Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=F8bm2llxxjU&feature=youtube_gdata_player[/youtube]

Sekarang saya rasa suka pulak share video yang saya dapat dari Youtube ni. Video kali ni tentang bagaimana kita mengungkapkan maksud yang sama tetapi dengan ayat yang berbeza.

Pernah tak korang nak maksudkan sesuatu, tetapi tersalah cakap sampai menyakitkan hati orang lan? Saya selalu macam tu. Kadang-kadang saya tak sedar yang saya menyakitkan hati orang lain walaupun tak berniat macam tu.

Contohnya, saya tanye kawan saya tadi “Ko ada duit tak beb nak bayar makanan ni?”. Maksud saya, biar saya bayarkan dulu harga makanan tu sebab saya tau dia tak sempat nak keluarkan duit dari bank tadi. Kalau kawan saya ni jenis yang sensitif dan mudah ambil hati, mungkin dia pikir saya kutuk dia takde duit nak bayar makanan. Kan? Tak ke lebih baik saya cakap macam ni kat kawan saya “Ko tak sempat kuar duit kan? Ko nak aku bayarkan dulu tak?”

Hmm.. Saya mesti kena ubah cara bercakap atau menyatakan sesuatu ayat, sebab kalau boleh, saya tak nak lah kawan-kawan terasa dengan saya walaupun tak berniat nak menyakiti hati dorang. My bad..

So, dalam video ni pun sama. Ada ayat yang lebih baik untuk menyatakan sesuatu maksud dan yang paling penting, boleh mengubah dunia.

Selamat menonton!

No Comments :(