Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sabtu

Ni citer aktiviti akak wiken aritu. Tengahari Sabtu, akak dan Pejal serta wife dia pegi kenduri kawen ex-hosmet akak, Nadia kat Puchong. Ni majlis pihak lelaki. Majlis pihak pompan kat Batu Pahat awal bulan aritu akak tak pegi.

Kitorang sampai kat umah pengantin lebih kurang pukul 1 tengahari. Pengantin dijangkakan tiba pukul 2 petang. Jomlah tengok gamba ye..

Pejal & wife

Nasik dan lauk yang akak amik. Sume sedap-sedap belaka. Alhamdulillah!

Akak & wife Pejal

Lama dah tak jumpa wajik. Love it!

Geli kan?

Akak di meja pengantin makan beradap. Lambat sangat korang sampai, aku entreprem dulu.. Tengkiu kat kawan akak, Megrose sebab bagi kain baju ni. Dia beli kat Vietnam. So akak tempah buat baju kurung Pahang..

Akhirnya, hampir jam 2.30 petang, barulah sampai kedua mempelai.

Nadia & Pian

Pengantin dalam pakaian rona oren

Pejal & wife bersama pengantin

Akak pun nak amik jugak gambo dengan pengantin

Tak lama lepas pengantin sampai, dah amik-amik gamba tu, kitorang balik. Sebab lama giler dah duduk kat situ kot. Kang kitorang menyebok lama-lama, orang lain tak boleh nak duduk makan pulak.. Huhu

Parking Kenduri

Senang kalo tempat parking luas macam ni..

Buah tangan yang tertera sticker gamba pengantin pompan

Sebelah satu lagi, pengantin lelaki pulak..

Pejal hanta akak kat rumah dan kitorang sampai Kotadem lebih kurang pukul 3 petang.. Tu jelah aktiviti akak hari Sabtu.

Malam Sabtu pulak akak telah balik ke Sungai Choh dan mengkidnap mak akak bawak dia tido kat Kotadem.. Sebab besoknya tu akak nak bawak mak akak ke satu tempat.. Ke mana?? Sila sambung baca..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ahad

Saje la akak nak bagi surprise kat mak akak. Akak bawak dia gi facial.. Heehee..

Mommy akak sebelum difacial

Muka mommy akak sedang diproses

Lepas hampir dua jam, kitorang pon siap berfacial. Mak akak sebok soh amik gamba dengan amoi yang buatkan facial tu. Layankan aje..

Muka lepas difacial bersama amoi – Cheryl

Mommy akak bersama Kristi – pakar manicure pedicure

Lepas tu, kitorang terus balik Kuala Selangor pulak. Dalam kereta, akak amik gamba kitorang berdua..

Weols

“Dik, tak putih pun muka mak”

“Umur dah masuk 69 tahun, baru sekali buat facial, memang lah belum nampak beza lagi. Nanti orang bawak mak buat facial lagi oke”

Heehee.. Moteeep sangat mak akak ni kan…

Kat kampung, sempat makan askrem asamboi. Lama gilerr kot tak makan askrem camni..

Lebih kurang pukul 6 petang, kitorang gerak balik Bukit Beruntung. Sebelum tu sempat singgah umah sepupu akak sebab anak buah akak Seri, baru bersalin. Saja tengok baby..

Hero baru – Umar Haziq

Umar Haziq – List baru dalam penerima duit raya yang akan datang.. Huhu

Lepas Maghrib akak pun hantar mak akak balik Bukit Beruntung. Pehtu akak pun terus balik Kota Damansara.

Begitulah aktiviti hujung minggu saya. * Penutup tak bleh blah..

No Comments :(