Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Diundang ke Open House Jovian Mandagie oleh rakan gedik akak, Fieza membuatkan akak tak berpikir panjang untuk memberi jawapan Yezzah kepada pompuan ittew. Akak kan memang suka event-event gedik macam ni. Tak percaya, sila baca ini dan ini.. Haha.. Fieza diundang ke majlis tu sebab dia ada beli baju rekaan Jovian ni. Dia nak bagi akak pakai baju dia lagi sepasang, tapi akak tak nak. Moteeep nak berfura-fura kan?

Well, orang sekarang buat open house bukan kat rumah lagi dah. Nama je open house tapi buat kat hotel lah, dewan lah.. Kan? So, sama jugak dengan open house Jovian ni. Tempatnya tak lain tak bukan The Royale Chulan Hotel, Bukit Bintang. Ko mampooo? Berapa lah ko bayar kan Jovian kan? Ala.. Apadahal.. Baju dia sepasang pun dah RM300+ kot. Tu baju yang biasa-biasa. Kalo yang penuh batu permata, intan berlian tu.. Lagila masyukkkk.. Hiks

Open house dia bermula jam 1-5 petang. So, akak dah janji dengan Fieza nak gerak dalam pukul 12 tengahari dan ngam-ngam sampai sana dekat pukul 1 macam tu. Sampai je sana, akak park keta depan Kompleks Kraf kat sebelah Royale Chulan tu. Kena jalan sikit tapi tak kisahlah asalkan free. Ngeh ngeh..

Bila kitorang masuk je dalam dewan.. Wahhh, meriah dengan tetamu-tetamu yang sungguh anggun berbusana rekaan Jovian Mandagie (eeii..kenapalah nama engko cenggini?)..

Ala-ala bangsal yang diletakkan di tengah-tengah dewan tempat tetamu menjamu selera..

Pastu akak nampak pulak ramai yang tengah beratur nak amik gamba dengan Jovian. Akak dan Fieza pun apa lagi, menyelitlah sekali.. Memang dorang dah sediakan backdrop untuk sape-sape yang nak amik gamba dengan Jovian kat situ. Walaupun akak datang bukan dengan baju dia, tetaplah dia senyum je.

Fieza dengan baju rekaan Jovian Mandagie

Lepas dah amik gamba dengan dia, kitorang buat lawatan muhibbah kat setiap booth makanan yang ada. Ada booth ABC, kuih-muih, lemang rendang, sate, bakso, keropok kerepek, goreng pisang, nasik dan lauk pauk, murtabak dan macam-macam lagilah. Lepas dah buat lawatan, barulah kitorang amik makanan. Akak amik sate dan bakso je. Pastu kuih muih dengan ABC semangkuk. Cuma air je bergelas-gelas akak minum.

Lepas amik makanan, kitorang mula cari tempat nak makan. Oleh kerana semua meja dah ada orang, terpaksalah kami berdiri kat meja depan pentas. Haa, lantak..

Gamba yang dicilok dari Fanpage Jovian Mandagie. Akak dan Fieza makan depan pentas..Sabo jelah..

Sambil makan, sambil tengok persembahan nyanyian. Penyanyi jemputan ialah Isma AF (kakak Tomok) dan juga suaminya, Zul 2 By 2 serta kumpulan apentah sebagai bekap singer. Haa, pengacara pada majlis tu, sapa lagi kalo bukan Didie Alias.

Memula dengar suara Didie Alias je, tak nampak muka. Akak ingat lelaki mana lah. Rupanya memang suara dia cenggitu. Huhu..Dalam pukul 2 petang, barulah sorang lagi pengacara sampai iaitu Sharifah Shahirah. Memang kecohlah. Bila dah tengok depan-depan, barulah tau Sharifah Shahirah ni kecik je orang dia. Cinonet!

Dalam majlis tu jugak, beberapa orang yang mendapat sampul angpow (tataula ada isi ke tak) dari Jovian, dikehendaki ke depan pentas. Rupanya dorang-dorang ni adalah tetamu-tetamu yang memakai baju Jovian yang telah dienhancekan. Misalnya, baju asal Jovian yang dorang tambah reben ke. Ataupun pakai baju Jovian letak bunga ke. Apa-apalah asalkan kreatif dan cantik dari baju asal..

Kena buat catwalk sikit

Lepas tu pulak, Didie Alias dan Sharifah Shahirah panggil pulak tetamu-tetamu yang pakai baju sama design. Yelah, mana-mana yang beli baju siap kat butik-butik yang memasarkan baju Jovian, mestilah ada beli yang sama kan? Haa, hambek.. Sampai 4 orang pakai baju sama. Huhu..

Sambil-sambil dengar Didie Alias dan Sharifah Shahirah berceloteh, dorang umumkan pulak ketibaan Ning Baizura dan suaminya. Oh lupa nak bagitau, mak Jovian – Silvana pun ada. Bukan main vogeh da vass lagi walaupun dah masuk usia senja nan merah gittew.. Hik hik..Pastu ada sesi dorang bergamba ramai-ramai. Kitorang yang dah nak balik ni pon, menyelit lagi sekali menengok.. Sempatlah Fieza amik gamba dengan Ning dan awek Jovian iaitu kakak Dafi AF..Comel je. Dan sekali lagi yang mengejutkan, Ning Baizura adalah kecik. Kecik dari akak kot. Dalam TV bukan main tinggi lampai nampaknye.. Akak amikkan jugak gamba Fieza dengan Didie Alias dan Sharifah Shahirah.

Teka sape ini?

Sebelah Ning tu mak Jovian – Silvana

Antara Fieza dan Ning tu le awek Jovian, kakak si Dafi. Chomeyy kan?

Dah pukul 3 petang tu, akak dan Fieza pun blah. Lagipun akak nak berkejar pulak ke rumah makcik akak kat Padang Jawa. Dia buat open house gak.. Sebelum tu sempat lagi amik gambo sekeping dua..

Kat mane lagi kalo bukan dalam toilet.. Huhu

Kat lobby

Overal, akak happy meraikan hari terakhir Syawal dengan open house Jovian Mandagie tu. Tengkiu nyah sebab ajak aku sekali (padahal ko takde kawan kan??!!!). Hahaa…

4 Comments

  1. kak zack
    7:59 am on September 18th, 2012

    ko mmg kelesss nok. Njoy reading yr blog sista!

  2. Ujie
    8:32 am on September 18th, 2012

    Haha. Tq kak zack!

  3. Meng
    9:13 pm on September 21st, 2012

    saja nak kutuk hand beg dgn basikal tua adalah sedondon…

  4. Ujie
    9:20 pm on September 21st, 2012

    Shaitonnn