Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sambung lagi dari Cintaku Tertumpah di Dunia Dua Benua : Hari II Part II..

Hari ketiga di Turki merupakan hari terakhir kami di Cappadocia. Destinasi kami seterusnya ialah Ankara. Sebelum tu, apa kata kita tengok dulu peta Turki..

Ni la dia peta Turki – bersempadan dengan Bulgaria, Iraq, Syria, Georgia

So, sampailah masanya kami mengucapkan selamat tinggal kepada destinasi kami yang pertama iaitu Cappadocia atau digelar Valley of the Fairy Chimneys yang terletak dalam Wilayah Nevsehir.

Cappadocia atau digelar Valley of Fairy Chimneys

Sementara menunggu waktu sarapan jam 6.30 pagi, saya dan roomate saya, Memey mengambil peluang untuk bergambar di sekitar hotel kami. Yelah, sebelum ni kuar-balik otel-tido. Tak sempat nak jalan-jalan sangat kat kawasan hotel.

Untuk pengetahuan, hotel yang kitorang duduk ni dikelilingi oleh gua. Kalau ikutkan perancangan asal, kami dapat duduk di cave boutique hotel (gua yang direnovate jadi hotel) tapi malangnya masa tu kerajaan Turki ada konvensyen apentah. Habis semua boutique hotel dorang sapu. So, kitorang dapat duduk hotel yang dikelilingi gua je. Jadilah, daripada takde. Haha..

Patutnya duduk hotel camni…

Feeling-feeling orang gua

Dapat macam ni je…

Bolehlaa….

Pemandangan di belakang hotel

Hi! Saya Memey.. *bukan bini Norman Hakim tau..hehe

Ada kucing lagi.. Lagi sekor lari pulak..

Haha.. Sepet sebelah

Dah puas bergambar, kami terus gi sarapan. Selepas sarapan, mengangkut pulak beg-beg untuk dimasukkan ke dalam bas. Sayu je nak tinggalkan Cappadocia tu. InsyaAllah ada rezeki, boleh datang lagi..

Lebih kurang jam 7.30 pagi, kami mula meninggalkan hotel. Sempat singgah kejap kat Pigeon Valley untuk group photo..

Sebahagian je ni.. Ni dari satu bas.. Lagi dua bas tak sampai lagi

Merpati terbang sekawan

Tabung derma

 

Sarang tempat tinggal merpati

Viagra katanya. Ni tatau gerai ni jual ape sebab masa ni dorang tak bukak lagi..

Dah bergambar kat Pigeon Valley, kami meneruskan perjalanan ke Ankara. Dari Cappadocia ke Ankara mengambil masa lebih kurang 4 jam  perjalanan  menaiki bas sejauh 270km (termasuk berhenti rehat/toilet/minum selama 30 minit).

Cappadocia, Nevsehir menuju ke Ankara

Dalam perjalanan ke Ankara, salji memutih menghiasi sepanjang jalan. Sayup mata memandang sampai rasa nak tido. Kah kah.. Sambil tu tourist guide kami.. Eh, asyik panggil tourist guide je kan? Nama dia Sinan. Lupa pulak nak kenalkan. Ok, sambil tu Sinan pun ceritakan serba sedikit pasal Ankara.

Menurut Sinan, kalau Cappadocia yang terletak di Wilayah Nevsehir, terkenal sebagai kawasan tarikan pelancongan yang kaya dengan landskap formasi batuan, Ankara yang mempunyai kepadatan penduduk 4.4 juta orang pula terkenal kerana ia merupakan ibu negara Turki dan bandar kedua terbesar selepas Istanbul. Di Ankara juga tempat di mana Presiden Turki yang pertama, Mustafa Kemal Atatürk dikebumikan.

Ankara yang dahulunya dikenali sebagai Angora (disebabkan terkenal dengan kambing yang berbulu panjang dan berharga iaitu kambing Angora) telah menggantikan Istanbul sebagai ibu negara Turki sejak tahun 1923 selepas dipindahkan oleh Presiden Turki Mustafa Kemal Atatürk. Ankara menurut Sinan, merupakan sebuah bandar penting bagi perdagangan dan perindustrian. Ia juga merupakan pusat Kerajaan Turki dan menempatkan semua kedutaan asing.

Selain daripada menjadi pusat kerajaan Turki, Ankara berfungsi sebagai pusat pemasaran bagi kawasan pertanian sekitar kerana lokasinya yang strategik di tengah-tengah lebuh raya dan rangkaian keretapi Turki.

Ok, cukupla sikit pasal Ankara okeh. Tapi bila melawat Turki ni, barulah saya tau ibu negara Turki bukan lagi Istanbul tetapi Ankara. Keji betul tak amik tau Sejarah. Huhu..

Ni gambar-gamabr sepanjang perjalanan kami dari Cappadocia ke Ankara..

Salji..

Dek salji yang memutih di kiri kanan jalan, kami yang dalam bas ni menggeletek nak turun amik gamba. Sinan dan driver bas kami ikutkan aje tapi tak boleh lama-lama. Kang tak cukup masa pulak nak jalan-jalan kat Ankara..

Orang tua dapat main salji, cengginilah rupanya..Huhu

Hello Malaysia!

Selepas sejam meneruskan perjalanan, kami berhenti sekali lagi untuk ke toilet dan minum-minum..

Jemput minum ye..

Turkish Coffee – Bila minum kopi ni teringat cerita Nujum Pak Belalang. Bancuh kopi pakai bontot kuali.. Huhu

Masuk toilet kena bayar 1 Turki Lira

Kedai runcit

Stesen minyak

Akhirnya kami meneruskan perjalanan dan hampir 2 jam kemudian kami mula masuk ke bandar Ankara..

Ke Ankara

Bandar Ankara yang agak sibuk

Kami tiba di Ankara lebih kurang jam 12.30 tengahari dan ketika itu hujan renyai-renyai membasahi bumi. Destinasi pertama kami di Ankara ialah Stesen Keretapi GAR Ankara. Kitorang bukan nak pegi mana-mana naik ketapi tapi berhenti kat stesen ni semata-mata untuk makan tengahari di GAR Restaurant yang terdapat di dalam stesem keretapi tersebut.

Sedikit info tentang GAR Ankara : GAR Ankara merupakan stesen keretapi utama di Ankara yang menyambungkan beberapa bandar besar. Terdapat train komuter dan keretapi laju yang beroperasi di sini.

Gambar dalam restoran dan sekitar stesen keretapi..

Tunggu makanan.. Laparrrr

Cam biasa..sup

Salad tapi tetiba ada sambal ikan bilis.. Hihi..

Ketapi laju

Dengan Mekna

Pintu masuk restoran

Stesen Ankara GAR

Kadar tambang bas

Jom gi Mamak.. Makan roti canai… Nampau nau dah rindu roti canai..Huhu

Stadium

Mescid.. Hiks.. Solat kat sini..


Lepas makan tengahari dan bergambar di kawasan sekitar, destinasi kami seterusnya ialah Muzium Presiden Turki Pertama – Mosoleum of Ataturk. Apa tarikan yang ada di sana? Bagaimana kami mengharungi kawalan yang ketat di pintu masuk muzium. Nantikan hapdet akak seterusnya!!

Memo : Entry Turki ditangguhkan sebentar bagi memberi laluan kepada Entry Jalan-Jalan Carik Makan.. Huhu..

Sawadeeka.. Motip akak berbahasa Siam? Baru balik dari Bangkokkah? Jangan buat pasal uols. Entry Turki tak abes lagi, dah nak berjalan ke Bangkok plak.. *Pengsan!

Sebenarnya akak bukan pegi Bangkok tapi akak makan kat salah satu restoran Thai kat One Utama tengahari semalam. Nama restoran tu Good Evening Bangkok. Tujuan makan kat situ sebab nak rasa appetizer yang berupa daun kaduk yang digembar-gemburkan sebagai tersangat best oleh kawan akak. So, mari kita coba!

Ni la rupa restoran dia..

Dicilok dari Google – sixthseal.com

Lampu yang romantis

Tempat duduk yang selesa

Kitorang makan nasik dan lauk pauknya dipilih oleh member akak yang kalo kita tengok daripada saiz badannya, macam tak percaya dia boleh makan sebanyak itu lalu kita akan bersyak wasangka adakah beliau membela hantu raya.. *larikkkk…hahaha…

Jom tengok lauk ape yang kitorang amik. Nama makanan ni kalo ikut dalam buku menu dia akak tak ingat sebab nama-nama Siam.. So, belasah je oke.. Baiklah, dipersilakan masuk…

Daun kaduk and the geng

Kaduk ye, bukan sireh!

Sumbatkan dengan kawan-kawan dia yang lain

Haa.. Cara dia macam nenek-nenek kita makan sireh zaman dolu-dolu. Ala-ala sapu dengan kapur, letak gambir, letak pinang.. Gituu.. Tapi yang ni kita sapu dengan sambal dia, pastu letak kacang, letak halia sikit, letak cili api, bawang, limau, udang kering dan kelapa..

Ha, apa macam? Teruja tak? Itu baru appetizer. Meh tengok menu utama pulak.. Dipersilakan masuk mengadap..

Baekk punye rilek udang ni duduk bersandar kan? Siap berenang-renang dalam air kelapa lagi.. Ni tomyam udang..

Daging blackpepper.. Lembut je daging dia..

Asparagus garlic

Ni sape tatau saje la tu kan. Telo dadar ye..

Tak dilupakan teman lelaki mereka… *Tetiba

Mangga laici dan air kelapa berpayung

So, apa macam? Meleleh air liur tak?

Nak tau sedap ke tak?

  • Daun Kaduk & The Geng – Sedap.. Memang layan bila makan walaupun first time cuba..Feeling-feeling makan sireh!
  • Tomyam Udang – Menangessss!! Sedap melampau-lampau!  Lain dari tomyam yang lain..Nak lagi!!
  • Daging Blackpepper – Daging lembotttt.. Senang nak kunyah untuk yang bergigi pelesu.. Rasa pon sedap
  • Asparagus garlic – Sedap jugak
  • Telo Dadar – Motip tatau rasa telo dadar? Ok, tak masin, tak berminyak.. Perfect!
  • Minuman – Mangga laici sedap. Air kelapa tatau. Lupa tanye member akak..

VERDICT OVERALL : Terbaekkk!! Makan sambil meroyan!! Sila lah pegi!!

Harga makanan? Total dua orang makan ni RM144.10. Mahal sikit tapi akak mengambil konsep – Hidup biar sedap!! Hiks..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Good Evening Bangkok
Lot G343A, Ground Floor,
1 Utama Shopping Centre, Lebuh Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel> 03 – 7727 8708 | Fax> 03 – 7727 8710 | Email> admin@seacuisine.com.my
Business hours :
Monday to Sunday 12:00 noon till 10:00 pm