Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Panjang tak tajuk entry akak? Sampai terkeluar-keluar dari column.. Keh keh.. Lantak situ.. Akak pegi makan asam pedas. Bukan kat Kg Baru uols! Tuuuu.. Sampai ke Muar peginya. Hilang akal tak? Tak eh? Oke, fine!

Ni hari Khamis lepas (28 Jun) punye cerita. Suka-suki aje kan akak berjalan-jalan tanpa batasan. Macam tak keje je. Biasalah uols, keje cenggini. Akaklah boss, akaklah kuli. Asalkan capai target, sudah! *matila tak bercita-cita tinggi

Akak pegi dengan sape? Sape lagi kalau bukan partner in crime akak – Suzana a.k.a PP. Lepas ni akak panggil dia PP jela. Penatlah nak taip Suzana, Suzana.. Ape sedap sangat ke nama dia sampai nak enterframe kat blog akak banyak kali? Takpe akak kutuk dia. Dia bukan baca pon blog-blog ni.. Hiks!

Ok, mari mulakan pengembaraan akak merentas tiga negeri demi sesuap nasik dan sepotong ikan masak asam pedas. Kitorang gerak dari Kotadem lebih kurang jam 12.30 tengahari. Dah dasar janji Melayu, takde maknanya pukul 11 seperti yang diwar-warkan oleh PP. Alhamdulillah, perjalanan lancar sampailah ada hujan sikit-sikit kat Seremban. Hujan pun tak lama, malu-malu je.

Signbod Daerah Ledang

Kami sampai kat signbod ni lebih kurang jam 2.20 petang. Perut dah berkeroncong mintak diisi. Apa pasal la lambat sangat sampai ni? Rupa-rupanya Nenek Kebayan On Board uols!

Woiiii! Laju sikit boleh tak? Tara gunna bawak BMW kalo drive tehegeh-hegeh *begitu akak memarahi PP

Amacam uols? Kalo dalam entry sebelum ni akak berangan nak dok dlm BMW M5 (owner Skyline punya), akhirnya impian akak termakbul. Yess uols! Kitorang gi makan asam pedas naik M5 pulak. Keji kan pegi sana sini melaram keta orang? Hak hak hak.. Fake it until you make it! – bak kata arwah nenek akak.. Huhu..

Akhirnya lebih kurang 3.15 petang, kitorang sampai ke Medan Asam Pedas Muar. Sampai-sampai je, deretan restoran asam pedas kelihatan dihiasi dengan pemandangan indah bot-bot nelayan. Pehhh!! Memang cantek. Pepehal pon, amikla gamba dulu..

Lawa kan?

Lagi sekali

Ni la deretan restoran

Aikkk!! Banyak yang tutup dari bukak!? Bankrap ke? Bukan uols! Yang tutup tu, KPI dah capai target. Bermakna dah setel dah semua ikan asam pedas dorang. So, restoran mana yang belum habis, silalah bukak. Bagus kan? Takdelah satu kedai je nak kaut semua. Yang mana dah setel boleh tutup kedai. Bagi peluang kat orang lain pulak..

Keta pinjam! Kah kah

Mak Datuk (bukan Mak Datin)

Akhirnya kami memilih salah sebuah restoran yang masih dibuka. Belasah jelah mana-mana. Harap-harap sama sedap dengan restoran yang dah tutup lebih awal. Bukan apa, kalo tutup awal, maknanya mungkin lagi laku dan sedaplah kot. Tapi mungkin jugak hari tu, ramai orang makan kat kedai lain dulu. Ada masanya, mungkin kedai ni dulu yang laku cepat. Whatevah! Dah sampai dah pun kan..

Ikan mayong

Motip tunduk malu?

Duta Asam Pedas Muar

Ikan merah

Ikan merah bahagian ekor

Kedai yang kami pilih – Kedai Mak Pon (apa agaknya nama sebenar makcik ni?)

Bila dah takde keje, kami sedut kuah asam pedas guna straw *lakonan semata-mata

Pompan sewel

Dah puas makan, kami pun mengundur diri. Cewah! Macam gi beraya umah Mak Pon pulak. Hiks! Masa tu dah pukul 5 lebih gak. Singgah solat Jamak jap kat masjid lalu kami teruskan perjalanan balik ke KL.


Mentari merah di ufuk Barat

Oppppss.. Takde maknanya balik KL terus, menyinggah pulak masuk Melaka. Nak naik cruisela, Menara Keris Taming Sari la. Kami sampai Bandar Melaka lebih kurang 7.40 malam..

Menara Taming Sari tapi ini bukan menaranya. Ni tempat nak beli tiket

Haa.. Ni la baru menaranya..

Oleh kerana waktu operasi Menara Taming Sari ni berakhir pada jam 10 malam, maka kami amik keputusan round-round dulu Bandar Melaka naik beca. Citer naik Menara Taming Sari, akak cite kemudian.

Shantek tak beca weols? Meriah dengan lampu-lampu. Mesti bil letrik tinggi nih. Hak hak

Shantek tak weols? *Tetiba.. haha

Tolong lempang pompan-pompan nih

Tetiba jadi Otromen

Eeuuuwww.. GG – Gedik Giler!

Tolongggg.. Ko hengat ko artis?

Choiii!! Modelz sangatz kanz?

Kami pun dibawak round-round Bandar Melaka oleh Abang Beca. Yang tak tahan, beca tu siap pasang lagu Ombak Rindu. Choii! Layankan aje..

Dataran Pahlawan. Sorry gegar..

Sampai kat Kota A’Famosa, Abang Beca berhenti bagi chance kitorang amik gamba. Kota A’Famosa ni lokasi biasa kalo pegi rombongan sekolah masa kecik-kecik dulu.. Heehee…

A’Famosa di waktu malam. Seb baik takde entiti lain..

Tetiba ada entiti..

Entiti lagi..

Kat meriam pulak..

Duta meriam

Auumm cak!!

Beca dari belakang..

Pastu kami dibawak pulak kat jam besar kaler merah tu. Ada air pancut kat situ. Macam baru buat je. Nampak benau dah lama tak gi Melaka..

Air pancut

Model air pancut

Jam Merah

Apa moteeep amik gamba camni pun akak tatau

Gaya renang berirama secara beregu. Hiks! Cer teka bape inci tumit kasut weols?

Nak jugakkkk!!

Abang Beca telah meng’upsell’ lagi perkhidmatan beca beliau dengan menambah beberapa lagi lokasi lawatan iaitu Makam Hang Jebat dan Makam Hang Kasturi. Akak tak berani amik gamba. Huhu.. Abang Beca cakap, dalam banyak-banyak Hang yang ada, Hang Kasturi paling hensem. Sembang tak guna bang! Mana gamba, mana? Haha.. So, caj naik beca yang pada asalnya 30 hengget, telah bertambah menjadi 50 hengget. Takpelah, sekali sekala..

Lepas tu kami dibawak pulak round ke lorong yang menempatkan empat buah rumah ibadat yang didirikan bersebelahan antara satu sama lain. Nama jalan tu ialah Jalan Harmoni sebab kat situ ada didirikan masjid, tokong Cina, kuil Hindu dan juga gereja. Kadang-kadang bila waktu azan berkumandang, masa tu gakla loceng gereja berbunyi atau lagu keagamaan Hindu dipasang. Harmoni kan?

Menara masjid

Masjid dan kuil Hindu dok sebelah-sebelah

Tokong Cina pulak..

Puas meround Bandar Melaka, tibalah masanya kami naik Melaka River Cruise. Harga tiket dewasa untuk pelancong tempatan ialah RM10. Perjalanan mengambil masa 45 minit.

Kaunter tiket

Ni akak amik dari portal rasmi Negeri Melaka:-

Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.

 

Tapi yang sedihnya, bateri henpon akak kojol. So, takdelah gamba yang sempat diambil masa naik Melaka River Cruise tu. Tapi bestla jugak. Pemandangan kiri kanan cantik dengan lampu-lampu dan mural berwarna-warni yang menggambarkan kebudayaan Malaysia. Mural ni dilukis di dinding belakang rumah penduduk Melaka yang terletak di tebing sungai tu. Agaknya rumah penduduk-penduduk yang terlibat, dapatlah royalti dari pihak kerajaan Melaka kot.

Oleh kerana akak takde gamba, maka akak curik gamba dari blog ni. Tapi ni pemandangan mural belakang rumah waktu siang..

 

http://1.bp.blogspot.com/-Z9sY2nYCYtk/T5e-DoQl_CI/AAAAAAAABX4/GD6_gxPLdSk/s1600/river-cruise-melaka-01.JPGCantek kan?

Lepas naik cruise, kitorang bergegas pulak ke Menara Taming Sari. Masa tu dah pukul 9.45 malam. Memang last tripla kiranya.. Harga tiket dewasa RM10 seorang untuk pelancong tempatan. Masa tu, tak ramai sangat yang naik. Dalam 10 orang je kot. Dah nak tutup lah pulak, kan..

Info ni pun akak copaste dari portal rasmi dorang :-

Saksikanlah panorama Indah dan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter. Menara Taming Sari. Anda pastinya akan teruja melihat keindagan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St Paul,Dataran Pahlawan, Sg Melaka dan Selat Melaka. Disamping itu, anda bepeluang melihat kepesatan pembangunan di negeri Melaka, Bandaraya Warisan Dunia.

Pastinya pengalaman anda ke Melaka akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.

Tower Specification

Tower Name Menara Taming Sari (360 degree viewing tower)
Cost RM 24 million together with support building (Melaka house)
Height 110 meter
Passenger Capacity 66 passengers
Technology Switzerland
Ride Duration 7 Minutes
Operation Hour 10.00 am to 10.00 pm – Daily

Published Rate

  • Admission Fee
  • Adult : RM 20.00
  • Child : RM 10.00 (Below 12 years Old)
  • Mykad holder (For Mykad holder kindly present you card for discount)
  • Adult : RM 10.00
  • Child : RM 5.00
  • Student Rate
  • Non Mykad Holder : RM 16.00
  • My Kad Holder : RM8

Lepas naik Menara Taming Sari tu, kami pun nak bergerak pulang ke KL. Singgah kejap Drive-Thru McD sebab nak beli askrem. Tetiba, kelihatan di skrin M5 tu (fuhh! skema giler ayat) – “Electronic Failure – not advisable to continue your journey. Please contact any BMW person in-charge“. Camtu la lebih kurang amaran dia. Ahhh sudah, ada je poblem kan??!! Macam tak direstui je keta pinjam ni. Hikss..

Berkat pengalaman tayar Skyline pecah aritu, puaslah pulak membelek apa masalah si BMW nih.. Rupanya bateri uols! Bila bateri kantoi, nak tukar bateri pon tak boleh sebab boot belakang tak boleh bukak guna remote. Ohh ye, bateri dia dok kat boot belakang, bukan kat bonet depan macam keta biasa. Gedik betul!

Mujur ada kedai bateri area tu. Tapi tetap jugak tak boleh setel masalah sebab nak bukak boot tu, kena reset setting apebenda ntah. Kena tunggu gak orang BMW pagi besoknya. Tak pasal-pasal kena tido kat Melaka satu malam. Nasib baik auntie kedai bateri tu baik. Dia lah yang bawak kitorang carik hotel area situ. Keta BMW pinjam tu, kami tinggalkan kat kedai bateri.

Sebelum tu sempat singgah kedai Serbaneka 24 jam. Masa tu dah pukul 12 tengah malam. Nak carik Uptown macam kat KL, memang takdelah.. Kitorang beli berus gigi, ubat gigi, sepende pakai buang, t-shirt pagoda dan macam-macam lagi la. Pastu dengan telekungnya tak bawak. Beli lah pulak stokin. Boleh lah solat ala-ala orang Bosnia. Pakai jeans, tshirt, stokin. Mujur akak bawak shawl. Blehlah lilit-lilit buat telekung.

Nama hotel yang kami bermalam ialah Hotel Seven. Hotel bajet je. Tapi agak baru, so katil, kelengkapan lain tu baru-baru semua. Siap ada Wifi. Bolehlah. Kalo weekdays (Ahad-Khamis) harga satu malam RM60. Tapi Jumaat-Sabtu jadi RM90. Oleh kerana kejadian berlaku dah masuk hari Jumaat, kenalah caj RM90/semalam satu bilik.

Hiasan hotel yang sempat akak snap

Besoknya, uncle kedai bateri contact orang BMW soh datang kedai dia. Setting apebenda ntah, akhirnya boot boleh dibukak. Tukar bateri. Dekat dua-tiga jam gak baru setel. Sabo jela..

Lepas dah setel, perut pun berkeroncong. Yelah, dah pukul 1.30 petang gak masa tu. Lalu misi mencarik makanan bermula. Tu yang pegi carik Klebang Coconut Shake tu. Seb baik tak jauh sangat.

Sampai-sampai je, tengok punyelah panjang orang beratur. Seb baik orang yang beratur panjang-panjang tu kalo nak order Coconut Shake untuk dibawak balik je. Sape nak makan kat situ, duduk je kat meja yang disediakan, nanti ada budak datang amik order. Kami terus mengambil tempat. Order air je sebab makanan amik sendiri. Nasik lemak dah siap bungkus, bihun, mee, kuih-muih beraneka jenis yang ada kat atas meja tu, memang agak menggegar iman gakla. Cer teka akak makan ape?

Omputeh pon ada uols!

Ni la coconut shake tu. Air kelapa pehtu ada askrem atas dia..

Kuih muih yang beraneka jenis merayu-rayu mintak dimakan

Harga makanan

Oleh kerana tak brekpes dari pagi, maka akak telah memakan makanan-makanan seperti yang tertera di bawah:-

  • Nasik lemak dua bungkus
  • Bihun hampir sebungkus
  • Karipap sebijik
  • Kuih koci sebijik
  • Cucur geragau sebijik
  • Coconut Shake segelas

Hahaha.. Ada macam bela hantu raya tak? Pedulikkk..

Sedikit info pasal Klebang Coconut Shake :-

Lokasi
Jalan Klebang Besar (beside Caltex)

Contact:
Telephone number: 013-34994061

Opening hours
12.30pm-6.30pm daily (except Friday).
Friday 2pm-6.30pm

Dah arrr.. Penatla membebel. Akak ada kelas sebenarnya kul 11 karang. Elok je akak membuat karangan pasal makanan ni kan. Okla..baii….

No Comments :(