Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Banyak kali gak keyword search yang sampai ke blog akak ni pasal “Tat Bengkulu”. Owhhh!! Ramai peminat rupanya kuih tradisi kampung akak ni ye. Heehee. Ada yang carik resepi la. Ada yang tanya macamana nak buatla. Macam-macam lagi..

Kuih ni biasanya dijumpai di Kampung Sungai Choh. Ada gak kat Behrang dan Gemas (penempatan kaum Bengkulu kat Malaysia). Kuih ni asalnya, ofkoslah dari Bengkulu, Indonesia. Bila nenek moyang kami datang sini, dorang bawakla sekali tradisi membuat kuih tat ni. Kalau ikutkan dulu-dulu punya versi, besar gedabak wooi! Besar pinggan kot. Akak pernah tengok kat rumah orang kawen kat kampung akak tu. Tapi seiring dengan masa, dorang ubahla jadi kecik comel-comel. Senang nak makan. Senang nak masak.

Kuih ni kat bahagian luarnya tepung, dalam dia isi inti kelapa yang dah digoreng siap-siap dengan gula merah. Sama macam inti kuih ketayap atau kuih koci. Tapi sekarang ada gak yang bubuh inti nenas dalam dia. Ada yang bubuh inti kelapa durian. Tapi akak lebih suka rasa yang asli.

Resepi dia akak tak sure sangat. Aritu dah tanya mak. Tapi tak salin (bajet genius boleh ingat kat kepala je. Choiii!). Nanti akak salin, akak tepek kat sini okeh..

Ni ada beberapa keping gamba yang sempat akak amik masa mak akak and the geng membuat kuih tat seminggu sebelum raya haji aritu. Sorrylah, step awal-awal menguli, menggentel, isi inti semua tu akak tak sempat amik sebab sampai lambat (padahal sengaja tanak tolong. Hampeh punye anak!)..

Nak buat kuih ni memang agak hazab. Bab menguli, goreng inti sume tu oke lagi. Yang tak tahan tu masa nak gentel-gentel jadi bebola kecik. Pastu nak kena isi inti. Pastu nak jadikan bentuk daun ke ape. Pastu nak kepit-kepit bagi ada corak daun atas dia. Pastu nak kena bakar. Aduiiinyepun!! Sebab tu harga dia 60 sen sebijik orang tak kisah nak beli, sebab dorang tau kehazaban nak membuat kuih ni. Pastu makan panas-panas dengan air kopi. Pehhhh!!! Tapi makan masa sejuk pon oke jugak..

Ni la rupa inti dia. Ala.. Macam inti kuih ketayap je..

20121101-092300.jpg

Ni pulak rupa bila dah isi inti, dah jadi bentuk daun dan dikepit jadi corak daun..

20121101-085410.jpg

Telur yang dah dicampur pewarna kuning untuk disapukan atas dia. Bagi berseri bila bakar nanti

20121101-085447.jpg

Ni yang dah disapu. Sorry sebab gelap so tak nampak beza sangat

20121101-085458.jpg

Proses pembakaran bermula. Kuih tat tadi diletakkan dalam periuk. Ditenggek atas bara api. Pastu kat mulut periuk tu, diletak zink dan jugak bara api sebab nak bagi effect pembakaran atas bawah. Api besar tu eksyen je. Nanti kita kecikkanla dia. Heehee..

20121101-085509.jpg

Mak akak and the geng. Akak tataula kalo dorang dah takde nanti. Mampu ke akak meneruskan legasi Tat Bengkulu ni.. πŸ™

20121101-085519.jpg

Taraaaa.. Dah siap untuk dimakan..

20121101-085527.jpg

Nampak macam biasa je. Tak hazab kan? Cer try datang tengok.. Pengsan! Sebab tu akak selalu mengelat. Haha. Sakit pinggang duduuuuuuk je. Makan je tau! Keji!!

Okla. Bai..

Putera William? Apa kena mengena Putera William dengan hidup akak? Takde maknanye.. Hak hak.. Sebenarnya akak baru balik makan kat William malam tadi.. Orang Kay Ell mesti tau kat mana tempat makan ni punye..

Sejak member akak si Eli beranak dan balik kampung, sekali sekala je makan kat sini bila dia datang Kotadem. Tapi malam ni akak telah melanggar pantang. Kalo dia tau akak makan kat William tanpa beliau, mesti akak kena cerca. Sorrylah nyah, mak bawak kawan mak dari Kelate makan situ. Nanti uols dah abes pantang, balik Kotadem, kita gi makan okeh..

Baiklah, mari lihat apa yang akak dan member akak makan kat William malam tadi..

Spagethi Seafood Arabiata

Panna Cotta

Amacam? Meleleh ayaq liuq tak? Total tadi RM44 dengan air Teh O panas dengan Neskepe panas. Mahal? Ok kot sebab portion makanan dia besauuuu. Order satu je, boleh makan dua tiga orang..

Okla. Nak tido dah. Pendek je kali ni sebab entry ni khas untuk member akak yang tengah berpantang bersalin tu. Kui kui.. Daaa..