Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Ya ampun, dah 2 minggu beraya, baru sibuk nak update blog. Sorilah ye..Tuan Tanah over beraya tahun ni.. Sebenarnya taklah over mane pun. Macam tahun-tahun sudah. Pagi raya bersembahyang raya di Masjid Sungai Choh. Ziarah dua tiga rumah, ziarah kubur arwah abah dan seterusnya petang raya, beraya di Kg Kuantan, Kuala Selangor.

Raya kedua berjalan pula ke Sabak Bernam. Sempat beraya di 4-5 buah rumah. Itupun singgah-singgah sekejap-sekejap saja. Tapi yang bengangnya, perjalanan balik dari Sabak Bernam ke Kuala Selangor tu, jem gile. Patutnya bukan jalan lengang ke? Yelah, takkan raya kedua dah nak balik KL kot?

Anyway, saya dah lupa apa aktiviti seterusnya untuk raya tahun ni. Tengok gambo jela ye..


Semasa singgah di rumah pertama


Mak bersama Tuan Rumah – Cik Loy

Di rumah seterusnya – Mak bergambar bersama Tuan Rumah dan anak-anaknya

Di rumah yang kekal abadi – Ada korang berani amik gambar depan kubur? Hiks

Beraya di Sabak Bernam – Rumah atas air

4 Dara Pingitan πŸ™‚

Geng Club 78 beraya di rumah Dekda

Dan akhir sekali, kemeriahan berganda untuk Okoi kerana mendapat baby pertama di bulan Syawal!

Mekan eh olok roman nga kan Koi? (Setelah ditranslate daripada Bahasa Bengkulu menjadi : Muka dia macam rupa kau kan Koi?)

Daa…

Pulang ke kampung, pandu dengan berhati-hati. Jangan menjadi salah seorang daripada statistik kemalangan yang semakin meningkat. Sape-sape belum ada insurans, sila amik cepat *haha sempat promote. Yelah, malang tak berbau. Kalau yang dah ada insurans pulak, pastikan polisi anda masih in-force. Jangan pulak feeling ada tapi dah lama tak bayar. Abes camno?

Ok, sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Semoga kita bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan.

p/s: Sempat khatam Quran tahun ni?