Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

KiPPas? Apekejadahnya KiPPas ittew? Kipas lipas? No no no.. KiPPas tu Kiosk Pembaharuan Passport. Sistem baru daa.. Sistem untuk renew pasport tanpa perlu beratur panjang dan menunggu berjam-jam. Sejam je dah setel. Tapi untuk renewal je la. Untuk buat baru, kena guna cara lama gak. Isi borang, amik nombor, tunggu giliran dan sebagainya. Boleh tahan lama gakla. Kalo mengaji tu, mungkin dah abes 2-3 juzuk kot. Keh keh..

Seperti biasa, hasil daripada memekak-mekak di Facebook, adalah sangat-sangat membantu. Saya letak status di Facebook saya bertanyakan sape-sape yang tau tempat nak buat pasport selain dari Jabatan Imegresen Pusat Bandar Damansara sebab saya ada pengalaman buat pasport kat situ 2 tahun lepas. Kena tunggu punyalah lama. Datang pagi, pukul 4.30 petang baru siap. Ilang akal ke, tak ilang akal? So, ada la ramai kawan yang bagi sajesyen dan usul di sana sini. Terima kasih uols!

Setelah membuat timbang tara antara Shah Alam dan Jalan Duta, akhirnya saya pergi tempat baru di Jabatan Imegresen yang terletak di bangunan Kementerian Dalam Negeri, Jalan Duta. Rupa-rupanya Jabatan Imegresen Pusat Bandar Damansara tu dah dipindahkan ke sini jugak. Bagus! So, sampai-sampai je, mak oiiiii parking penuh. Hazab! Kena pusing-pusing dan kebetulan ada pulak satu kereta nak keluar. Alhamdulillah, dapat jugakla park kereta walaupun bukan dalam petak yang senonoh.

Nak dijadikan cerita, saya tak cukup cash masa tu. So, ingatkan dalam bangunan tu ada ATMla kan. Takde okeh! Dah satu keje kena kuar balik pegi area Kenchana Petroleum kat Plaza Dutamas tu nak carik bank/ATM. Uwaaaa… Rasa macam nak nanges sebab memikirkan hazab nak carik tempat parking semula. Alhamdulillah, lepas kuar duit, bila masuk balik area tu, dapat park betul-betul depan bangunan KDN. Rejeki..

Naik je bangunan tu, uiiiiiiii… Ramainya orang. Dalam hati saya pukul berapa la nak siap ni. Tetiba ternampak satu kiosk. Tu la KiPPas tu. Oh ya, sebelum tu, saya beratur amik gamba passport dulu. Memang dia sediakan satu booth untuk amik gambar. 4 keping RM10. Sekejap je dah siap gamba tu. Salinan myKad memang dah siapkan awal-awal.

So, saya cuba-cuba la tengok kat KiPPas tu. Memula dia soh masukkan passport lama kat slot yang disediakan. Lepas dah berjaya discan, mesin tu soh masukkan myKad pulak. Lepas tu, kena scan ibu jari. Bila dia dah abes detect semua, dia tanya nak buat 2 tahun ke 5 tahun, so saya pilih 2 tahun. Bayaran untuk 2 tahun RM100. Pastu mesin tu soh masukkan RM100 kat slot macam yang kita selalu bayar parking tu. Lepas dah buat bayaran, kita kena masukkan salinan myKad, gamba sekeping dan passport lama menggunakan envelope khas yang disediakan dan kemudian dimasukkan ke dalam lubang mesin tu.

KiPPas lipas.. Haha

Boleh ukur tinggi kat sini

Dah sudah tu, satu resit akan dikeluarkan dan kena tunggu sejam untuk membolehkan passport baru kita dikeluarkan. Cukup-cukup je sejam, saya datang amik kat kaunter. Taraaaaa.. Dah siap!! Sekejap je uols..

Passport varuuuu…

Passport baru dan passport lama yang dah digunting

So, korang yang nak renew passport tu, dah tak payah beratur panjang-panjang dah. Guna si KiPPas tu je. Senang keje. Jimat masa. Nak lagi senang, pegi ke web Jabatan Imegresen www.imi.gov.my dan renew secara online. Cuma kena siap-siapkan gamba ukuran passport untuk diupload la. Bayaran pun boleh guna online je. Sambil masak kat dapo pun boleh renew passport. Haha.. Opp tapi jangan lupa pulak untuk cek sama ada nama ada dalam blacklist ke tak. Kang dah sampai airport, tengok-tengok tak boleh ke luar negara. Dah rugi. Untuk cek blacklist imegresen, pegi kat sini http://sspi2.imi.gov.my/

Saya ni beriya-iya nak buat passport kan? Ke manakah destinasi yang hendak dituju? Nantikan hapdet di entry akan datang. Muahhahaa poyo! InsyaAllah, tahun ni ada 3 destinasi luar negara yang akan saya pegi. So, kena carik duit manyak-manyak dari sekarang! Jom gi keje!

No Comments :(