Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Malam Khamis lepas, entah apa mimpi saya dan dua orang rakan, saja nak try main golf. Kitorang main kat Bandar Utama Driving Range. Salah seorang rakan saya siap bawak golf set sendiri. Kami yang dua orang lagi ni, menumpang ajelah. Kata first time kan?

Sampai di Bandar Utama Driving Range tu lebih kurang jam 9 malam. Bandar Utama Driving Range terletak berhadapan dengan One Utama. Kiranya memang menghadap New Wing One Utama.

Bila kami sampai je, kami lihat hampir kesemua bay, iaitu kawasan untuk memukul bola golf tu dah penuh dengan orang. Mujurlah ada dua tempat lagi yang terletak di hujung sekali ada kosong. Bagus jugak dapat yang hujung-hujung. Taklah malu sangat kalau bola kami tak terbang. Heehee..

Waktu operasi dan caj

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat : 12pm – 10.30pm
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 10am – 10.30pm

Sewa Bola Golf

Minimum 50 biji – RM5
Normal 100 biji – RM10

Mula-mula, kenalah pergi sewa bola.. Kitorang amik 100 biji dulu. Share 3 orang.

Staff tengah kira bola dan masukkan dalam bakul. Bukan kira satu-satu. Ada mesin dia. Macam mesin kira duit kat bank tu..

Bola 100 bijik

Sekali… Dah syok main, naik sheikh pulak, terus sewa lagi 100 biji. Keh keh keh..

Ni otai yang dah biasa menebas

Kawasan menebas dipisahkan oleh pagar

Sebelah bay kami ialah seorang pakcik Cina. Uncle Jerry nama dia. Selamba je saya mintak dia ajar. Baik pulak orang tua tu. Terus dia ajar cemana nak pegang kayu, nak buat kuda-kuda, nak luruskan tangan, nak swing bagai. Sume-sumelah dia ajar. Memula tu memang bola yang saya pukul, alahaiiii…sayu je, meleret ke rumput. Bila dah mendapat tunjur ajar dari Sifu Jerry, wahhh…. Terus melantun bola mak, uols!! At least sampailah jugak bola tu ke tengah padang. Vangga!!!!!

Rimau Kayu in action. Ada gaya tak jadi Tiger Wood? Ke macam makcik cleaner tengah sapu sampah? Heehee..

Boleh tahan berpeluh-peluhla jugak. Tak sure sama ada sebab cuaca panas ataupun memang aktiviti ni boleh menyebabkan peluh. Kalau betul boleh berpeluh, saya ingat nak main golf je. Tak payah hakak nak bersenam-senam. *Dasar pemalas!

Selepas habis 200 biji bola kami pukul, kitorang pun baliklah. Masa tu pun dah dekat pukul 10.30 malam. Dah nak tutup pun.

Erm, apa yang saya boleh katakan ialah, best jugak sebenarnya main golf ni walaupun hanya di driving range. Selain menambah kenalan, kerjaya konsultan seperti kami yang sentiasa memerlukan pelanggan, amatlah sesuai mencari prospect client di tempat-tempat seperti itu. Kebanyakan yang datang ke situ ialah businessman, Dato dan sebagainya. Cuma, janganlah sampai mengganggu mereka. Yelah, takkan dorang tengah syok-syok memukul bola, kita nak pergi jual produk plak. Motip sangat kan? Kalau kepala kita tak kena pukul dengan kayu golf tu pun dah cukup baik. Hahaha..

So, minggu depan kami nak pergi lagi. Jom!!!

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=F8bm2llxxjU&feature=youtube_gdata_player[/youtube]

Sekarang saya rasa suka pulak share video yang saya dapat dari Youtube ni. Video kali ni tentang bagaimana kita mengungkapkan maksud yang sama tetapi dengan ayat yang berbeza.

Pernah tak korang nak maksudkan sesuatu, tetapi tersalah cakap sampai menyakitkan hati orang lan? Saya selalu macam tu. Kadang-kadang saya tak sedar yang saya menyakitkan hati orang lain walaupun tak berniat macam tu.

Contohnya, saya tanye kawan saya tadi “Ko ada duit tak beb nak bayar makanan ni?”. Maksud saya, biar saya bayarkan dulu harga makanan tu sebab saya tau dia tak sempat nak keluarkan duit dari bank tadi. Kalau kawan saya ni jenis yang sensitif dan mudah ambil hati, mungkin dia pikir saya kutuk dia takde duit nak bayar makanan. Kan? Tak ke lebih baik saya cakap macam ni kat kawan saya “Ko tak sempat kuar duit kan? Ko nak aku bayarkan dulu tak?”

Hmm.. Saya mesti kena ubah cara bercakap atau menyatakan sesuatu ayat, sebab kalau boleh, saya tak nak lah kawan-kawan terasa dengan saya walaupun tak berniat nak menyakiti hati dorang. My bad..

So, dalam video ni pun sama. Ada ayat yang lebih baik untuk menyatakan sesuatu maksud dan yang paling penting, boleh mengubah dunia.

Selamat menonton!