru hamba tadahkan. Huhu. Dia teringin sangat nak tengok Inception lakonan Leonardo de Caprio. So, layankan aje.

Saya book tiket wayang secara online je. Tayangan pukul 8 malam di TGV 1 Utama. Pukul 6.45 petang baru terhegeh-hegeh kuar rumah. Nasib baik dekat je. Itupun sampai lambat jugak sebab kena parking kat 1 Utama New Wing. So, kenalah menapak agak jauh sebab TGV kat belah Old Wing. Nasib baik dorang tak open tiket tu untuk dijual kat orang lain. Kalau tak, sesia je.

Saya memang tatau ape-ape pasal cerita ni sebab tak sempat pun nak baca sinopsis ke hape cuma member cakap Leonardo boleh masuk dalam mimpi orang lain. Wah, macam best je. Tagline filem ni pun THE DREAM IS REAL.

Memula macam pening nak pahamkan jalan cerita dia sebab dia berbelit-belit. Sebab dalam mimpi, ada mimpi lagi. Bukan setakat macam lagu Damasutra – Umpama Mimpi Dalam Mimpi. Yang ni, Umpama Mimpi Dalam Mimpi Dalam Mimpi Dalam Mimpi. Wahh..4 layer gitu. Hah, pening tak pening?

Secara keseluruhan, filem ni memang menarik sebab banyak aksi dan lain dari yang lain dan jugak sebab ada Watanabe. Ntahlah, saya memang suke tengok lelaki sepet-sepet. Huhu. Filem ni jugak bagi saya, setiap minit tak boleh nak tinggal sebab nanti takut tak paham dah. Rasa nak terkucil pon ku tahan, Jebat! Hee hee. Tapi kalaulah benda ni memang betul-betul boleh terjadi (ke memang ada eh?), best gak sebab boleh masuk dalam mimpi orang dan berkongsi mimpi yang sama. * Dasar busy body! Wakaka..


Ken Watanabe – Love you. Muahh!! 😉

Filem ni mengambil masa 2 jam setengah dan habis pada pukul 10.30 malam. Panggung agak penuh sampai saya kesian kat penonton-penonton yang duduk seat depan sekali. Mau lumpuh leher dok mendongak 2 jam lebih. Kalau teman, idakle..

Ni sinopsis cerita ni :-

Dom Cobb (Leonardo DiCaprio) is a skilled thief, the absolute best in the dangerous art of extraction, stealing valuable secrets from deep within the subconscious during the dream state, when the mind is at its most vulnerable. Cobb’s rare ability has made him a coveted player in this treacherous new world of corporate espionage, but it has also made him an international fugitive and cost him everything he has ever loved.

Now Cobb is being offered a chance at redemption. One last job could give him his life back but only if he can accomplish the impossible: inception. Instead of the perfect heist, Cobb and his team of specialists have to pull off the reverse: their task is not to steal an idea but to plant one. If they succeed, it could be the perfect crime. But no amount of careful planning or expertise can prepare the team for the dangerous enemy that seems to predict their every move. An enemy that only Cobb could have seen coming.

Tapi last sekali, pengarah filem ni biarkan penonton meneka sendiri sama ada Leo masih dalam mimpi atau tidak. Tensen gue! So, korang, pegilah tengok sendiri cerita ini. Anda pasti tidak menyesal! Saya bagi 4 1/2 **** sebab 1/2 * lagi saya bengang sebab nak kena pikir part yang last sekali tu. Hergghh!!