Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Entry kali ni agak jiwang sikit. Yelah, balik-balik pasal keje. Boring nak baca kan? Baiklah, mari mulakan. Chop!! Sebelum terlupa saya nak cerita sikit. Ada member yang baca blog saya cakap, tulisan saya selalu skema. Tak macam saya kat luar yang huha-huha, brutal dan mapia. Kalo dalam blog, ala-ala calon menantu pilihan, ber’saya-saya’ tapi kat luar macam menantu hantu. ‘aku’, ‘kau’, ‘lu’, ‘gua’ bagai. Apo nak buekk. Dulu cita-cita nak jadi penulis novel. Tak kesampaian pulak. Gagagaggaga.. Eh, dan saya jugak pernah bercita-cita jadi pelukis bila kakak saya tanya apa cita-cita saya masa kecik-kecik dulu. Very da berjiwa seni kononnya.

Dan saya jugak pernah bercita-cita jadi Jurutera Kimia masa Tingkatan 4 dulu. Masa bersekolah di MRSM dulu, bila hujung tahun, kitorang ada aktiviti yang dipanggil “Mock-up Interview”. Masa hari tu, kitorang kena pakai baju macam nak pegi intereview keje betul-betul. Kena bawak fail dan sebagainya. So, kononnya cikgu akan jadi tukang penemuduga. So, kami-kami ni jadi calon-calonnya. Nanti dia tanyelah macam-macam pasal bidang kerja ni. Tu yang terkeluar nak jadi “Jurutera Kimia” tu. Saya pegang cita-cita untuk jadi Jurutera Kimia sampai saya habis Tingkatan 5.

Lepas SPM tahun 1995, saya bekerja kat kilang buat kamera Minolta kat Serendah selama 3 bulan sementara tunggu panggilan daripada UPU. So, kat kilang tu ada sorang brader technician. Dia tanye saya nak mintak course apa kat U nanti. Oh ya! Universiti pilihan yang ada dalam kepala saya masa tu, UTM!!! Tatau kenapa, tapi memang saya nak UTM je. So, saya cakap kat brader tu saya nak amik course Kejuruteraan Kimia. Pastu dia cakap, tahun 2000 nanti, lepas saya grad, bidang IT akan jadi bidang yang paling hot! Peluang pekerjaan banyak. Lagipun kalau jadi Jurutera Kimia nanti susah. Kena panjat-panjat (ye ke?), pastu kena berjemurla apela. Pastu dia cakap baik amik Sains Komputer. Saya memula kompius, brader ni nak suruh aku amik jurusan Sains ke, jurusan Komputer?! Rupanya bidang Sains Komputer. Wakakkaka keji. Maklumlah, orang kampung. Mane reti komputer-komputer ni. Masa kat MRSM pun kena berebut-rebut kalau nak pakai komputer yang ada berapa bijik je tu.

So, disebabkan saya mudah diperdaya, makanya, masa nak isi borang UPU tu, saya bulatkan kat borang OMR tu, jurusan Sains Komputer. Walhal masa tu langsung takde idea binatang apakah Sains Komputer ittew. Tawakkal je. Sudahnya berjayalah dapat jurusan tu di UTM yang jadi pilihan. Saya masuk UTM tahun 1996. Barulah tau..”Oooo.. Inilah rupanya Sains Komputer tu..”. Saya amik major Grafik Berkomputer. Masa final tesis, saya buat tesis yang bertajuk “Sistem Pengecaman Plat Kereta”. Ada member saya yang buat “Sistem Pengecaman Cap Jari” dan macam- macam lagilah.

Tahun 2000 saya grad, memang betul jangkaan abang tu yang bidang IT dan Multimedia menjadi bidang yang sangat hot macam ‘pisgor’ panas. Sana-sini orang nak pakai programmer. So, saya mulakan kerja di anak syarikat KUB.com (UNITAR) iaitu United Multimedia sdn Bhd. Lepas 2 tahun lebih kat sana, melompat pulak ke Impian Teknik dan akhir sekali di Enershia Sdn Bhd. Semua syarikat multimedia. Semua syarikat yang terlibat dengan Kementerian Pendidikan dan smart school. Sedar tak sedar, 7 tahun gak saya keje bidang IT.

Tahun 2007 saya ambil keputusan nekad berhenti kerja dan memulakan kerjaya sebagai Perunding Kewangan dengan CIMB Wealth Advisors dan 2 tahun selepas tu, bila ada rakan yang membuka jalan dalam bidang takaful, saya amik pulak exam takaful dan sekarang saya tambah satu lagi kerjaya saya iaitu Perunding Takaful bersama kampeni Prudential BSN Takaful. Sudahnya, Jurutera Kimia tah kemana, programmer tah kemana. Alhamdulillah, bidang yang saya ceburi sekarang, amatlah menjanjikan masa depan yang cerah. Tak kira dari segi kewangan, masa dan peluang peningkatan kerjaya. Alhamdulillah.

Eh, dah pukul berapa ni? Ya Allah, pukul 7.30 pagi??!! Janji ngan client pukul 9. Matila aku tak siap lagi. Eh, tadi saya nak cerita pasal Cinta Tanpa Syarat kan? Ni dah melalut ke tempat lain. Lupa pulak yang saya ada bakat merapu sebelum nak start cerita sebenar. Hihi.. Okla, nak mandi dan nak siap-siap dulu. Nantilah saya sambung episod Cinta Tanpa Syarat tu. Bai!

2 Comments

  1. haha.. agak jiwang kunun… ko mmg jiwang pong… kan kan kan….

  2. Ujie
    4:34 pm on September 16th, 2011

    Aku mapia oke..mane ada jiwang.. :p