Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Harini akak saje nak bagi wajah baru kat blog akak ni. Dia pun macam orang gak. Nak fesyen rambut barula, nak gaya tudung baru.. Boringla kalo asyik samaaaaa je.. Amacam? Shomel tak? Akak download template yang dah siap je. Free pulak tuh. Huhu.. Tapi gamba pic profile FB akak kat sebelah kanan ni macam muka mintak lempang kan? Gedikkk. Akak pun menyampah menengoknya. Kah kah.

20121104-230014.jpg

Lagi satu, sekarang akak dah upgrade sikit dalam arena penulisan blog ni. Akak dah boleh tulis entry baru dari henpon, okeh. Guna apps WordPress. Taip-taip, bubuh gamba. Taraaaa. Siap sudah..

20121104-231707.jpg

Tumpukan yang akak merahkan tu je. Abaikan Angry Birds yang bersepah-sepah tu.. Heehee..
20121104-231959.jpg

So, mungkin lepas ni akak akan lebih gigih menulis.. InsyaAllah. Okelah. Ngantuk le. Gunite. Vavaiii..

p/s : Entry ni dibuat saje-saje untuk ingatkan akak tarikh tukar blog skin baru.. Viaserrr la uols. Gedixx..

Uols pernah rasa steamboat Bestari Celup tak? On the way balik dari Pahang malam tadi, akak dengan kawan-kawan singgah kejap makan steamboat. Biasalah, pengaruh rakan sebaya. Dia cakap sedap sangat. Tu yang nak rasa tu..

Steamboat ni bukan kat restoran ke ape. Dia masak sume dalam lori je. Pastu dia pacak kanopi dengan 2-3 meja untuk kita makan kat tepi lori dia. Lokasi? Bebetul depan stesen minyak Petronas Gombak menghala ke Karak yang ada Shell, Mc D, Burger King tu.. Oleh kerana akak dari Pahang, kenalah buat u-turn kat Jalan Gombak untuk ke sebelah sana tu.. Kalo kita dari Batu Caves/Selayang lagi senang. Boleh singgah je terus je. Cakap banyak pun tak guna. Nah tengok gamba!!

20121104-092147.jpg

20121104-092200.jpg

Dap tak? Dappp. Dengan kuah BBQ, memang steamboat ni lain dari yang lain. Ada yang bakar punye macam sotong, ayam dengan daging tu..

Total semua dengan air mineral sebotol, RM27.50! Makan 3 orang. Tu pun bertolak-tolak sape yang nak kena abeskan. Sabo jela..

Okla, kalo korang dah boring tatau nak makan kat mane, bolehlah singgah makan situ.. Ingat.. BESTARI CELUP. Daaa..