Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sejak dua tiga menjak ni, banyak pulak akak baca dan dengar kes orang kena kawen paksa. Memula tengok cite Untuk Tiga Hari lakonan Vanidah Imran, Afdlin Shauki, Rashidi Ishak dan Ayu Raudhah yang menjadi kontroversi tu. Memula akak ingat benda ni lawak je sebab cite tu adaptasi dari novel tulisan Ahadiat Akashah. Yelah, zaman sekarang ni, mana ada lagi kes orang kena kawen paksa (kot). Tapi bila baca status FB kawan akak yang bagitau member dia baru kawen pagi, pastu dah nak bercerai petang tu jugak. Puncanya sebab kena kawen paksa. Yang kena paksa tu pulak, bukannya pengantin perempuan, tapi yang si lelaki.. Parah!

20121028-100406.jpg

Menurut kata kawan akak, yang lelaki tu mengikut cakap familynya sebab semata-mata tak nak hampakan hati mak bapak dia. Sebijik macam Afin (lakonan Rashidi Ishak) yang sanggup kawen dengan Juwita (lakonan Ayu Raudhah) semata-mata nak mengikut cakap mak dia padahal dia dah ada girlfren – si Ujie (bukan akak okeh. Hahaa. Lakonan Vanidah Imran)

20121028-101024.jpg

Dalam cite tu, Ujie ni girlfren Afin. Ujie kena kawen dengan Afdlin Shauki (apentah nama dia dalam filem ni) dan Afin kena kawen dengan Juwita. Cukup tiga hari, dorang akan bercerai dengan pasangan masing-masing, lepas tu dorang berdua akan kawenla. Ni semua rancangan si Afin la kononnya. Kepala ayah dia!

20121028-101148.jpg

Kalau ikutkan pengakhiran cerita tu, si Ujie ni tadi tetap jugak menerruskan perkahwinannya dengan Afdlin dan tak mengendahkan rayuan si Afin untuk bercerai. Afin pulak memang dah ceraikan wife dia Juwita dengan talak tiga! So, menyesal di situ bila dua-dua dia melepas..

Bagi akak, memang betul pun tindakan Ujie tu. Kenapa at the first place, ko (Afin) terima je apa yang mak ko suruh. Apa peranan si Afin tu sebagai lelaki yang sepatutnya memimpin rumah tangga? Kalau dah dari awal pon tak firm dengan keputusan sendiri dan sanggup ikut cakap family tanpa memikirkan perasaan orang yang dia sayang, cemana pulak dia nak mempertahankan rumah tangga dia nanti?

Akak cakap camni bukan bermakna akak soh dia durhaka dan tak sokong dia ikut cakap mak dia. Fine! Kalau nak ikut sangat cakap mak bapak, kenalah teruskan sampai perkahwinan tu berjaya. Bukannya kawen untuk tiga hari je! Atau kawen tak sampai 24 jam pun macam kes member kawan akak ni. Ko hengat kawen ni benda main-main ke?

Yang mak bapak pulak, kenapa nak kena paksa anak kawen ikut pilihan dia? Zaman muda dulu dia kawen ikut pilihan dia sendiri, bila time anak, kena ikut gak pilihan dia? Wah wah wah. Lainlah kalo memang konfem pilihan anak tu penagih dadah ke, perogol bersiri ke, perompak mesin ATM ke..

Ermm tapi entahla eh. Akak ni cakap ikut emosi dan pengaruh rakan sebaya je (matila menyalahkan rakan sebaya pulak. Hiks!). Akak pun belum ada pengalaman berkahwin dan jadi mak. Memanglah setiap mak bapak nak kan yang terbaik untuk anak masing-masing tapi kalau keputusan yang kita buat mungkin akan menyebabkan banyak hati yang terluka, rasanya kena pikirkan semula kot. Bak kata kumpulan Budak Kacamata – Cinta Tak Perlu Dipaksa. Gituhhh..

Semoga member kawan akak tu dapat memikirkan semula tindakan dia. Dah alang-alang kawen tu, cubalah sebaik mungkin untuk melayari bahtera perkahwinan anda. Untung arrrr dah kawen gak. Akak ni? *tiba-tiba

Oke bai…

2 Comments

  1. fara
    10:39 am on October 28th, 2012

    Hahahaha.. Tima kasih ar sbb citer kan pasal cite 3 Hari neh.. Dh tau dah endingnye,, hukhikhik.. Tapi paling best, tang ” untung arr dah kawen.akak ni? *tiba-tiba…. Hikhikhik..mengusik jiwa raga gituh!

  2. Ujie
    4:42 pm on October 28th, 2012

    Hahah bengong farah!!