Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sementara tengah rajin ni, baik akak sambung entry sebelum ni Cintaku Tertumpah di Dunia Dua Benua : Hari II Part I. Kang dah malas, mau bertahun baru abes. Huhu..

Ok, seperti di entry sebelum ni, saya ada cerita pasal aktiviti kami menaiki belon panas dan melawat ke Gedung Karpet kan? Kali ni saya nak cerita pulak aktiviti kami seterusnya.. Oh, sebelum tu, bagi sesiapa yang nak tau harga tiket untuk naik hot air ballon tu ialah USD220 (RM660) untuk satu jam pengembaraan di udara. Tapi sekali lagi, Alhamdulillah PruBSN Takaful yang tanggung semua.

Ok, selepas dah puas membelek karpet, akhirnya kami dibawa makan tengahari di Uchisar Kaya Restaurant yang merupakan sebuah restoran dalam Uchisar Kaya Hotel. View restoran ni memang lawa sebab mengadap Pigeon Valley (Lembah Merpati). Banyak ke merpati masalahnya? Memang banyak uols. Dorang ternak besar-besaran. Sebab tu, boleh nampak banyak lubang-lubang kecik kat gunung-gunung batu kat Cappadocia tu. Sarang merpati la tu..

Oh ya.. Lupa nak cerita, menurut tourist guide kami, pertanian merupakan industri utama yang meyumbang kepada pembangunan Cappadocia. Sampaikan kerajaan Turki bagi subsidi kepada petani-petani ni tadi supaya meneruskan aktiviti pertanian. Oleh kerana harga petrol kat Turki ni mahal iaitu USD2.50 seliter, maka petani-petani yang meneruskan industri pertanian ni dapat 65% subsidi daripada kerajaan untuk petrol. Lepas tu pulak, tanaman dorang tu memang konfem kerajaan akan beli. So, memang dah ada ready buyer la.

Selain untuk membangunkan industri pertanian, kerajaan Turki buat macam ni untuk mengelakkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar. Sebab kalau ramai yang berhijrah ke bandar, peluang pekerjaan akan berkurang dan pengangguran akan meningkat. Semua ni akan menyebabkan kesan tak baik kepada ekonomi dan sosial negara.

Berbalik semula kepada tanaman pulak. Tanaman yang paling terkenal kat Cappadocia ni ialah kentang. 99% kentang yang digunakan oleh Mc Donalds tu semua berasal dari Cappadocia lah. Selain kentang, oat, almond dan aprikot juga banyak ditanam di Cappadocia ni.

Mesti korang kata ahkak sewel kan? Kejap merpati, kejap kentang, kejap pertanian. Apa kena mengena pulak kan? Ada kena mengena okeh. Dorang ternak merpati tu sebab nak amik tahik merpati tu buat baja! So, selain banyak saudagar kentang, di Cappadocia juga banyak saudagar tahik. Haha.. (tetiba teringat dialog Abdul Wahab dalam cite Tiga Abdul – “Ana saudagar burung, bukan saudagar tahik!!)

Eh, akak nak cite ape tadi ye? Oh, pasal Uchisar Kaya Restaurant kan? Melalut-lalut sampai ke tahik pulak. So, saksikan gamba-gamba Uchisar Kaya Hotel/Uchisar Kaya Restaurant ni. Kalau takde watermark www.ujie.com tu, maknanya gamba tu akak cilok dari website dorang..

View dari luar

Dalam restoran

Dalam restoran – ni dari kamera akak sendiri

Makanan

Makanan yang saya amik. Dietla konon!

Kat restoran tu, dorang sediakan tempat solat untuk kitorang kat bilik komputer. Bolehlah, asalkan ada. Lepas solat, mulalah sesi mengambil gambar di kawasan restoran.

Pigeon Valley – view dari balkoni restoran

Cantekkk kan? Nampak tak lubang-lubang kecik kat batuan tu?

Ni pon cantekk sangat!

Swimming pool yang dipenuhi salji

Ada berani mandi kat sini?

Pemandangan dari balkoni

Dan lagi..

Menahan terik mentari

Lepas dah amik gamba sekitar restoran, saya keluar dan menuju ke bas yang dah menanti kat luar. Sempat lagi snap-snap. Ha, kat sini pun ada kucing lagi. Geram tengok jadi saya amik gamba dia.

Eeenyeow!!

Tembamnya ko!

Ko hengat ko hensem?

Pastu dekat dengan hotel tu, saya nampak beberapa rumah besar. Entah sape punye. Agaknya owner hotel tu. Haha..

Tak terkesima menengok rumah orang ni?

Ni pon shantekkkk..

Bila semua dah naik bas, kitorang bergerak pulak ke kawasan paling tinggi di Cappadocia iaitu Uchisar Palace. Kat situ takde apelah sangat. Cuma ada gerai-gerai menjual souvenir. Saya sempat capai ashtray berbentuk batuan di Cappadocia sebagai cenderamata. Bukan untuk diri sendiri tapi nak bagi kepada perokok tegar. You know who you are.. Haha..

Uchisar Palace – dikatakan kawasan paling tinggi di Cappadocia

Rasa macam serupa je dengan batu-batu lain, kan?

Kedai souvenir

Ashtray berbentuk formasi batuan Cappadocia

Unta pun nak pose-pose hensem

Lepas singgah kat Uchisar Palace, kami meneruskan destinasi berikutnya iaitu melawat cave house. Cave house ni memang rumah salah seorang penduduk tempatan dan memang dia tinggal di situ. Rumahnya terletak di dalam gua bawah tanah. Menarik kan? Meh tengok gamba..

Bentuk rumah dari luar

Pintu masuk. Ada lambang Blue Eye. Nanti saya cite apebenda Blue Eye ni.

Tangga

Kira macam koridor la ni..

Sebaik saja melangkah dalam rumah ni, rasa sejuk je. Maklumlah, gua la pulak kan? Kami dihidangkan oleh tuan rumah dengan Apple Tea iaitu teh paling terkenal di Turki. Rasa dia memang sedap tak hengat. Kalau nak rasa, mehla datang rumah saya..

Sehabis daya menjadi Gadis Turki.. Sopan kan? Hak hak..

Ruang dalam rumah

Ruangan dapur. Ada peti ais uols.. Yela, macam rumah biasa jugak.. Apa nak heran, kan?

Sofa – sorry bergegar pulak gambonye..

Air yang dihidangkan oleh tuan rumah

Bersama tuan rumah. Tengkiu kakak!

Macam yang saya cerita kat entry sebelum ni pasal wanita-wanita Turki menyulam karpet kat rumah masing-masing sebelum dihantar ke gedung karpet untuk dijual, kan? Kakak ni pun sama, saya tengok ada karpet yang dia tengah buat. Bila tanya bape lama nak siap, dia ckp dalam setahun jugak. Yelah, menyulam sambil menonton sinetron. Memanglah lambat! Haha.. Begitulah saya memfitnah kakak tersebut..

Lepas dah melawat rumah gua tu, kitorang pun keluar untuk amik gamba di kawasan sekitar. Pastu ada pulak orang yang nak belanja saya askrem. Alhamdulillah. Kecik tapak tangan, iPad hamba tadahkan.. Hiks..

Pemandangan di sekitar cave house

Tu la, kecik-kecik dulu tanak belaja betul-betul. Kan dah kena jual askrem. Tak guna ada muke ensem! *Entah-entah mamat ni owner kilang askrem agaknya kan..hehe

Tukang belanja.. Tengkiu Faizal sekali lagi!

Sedap sangat rasa askrem ni. Dibuat dari susu kambing. Tekstur askrem ni pon tak sama macam askrem biasa. Harga satu kon tu 3 Turki Lira.

Tepi kedai askrem ni pon ada kedai souvenir tapi saya tak beli ape-ape kali ni..

Lepas melawat cave house, kami bergerak pulak ke Mushroom Valley. Mushroom Valley juga dikenali sebagai Warner Bross Valley sebab produksi Hollywood tersebut selalu shooting filem kat kawasan ni. Contoh filem terbaru yang shooting kat sini ialah Ghost Rider 2 yang dilakonkan oleh Nicholas Cage tu. Selain Warner Bross Valley, penduduk tempatan juga menggelarkannya Jennifer Lopez Valley sebab banyak kali JLo datang shooting kat sini.. Whateva!!

Meh kita tengok pulak gamba kat Mushroom Valley ni ye..

Formasi batuan dia macam bentuk cendawan kan?

Ada gaya JLo? Ni JLo mintak penyepak ni..Huhu

Batuan bentuk unta

Kedai yang menjual cenderamata dan barangan antik

Kat sini saya beli sebuah Turkish Lamp.. Gamba lupa nak snap. So, saya Google je.. Ni la rupa bentuk dia lebih kurang.

Cantekk kan?

Harga asal USD30 pastu saya buat muka kesian sambil kuarkan 30 Turki Lira dari poket. Tunjuk kat owner kedai tu. Pastu pakcik tu bagi harga yang saya bargain iaitu 30 Turki Lira. banyak tu beza dia. Hampir separuh dari harga asal! Nampaknya skill tawar-menawar saya masih boleh dipakai! Huhu..

Dah shopping sikit-sikit kat Mushroom Valley tu, kami dibawa pulak ke satu lagi tempat untuk mengabeskan duit iaitu Turkuaz Production Centre atau Blue Art Centre. Apa yang ada kat sini? Mari saksikan..

Blue Art Centre

Ha hambek!! Sekelian macam bentuk batu turkuaz ada kat sini

Yang ni dah siap. Boleh beli dan pakai terus

Blue Art Centre merupakan butik yang menjual barang kemas terutamanya batu turkuaz. Selain batu turkuaz, ada batu lain yang dijual seperti batu delima (ruby) dan jed. Yang dah siap diikat dengan cincin pun ada. Sebelum mengabeskan duit, kami mendengar dulu awek Turki ni menerangkan ciri-ciri turkuaz, bagaimana nak tahu keasliannya dan sebagainya.

Awek Turki tengah explain pasal batu turkuaz

Lepas dengar dia explain, bolehla mula menyoping. Saya beli 3 biji batu turkuaz. Takpe, sekali-sekala *Menyedapkan hati sendiri.. Kat sini tak boleh duduk lama-lama. Takut terbeli benda lain. Baik kita keluar. Hihi..

Syabas!! Dapat mengabeskan duit di sini!!

Lepas dah membeli-belah di Turkuaz Centre tu, kami balik semula ke hotel untuk makan malam. Patutnya ada satu tempat lagi kitorang pegi iaitu Ceramic & Pottery Centre. Tapi dah lama sangat kat Turkuaz Centre tu, so seramik-seramik ni kita abaikan je la.. Haha..

Selepas makan malam, kami dikehendaki bersiap cepat-cepat untuk menonton persembahan kebudayaan Turki di Avanos Cave Restaurant. Oleh kerana peraturan untuk masuk menonton persembahan tu agak ketat, kami tak boleh terhegeh-hegeh. Kena sampai kat sana paling lewat pun pada pukul 7.45 malam sebab kalau lambat, pintu akan ditutup. Ok, fine!

Sampai je kat Avanos Cave Restaurant kami dihidangkan dengan kudap-kudapan sambil dihiburkan dengan alunan lagu Turki.

Alunan muzik Turki daripada pemain accordion

Ada 7 tarian semuanya yang dipersembahkan. Tarian-tarian ni mempunyai maksud tersendiri yang mewakili beberapa daerah di Turki.

Persembahan pertama adalah Tarian Sufi. Lampu dimalapkan dan 3 orang lelaki mula masuk ke dalam hall. Dorang berjalan perlahan-lahan membuat satu pusingan di depan kami sambil zikir dialunkan. Lepas tu, dorang tanggalkan jubah hitam dan tinggallah jubah putih je. Pastu dorang start berpusing-pusing. Memula slow pastu makin laju pulak. Lama gilerr dorang pusing-pusing tu. Kalau kita, agaknya 5 kali pusing pun dah terhuyung-hayang. Ni dorang rilek je..

Semasa tarian ini dipersembahkan, kami diminta untuk tidak mengambil gambar. Bukan saja tak boleh amik gamba, nak tepuk tangan lepas habis persembahan pun tak boleh. Cuma untuk kenang-kenangan, di akhir persembahan tu, dorang pusing-pusing kejap untuk kita amik gamba. Jadilah, kan?

Tak pening ke bang?

Sedikit info tentang Tarian Sufi : Tarian sufi, yang dikenal juga sebagai “the darvishes’ whirling” merupakan salah satu jalan di antara banyak jalan untuk menumbuhkan rasa kasih kepada Tuhan. Tarian ini dipopularkan oleh kelompok Mevlevi Order yang dipimpin oleh Jalaluddin Rumi (1207-1273) ratusan tahun yang lalu.

Lepas Tarian Sufi, suasana suram bertukar menjadi kalabul malaami..Hiks

Selepas tu, bermulalah satu-persatu tarian Turki yang lain.. Tengok gamba je bley?

Ada satu tarian tu, dorang jemput penonton untuk menari sama.. Layannnn…

Akhirnya persembahan terakhir yang ditunggu-tunggu pun tiba.. Yeaaahhhh!!! Belly dance!

AMARAN KERAS : Gambar-gambar seterusnya mempunyai unsur-unsur 18SX! Sebarang kejadian tidak diingini, penulis tak nak bertanggungjawab! Huhu

Oppss!! Kena censor. Sape nak gamba asal, sila email saya.. Haha

Hamboiiiii-hamboiiii!!! Tudia bersungguh-sungguh sekali

Kesian Tuan Haji Ramlan kena sakat dek minah gelek ni.. Heehee..

Happy semacam je bang?

Cemana tariannya, tak payahla saya citer ye. Memang daring abes. Semua goyang! Sampai kitorang terjerit-jerit bila minah tu buat aksi-aksi yang mendebarkan iman. Iman lelaki ye, bukan iman saya.. Haha..

Persembahan berakhir lebih kurang jam 10.30 malam.. Lepas tu, kitorang dihantar balik ke hotel. Malam tu kena kemas-kemas barang sebab besoknya, kami kena check-out dan meneruskan perjalanan kami ke Ankara dan seterusnya Istanbul – Dunia Dua Benua.

Apakah yang berlaku semasa perjalanan kami ke Cappadocia-Ankara-Istanbul? Stay tune bersama ahkak… Daaa…..