Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sape kat sini main Angry Bird? Korang angry tak bila try nak bunuh vavi-vavi, monyet-monyet semua tu tapi tak dapat-dapat? Kalau dapat pun, kadang-kadang tak dapat 3 star. Dah cuba patploh kali pun, sampai naik lenguh tangan ni melastik, 1 star je yang lekat. Memang boleh stress, kan?

Takpe, jangan risau! Saya ada penyelesaiannya. Ni pun hasil bantuan rakan saya – Pompan Girang Kotadem yang berotak geliga (sampai boleh buat batu cincin daa). Dia jumpa website yang ajar trick-trick melastik untuk memastikan semua vavi dan monyet akan dapat dibunuh. Bukan setakat dapat dibunuh, malah dapat pulak 3 star dan golden award yang lain. Tapi make sure korang guna website ni kalau dah try banyak kali melastik sendiri la. Janganlah baru try sekali dua dah give up. Tak thrill la camtu kan?

Malam tadi saya mengkhatamkan level-level yang sebelum ni saya try beratus kali tapi masih tak dapat 3 star. Wallahhh!! Dengan dua kali percubaan je, terus sukses. Yeay! Suke…

Ehh, membebel panjang-panjang, tapi tak tunjuk lagi website dia kan. Ok, ni dia..

Ya, website dia www.angrybirdsnest.com. Haa.. Dalam website ni, setiap Season Angry Bird dia ada tunjukkan step-step cemana nak dapat 3 star, nak dapat award sume tu. Siap ada video lagi. Memang tabik spring la kat mamat yang buat benda alah ni. Selamat mencuba. Kah kah kah. Ok bai..

Masuk-masuk je terus gamba lembu. Ape cerr? Ye la.. Kan raya Korban ni, kenalah letak gamba model dia. Hihi. Patutnya tahun ni saya, mak dan kakak saya nak berkorban sama. Kononnya kitorang nak amik 3 bahagian lembu dan akan berkongsi dengan 4 orang yang lain. 3 bahagian lembu tu baru RM1,050 (1 bahagian RM350). Saya mintak mak saya carikan. Tapi pakcik yang uruskan keje-keje korban tu bagitau dah tak sempat sebab mak saya bagitau dah lambat. Nampaknya tahun depan lah jawabnya.

Raya tahun ni cam biasa. Balik Kuala Selangor. Mak saya dah cop dah nak ajak saya pegi Putrajaya, umah kakak dia (makcik saya) kat sana. Ala, makcik saya yang ada kucing obese tu. Huhu..

Okla uols, saya nak bersiap-siap nak balik Bukit Beruntung ni. Sekarang masih kat Kotadem lagi. Takpe, bagi orang yang jejauh balik kampung dulu. Kita yang dekat ni, janganlah nak menyebok bersesak-sesak sekali kat hiway tu kan. So, bagi yang memandu, berhati-hati di jalanraya. Last but not least – SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA UNTUK SEMUA.. Jangan lupe pegi sembahyang raya! πŸ™‚