Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Salam Ramadhan semua!

Minggu lepas, saya menonton Ketuk-ketuk Ramadhan Sheila Rusly di TV1. Pada hari itu Sheila Rusly memasak Macaroni ala-Bilis. Teruja jugak saya nak tau ape rupanya. Laa, rupenya cekodok campur macaroni dan ikan bilis je. So, semalam saya pun cubalah jugak memasaknya.


Rebus makaroni sampai lembut


Goreng ikan bilis – excuse my kuali buruk. Hehe


Masukkan tepung gandum, macaroni yang dah direbus, ikan bilis yang dah digoreng dan cili api dalam periuk


Masukkan air dan gaul hingga sebati. Tambah garam secukup rasa


Goreng macam buat cekodok biasa


Goreng sampai kekuning-kuningan


Angkat dan hidangkan panas-panas

Sebenarnya tak cukup bahan ni. Kalau mengikut resipi Sheila Rusly, kena letak udang kering yang ditumbuk kasar, daun sup bagai. Oleh kerana bahan tak cukup, saya buat jugakla guna bahan yang ada. Not bad. Cubalah! πŸ™‚

Ruangan Tahukah Anda?

Apakah perbezaan di antara makaroni dan pasta?

Makaroni merupakan salah satu daripada bentuk pasta. Yang lain adalah seperti spaghetti, lasagna noodles, rigatoni, vermicelli, angel hair dan lain lain lagi.