Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Kali ni saya nak cite pasal mengaji masa zaman kecik-kecik dulu. Asyik cite kenangan masa kecik-kecik je kan.. Nampak sangat tanak terima hakikat diriku ini sudah kertu.. Hak hak..

Saya dah dihantar belajar mengaji oleh mak saya seawal umur 6 tahun. Pengalaman pertama belajar mengaji Muqaddam adalah dengan seorang nenek di kampung saya. Pastu tak ingat cemana boleh stop dengan nenek tu. Lepas tu mengaji pulak dengan ustazah sekolah agama saya. Saya akan datang ke rumah dia setiap kali lepas Maghrib. Yang ni pun sama, tak ingat kenapa saya berhenti. Mungkin sebab ustazah tu berpindah kot.

Sampailah akhirnya saya naik Al-Quran masa darjah 4. Lambat kan? Orang lain dah start mengaji Al-Quran dari darjah satu kot. Kali ni saya mengaji dengan mak member saya. Cik Enon namanya. Saya mengaji dengan dia sampai saya darjah 6. Hahaha, hilang akal nak abeskan satu Al-Quran sampai 3 tahun. Cik Enon akan start mengajar setiap kali lepas Maghrib dan kami akan cuti mengaji setiap Malam Jumaat. Time ni lah baru boleh tengok TV kat rumah. Heaven!

Ramai gak budak-budak yang belajar mengaji dengan Cik Enon. So setiap orang akan dapat giliran masing-masing mengikut siapa yang sampai dulu kat rumah Cik Enon. Kalau kebetulan kami terserempak depan umah Cik Enon, kami akan memecut lari untuk pastikan yang masing-masing akan sampai dulu. Termengah-mengah dibuatnya.

Sape dapat giliran pertama, bestla. Lepas mengaji boleh balik awal. Kalau lambat, biasanya dekat pukul 10 malam baru dapat balik. Kalau pegi mengaji dengan member, kenalah pulak tunggu member abes mengaji. Kang nak balik sorang-sorang, takut pulak. Lebih-lebih lagi bila saya ingatkan nak kena lalu depan pokok kekabu sebelum sampai rumah saya.

Bercakap pasal berebut siapa dulu nak mengaji ni, memanglah kelakar. Saya biasanya akan bergaduh berebut giliran dengan seorang budak lelaki yang kami panggil Oden (nama sebenar Nordin). Camnila lebih kurang ilustrasi di tempat kejadian.

Merujuk kepada rajah di atas, si A sedang mengaji dengan Cik Enon. Saya di sebelah kiri dan Oden di sebelah kanan sedang menunggu giliran. Masing-masing dalam keadaan bersiap sedia nak berebut tempat lepas si A abes mengaji. Kiranya rehal akan bertemu rehal lah. Punyelah rapat. Bila si A abes mengaji dan angkat je rehal dan Al-Quran dia, saya dan Oden akan cepat-cepat tarik rehal masing-masing untuk dibawak ke hadapan Cik Enon. Biasanya akan berlaku pertembungan dahsyat begini..

Hahaha.. Keji kan? Pastu Cik Enon akan mula bantai rotan dia kat lantai bagi kami takut. Pastu mulalah berebut “Saya sampai dulu, cik“. Yang si Oden pulak, “Saya cik“. Sudahnya Ck Enon yang akan menentukan giliran. Selalunya saya menang sebab rumah saya jauh. Rumah Oden dekat je dengan rumah Ck Enon tu. Hhaha puas hati beta! Tak pun, lepas tarik je rehal, terus baca Bismillahirahmanirrahim dengan harapan sebagai tanda yang dah cop dulu giliran. Padahal tak bukak lagi mukasurat nak dibaca. Pastu baru terkial-kial carik. Nasib baik ada penanda/penunjuk duri landak. Hihi..

Masa balik mengaji pulak, biasanya kalau lalu je kat tempat gelap, masing-masing akan takut. Kang mulalah yang sorang ni jerit, dah masing-masing lari terkincit-kincit ketakutan. Ada sekali tu saya pakai spende yang dah longgar getahnya. Terus tercicir spenda haku tengah jalan. Muahahhaa bongok giler..

Saya khatam Al-Quran pertengahan tahun darjah 6. Masa hari khatam tu, mak saya buat pulut kuning untuk disedekahkan kat kawan-kawan yang sama mengaji dengan Cik Enon.

Camtulah pengalaman saya mengaji.. Uols cemana pulak?

No Comments :(