Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Tanjat tak boboi baca tajuk entry ni?? Memang betul pon PruBSN Takaful carik pasal! Carik pasal merompak kat Giant Kinrara! Kalau perompak-perompak lain merompak dengan 5-6 orang geng je, tapi kami merompak beramai-ramai. Dekat 100 orang sumenye geng merompak kami. Jangan panik jangan takut, ni merompak berlesen punye. Keh keh keh…

Seperti tahun-tahun sebelumya, bila tibanya Ramadhan, PruBSN Takaful biasanya akan mengadakan contest Shopping Sakan yang terbuka kepada semua agent. Shopping Sakan merupakan satu contest yang mana agent akan pulun habis-habisan buat sales dan apabila target berjaya dicapai, ganjarannya ialah bershopping secara PERCUMA di mana-mana pasaraya yang terpilih. Macam tahun ni, PruBSN telah memilih Giant Kinrara untuk kami serang.

Kalau ditengok kat flyers ni, ada target sales yang perlu dibuat supaya kitorang dapat mengumpul sebanyak mana masa yang boleh untuk bershopping. Saya layak untuk 1 minit je sebab sales saya hanya RM23,000 NPC. Rasa macam menyesal je sebab kalau dapat RM25,000 NPC boleh dapat bershopping selama 3 minit. Apa-apa pun Alhamdulillah, rezeki!

So, pada 20 Ogos, lepas lebih kurang 10 hari lagi nak raya, tibalah masanya untuk agent-agent yang layak, pergi bershopping sakan. Acara dijadualkan bermula selepas bersahur dan solat Subuh iaitu lebih kurang jam 6.30 pagi dan mestilah berakhir sebelum pukul 8 pagi sebab Giant akan dibuka kepada pelanggan pukul 8 pagi kan? So, seawal jam 3 pagi lagi saya dah bergerak ke Giant Kinrara dengan seorang lagi rakan.Β  Subuh Sepi’ei kata orang. Bangun Qiamullail pun tak seawal ini. Ish ish ish! So, sampai je kat Giant Kinrara, juadah untuk bersahur dah tersedia. Nasik lemak ayam berempah dan kuih muih. Apa lagi.. Isi perut dulu sebab kang nak tolak troli tak larat pulak. Heehee..

Sahur time

Masing-masing perut dah kenyang

Selepas bersahur, kaunter pendaftaran dibuka dan masing-masing kena amik tag dan nombor giliran. Saya mendapat tag yang bertulis 1 MINUTE dan berada di dalam kumpulan ke-5 yang akan menolak troli. Sempatlah bergambar dulu kan. Macam tak biasa.. πŸ˜€

Beratur nak register

Happyyyyy!!!

1 minit je. Ada aku kesahh??

Team 1 minute

Sebelum acara dimulakan, Alison telah memberikan penerangan dan peraturan yang mesti dipatuhi untuk mengelakkan daripada didisqualify. Contohnya, barang-barang yang tidak boleh diambil adalah barang-barang elektrik, kosmetik, lampin pakai buang, susu formula, makanan basah dan beberapa barang lagi. Lepas tu, setiap item tu pulak tak boleh diambil lebih daripada 2. Misalnya beras Cap Rambutan 10 kg hanya dibenarkan untuk diambil 2 kampit je. Tapi kalau ada yang 5 kg, bolehla diambil lagi 2 kampit. Ha, cenggitu.

Alison tengah mengexplain DOs & DON’Ts

So, pada jam 6.30 pagi kumpulan pertama yang mendapat 8 minit untuk bershopping, dilepaskan terlebih dahulu. 8 minit baii…. Lama tu. Lepas satu troli penuh, dia amik lagi satu troli. Sudahnya agent tu dapat dalam 3 troli penuh kalau tak silap. Total harga barang-barang yang dia amik dalam RM1,200. Ditaja sepenuhnya oleh PruBSN Takaful.

Bila giliran saya sampai, aduiiii… Kecut betul perut rasanya. Saya bersedia di lane yang banyak cokelat. Haha. So, bila wisel ditiup je, saya terus capai gula-gula apentah 2 bungkus. Pastu lari lagi, saya songlap dua bekas Coklat Ferrero Rocher. Dah tu saya terus ke belakang capai 2 kampit beras Cap Rambutan 10 kg. Pusing pulak saya sebat sabun basuh Fab 4kg dengan sabun basuh Top 4kg. Pastu ada masa lagi sikit saya capai pulak sabun Breeze 3kg 2 kampit. Terus pulak lari ke depan balik amik Coklat Cadbury, Van Houten, tah macam-macam coklat lagi. Kacang Pistachio Tong Garden pun ada. Tapi yang paling kelakar, masa beratur nak kira jumlah tu, baru perasan saya tersapu sekali Maruku Cap Giant. Motip sangatss. Sabo jelah…

Bila cukup je seminit, wisel dibunyikan dan kitorang kena berhenti kat mana kitorang berdiri. Lepas tu ada masa 30 saat untuk berlari ke kaunter bayaran. Sambil-sambil beratur tu ada jugak yang mengelat. Ada mamat kat depan saya tu, dia terambil 3 botol minyak masak yang sama berat. So, daripada kena reject kat kaunter bayaran, dia bagi saya satu botol. Yeayyy!!! Tengkiu bro!

Mamat yang baik hati.. Tak tau nama.. Huhu

Pose wajib. Kaki kasi angkat!

So, selesai dikira, jumlah barang yang berjaya saya amik dalam masa 1 minit ialah RM384. Alhamdulillah. Banyak jugak. Save belanja bulan ni. Hihi.

Subtotal RM384.10

So, selesai semua dalam pukul 7.30 pagi dan sambung amik gamba lagi. Setel sume, apa lagi… Balik dan sambung tido! Huaarggghhh… Mengantuk la kan pagi-pagi buta dah bangun.

Bergambar bersama anak & cucu

Tengok, penuh seat belakang!

Di kesempatan ini saya nak mengucapkan tengkiu banyak-banyak kepada Prudential BSN Takaful sebab mengadakan contest ni. Di samping dapat komisen untuk sales tu, dapat pulak extra bonus untuk belanja FREE! So, sape-sape nak jadi sebahagian daripada kami, jangan malu jangan segan, JOIN US!!! πŸ˜€

</p>