Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Macam biasa, pagi-pagi dimulakan dengan sarapan dulu. Masih menu yang sama – coco crunch, buah-buahan dan tambah satu lagi iaitu roti. Makanan lain macam nasi goreng semua tu, hanya dipandang sepi je.. Sorry Cik Babs.. I can’t eat you.. Hiks!

Memula nak terus je pakai jaket macam gambo kat atas ni. Tapi mengenangkan akan kepanasan, berlengas dan berkepam, saya naik semula ke bilik untuk tukar baju. Kononnya kami plan nak sambung shopping dulu, lepas tu dekat-dekat nak check out pukul 12 tengahari nanti, baru balik semula ke hotel amik beg. Tapi tak jadi memandangkan kalo bershopping nanti tak hengat dunia, kang terlambat, lagi haru. So, sebelum keluar bershopping, kitorang bawak turun beg semua dan check out siap-siap. Sementara keluar bershopping, tinggalkan beg kat concierge. Biar dorang jaga. Lega! Oleh kerana saya dah borong fridge magnet bertimbun-timbun semalamnya tu kat MBK, maka member-member yang lain pon soh saya tunjuk tempat untuk shopping fridge magnet dan souvenir tu. Terus akak jadi pemandu pelancong kejap.

MBK tu bukaknya pukul 10 pagi, tapi semua bersemangat. So, pukul 9 suku macam tu, kitorang berempat dah gerak ke sana. Sekali lagi, kami naik tuk-tuk. Kawan-kawan lain bershopping kat shopping mall depan hotel je. Kitorang berempat je yang gigih bershopping kat MBK.

Sampai MBK lebih kurang pukul 9.30 pagi. So?? Tunggulah ko kat situ sampai shopping mallnye bukak.. Heehee.. Jangan membuang masa, mari kita bergamba..

Tutup lagi.. Ada mat salleh kat belakang tu pon sama sengal macam kitorang.. Huhu

Department store – Tokyu

Tempat sembahyang dorang yang dibina depan shopping mall MBK tu.. Shopping-shopping jugak. Ibadat tidak dilupa..

Dilarang merokok! Denda 200 hengget!

Ko tengok! Sampai cleaner cuci cermin pon kitorang jadi penonton. Punyelah sangap menunggu..

Tolongla kami encik…

Hanjeng pon jadi penunggu depan MBK ni..

Akhirnya tepat pukul 10 pagi, pintu MBK pun dibukak. Apa lagi. Mari kita serang… Saya terus bawak dorang ke tingkat 6 yang menempatkan kedai-kedai menjual souvenir dan fridge magnet semua tu.. Sambil jalan, snap gambo sana-sini..

Simbol surau. Orang tengah duduk tahiyat.. Gittew..

Saya terus bawak dorang ke kedai menjual fridge magnet yang saya pegi semalamnya tu. Ada yang memborong sampai 30-40 biji fridge magnet. *Koma

Saya dah tak beli ape-ape dah. Cuma gelang dan jugak plate yang ada tulis perkataan Bangkok. Saje collect semua plate yang ada tertulis tempat yang saya dah pegi. Setakat ni dah ada plate yang tulis Sydney, Beijing, Hokkaido, London, Paris, Istanbul dan Bangkok. Kalau ada rezeki dan panjang umur, harap-harap dapat kumpul semua plate dari seluruh dunia. InsyaAllah..

Gelang yang akak beli. Diperbuat dari kulit kerang.. 250 Baht atau 25 heng..

Lagi setengah jam nak pukul 12 tengahari, kami pon cepat-cepat blah dari MBK. Kang kena tinggal dek bas, naya je..

Babai MBK..

Balik ke hotel, kami naik teksi. Jem woo… Memang kecut perut takut kena tinggal. Dalam kecut-kecut perut tu, tetap nak amik gamba jugak..

Rumah kedai..

Sampai je kat hotel, tengok orang lain semua dah berkumpul kat lobby. Alhamdulillah, selamat sampai tanpa kena tinggal. Cepat-cepat amik beg dari concierge dan masukkan dalam bas. Fuh!! Fennat.. Sekali tunggu punya tunggu punya tunggu.. Bas tak jalan-jalan. Rupa-rupanya ada dua orang budak lelaki yang tak sampai-sampai. Dah tunggu setengah jam masa tu. Semua dah kecoh-kecoh mana dorang pegi. Akhirnya kami tinggalkan dorang berdua. Mujur salah sorang tourist guide kami sanggup tunggu dan kalau ada rezeki dorang, jumpa terus kat airport je sebab kami ada satu destinasi lagi yang nak dilawat iaitu Pusat Penternakan Lebah.

Kami sampai lebih kurang pukul 1 tengahari. Memang matahari bebetul tegak atas kepala. Masak otak rasanya.. *Over

Dah sampai..

Gedik betul lebah dua ekor tu. Akak je sopan.. Hiks!

Bersama salah seorang tourist guide. Sapetah nama mamat Siam ni..

Sebelum apa-apa, kami diarahkan masuk dalam satu bilik. Oooo.. Ada penerangan pasal lebah-lebah kat sini. Yang bagi penerangan tu, pakcik yang agak berumur. So, dia cakap macam menggelabah sikit. Jahat bebudak ni gelakkan dia. Ahkak je baik.. Huhu…

Tengok, ada yang membuta

Pakcik lebah..

Pastu dorang bagilah minuman percuma soh kitorang rasa. Haa, masa ni, semua hidup! Celik terus bijik mata.. Suka la kan, dapat benda free. Keji uols!!

Lepas penerangan selesai, kitorang pun start la memborong makanan dan minuman yang diperbuat dari madu lebah ni. Saya beli white chocolate yang berintikan madu lebah. Sedap sangat. Satu kotak berharga 180 Baht atau RM18. Mahal gakla.. Tapi takpela, saje nak kasi abes duit Baht. Ada yang beli askrem madu lebah, ada yang beli jeruk madu lebah. Macam-macamlah lagi..

Setel semua, kitorang terus gerak ke airport. Sampai airport lebih kurang 2.15 petang.

Masa nak check in tu, ternampaklah dua orang budak lelaki yang kena tinggal tu. Bila tanya mana dorang pegi, dorang tak jawab betul-betul. Jawab sambil buat-buat lawak. Malaslah nak menyebok-nyebok lagi kan. Asal dorang selamat sudah.

Penerbangan kami dijadualkan berlepas pada 4.40 petang waktu Bangkok. Penerbangan yang mengambil masa 2 jam 10 minit itu akhirnya selamat tiba di KLIA pada jam 7.50 malam (waktu Malaysia awal sejam). Fuh!! Terus rasa – Malaysia is not so hot! Hehe.. Kalo pegi tempat lain kat obersi tu, bila sampai KL je terus update status FB – Malaysia is very hot! Dasar tak sedar diri sangat, kan? Heehee..

Yeaaayy! Sampai dah… Pulang..marilah pulang…

Puhhhh!! Akhirnya lepas genap sebulan balik dari Bangkok, setel la jugak entry Bengkok di Bangkok akak ni.. Kalau ada terkurang sana-sini, maafin Inul yach.. Hiks! Semoga kita bertemu di lain entry. Vavaiiii…..