Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Entry kali ni akak just nak share info yang tak berapa ramai antara kita yang tau. Tapi di kalangan orang Cina, dah lama dorang pakai.

Tapi sebelum tu akak nak share dulu pasal MRTA. Korang tau apa dia MRTA kan? MRTA ialah Mortgage Reducing Term Assurance. Biasanya kalau orang nak beli rumah melalui pinjaman bank, bank akan tawarkan sekali dengan pakej MRTA ni. Sebabnya ialah MRTA ni merupakan term life assurance yang membantu peminjam ni tadi melunaskan bayaran balik pinjaman melalui insurans yang diambil sekiranya berlaku musibah yang tak diingini misalnya meninggal atau hilang upaya kekal. Kira macam guarantor la.

Yelah, ko gile bank nak bagi buat loan rumah sampai RM400-500k tapi takde sape nak tolong bayar kalau peminjam tu kiok? So dengan adanya MRTA ni tadi, bank takdela risau. Peminjam meninggal, insurans ada tolong cover balance pinjaman. Anak isteri pun boleh berlapang dada. Mati Rumah Tetap Ada (lawak MRTA) katanya. Huhu.. Premium untuk MRTA biasanya dibayar upfront secara lump sum dan biasanya bank akan bagi pakej-pakej menarik sekali dengan pinjaman.

Walau bagaimanapun, MRTA hanya akan cover peminjam sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal SAHAJA. Kalau peminjam ni tadi terkena penyakit kritikal dan menyebabkan dia tak mampu bekerja, loan rumah tu tetap kena bayar jugak. Sebab tu ada kes peminjam yang menderita kena kanser/sakit buah pinggang (yang biasanya memerlukan perbelanjaan rawatan yang besar), akhirnya terpaksa berputih mata apabila rumah mereka dilelong akibat tidak mampu membayar ansuran bulanan. Sebab, kena MATI dulu, baru RUMAH TETAP ADA. Kejih!

Dan satu lagi, bayaran premium MRTA ni kira hangus jela kalau peminjam tu berjaya melunaskan hutang rumah dia sampai tamat tempoh pinjaman. NO CASH VALUE. Takde pulangan tunai..

Tapi jangan risau. Akak nak share lagi satu benda ni. Satu lagi jenis insurans iaitu MLTA atau disebut Mortgage Level Term Assurance. Lebih kurang macam MRTA tapi ada perbezaan yang lebih menguntungkan kita.

MLTA ni bolehlah akak katakan sebagai alternatif bagi peminjam yang inginkan life insurans tetapi dalam masa yang sama menawarkan PERLINDUNGAN serta SIMPANAN dan PULANGAN bagi setiap sen yang dibayar. Senang kata ada CASH VALUE la..

Salah satu contoh MLTA ni ialah pelan takaful yang ditawarkan oleh Prudential BSN Takaful. PruBSN ada beberapa produk yang boleh digunakan sebagai MLTA, contohnya PruBSN Protect Plus tapi hari ni akak nak fokus kepada pelan Takafulink kami.. Not exactly the same tapi lebih kurang dan memang boleh digunakan..

Jom tengok perbezaan antara MRTA dan juga Takafulink. Sila klik untuk tumbesaran gamba okeh..

20121028-080309.jpg

20121028-080551.jpg

Selain carta di atas, secara ringkasnya perbezaan di antara MRTA dan MLTA (in this case akak guna Takafulink) ialah :-

Takafulink

1. Pindahmilik

Polisi ini boleh dipindah milik apabila peminjam membeli harta baru atau refinance pinjaman dengan bank lain.

Contoh : En. Ahmad buat loan rumah sebanyak RM300,000 (teres) selama 30 tahun. Dia tak amik MRTA tapi dia amik Takafulink dengan Sum Covered RM300,000 gak. Lepas 15 tahun bayar ansuran, tetiba dia dapat rejeki terpijak. Dapat bonus ke ape-apelah. So, dia dapat setelkan loan rumah dia dalam masa 15 tahun je. Pastu dia beli satu lagi rumah. Value sama jugak RM300,000 (kali ni dia beli apartment, maklumlah inflasi, so dapat beli apartment je sekarang. Huhu). So dia tak payahla amik MRTA lain. Guna jela Takafulink sedia ada. Haa.. Camtule

2. Insurability terjamin

Maknanya kita amik sekali je tapi boleh pakai untuk banyak aset. So macam kes En. Ahmad kat atas ni, katakan dia nak beli aset baru. En. Ahmad tak perlu risau dia sihat lagi ke tak, tua ke ape. Dah konfem insurans lama dia boleh guna lagi.

3. Ada simpanan dan pulangan

Apa yang kita bayar, akan dikumpul menjadi simpanan dan akan mendapat pulangan. Simpanan yang dah terkumpul ni pulak boleh digunakan untuk melunaskan pinjaman kita lebih awal. So, serampang dua mata la kiranya..

MRTA

1. Tidak boleh dipindahmilik

Sesuatu polisi MRTA hanya untuk satu loan je. So, bila buat loan baru, kena amik polisi MRTA yang baru lagi sekali

2. Insurability tidak dijamin

Setiap kali nak amik polisi baru, kena buktikan yang kita berada pada tahap kesihatan yang baik

Contohnya En. Ali buat loan rumah pada tahun 1997 untuk tempoh 30 tahun dan amik polisi MRTA untuk protect loan rumahnya. Katakan En. Ali pun berjaya setelkan loannya dalam tempoh 15 tahun dan berhasrat nak beli aset lain. Pastu dia nak amik polisi baru untuk loan barunya. MALANGNYA En. Ali didapati menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Nak dapat polisi baru? Kem salam. Tak dapat uols! Sebab dia dah berpenyakit.. So, ada harapan loannya pun akan ditolak oleh pihak bank. Kesian kan..

3. Tidak ada nilai tunai

Oleh kerana MRTA didesign hanya untuk protect loan dalam tempoh tertentu dan bukan menitikberatkan kepada simpanan, maka sebaik sahaja tempoh matang atau loan dah habis dibayar, maka premium yang dibayar akan hangus dan tak ada nilai tunai

So, akak harap perkongsian ni sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada uols semua. Kalau uols nak buat loan beli rumah dan bank offer MRTA tapi tak diwajibkan amik dengan dorang, uols tolak jelah pastu amikla mana-mana produk takaful (life insurance) yang sama nilai atau lebih dari pinjaman tu.. Di samping ada perlindungan, ada jugak cash value. So, takdelah membazir bayar. Betul tak?

Akak stop kat sini dulu. Kalo uols ada benda nak tanye atau nak bagi pendapat lain, akak amat alu-alukan.

Daaaa

No Comments :(