Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Best giler bila tengok jerawat tu keluar lepas dah dilaser!! Nak buat gaklah camni.. Huhu

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=nldHGkLw2Zw[/youtube]

Cuti Raya Cina kan lama.. 4 hari. So, macam biasa akak dan mak akak mesti balik Kuala Selangor.. Aktiviti kat kampung macam biasalah, makan tido. Pastu petang Isnin tu kitorang tengok muvie kat LFS, One Plaza Kuala Selangor. Anak buah dengan sepupu akak semua pakat tengok cite Hantu Kak Limah. Akak tak minat, so akak sorang-sorang je tengok cite Cina- Hotel Deluxe. Yang kelakonye, akak sorang je Melayu yang tengok. Yang lain, penuh dengan orang Cina la.. Huhu.. Ada aku kesah?

Ha, sebelum tengok muvie petang Isnin tu, sepupu akak dengan anak buah akak turun sungai sebab nak menangguk anak udang. Tapi dah nak dijadikan rezeki, banyak pulak dorang dapat udang galah. Udang galah sepit biru. Bawak balik lebih kurang 15 kilo! Tak percaya? Nah!!

Akak pun nak enterframe

Amacam?

Like dotter, like mother.. Mak uols mampoo pose macam mak akak?

Inilah tokei udangnye – anak buah akak A’e

Alhamdulillah, semua udang galah tu abes terjual.. Huhu..

Oh ya! Ada member akak sampai bergaduh (tipu) sebab udang ni. Bukan bergaduh ape. Saja nak konfemkan yang ni udang galah, bukan udang harimau. Walaupun rupa nampak sama, tapi berbeza sebenarnya. Perbezaan utama, udang galah dok dalam air tawar (sungai). Udang harimau pulak duduk dalam laut. Kepala udang galah besar dan keras sikit. Kepala udang harimau agak nipis. So BW, listen!! Yang ni kompem udang galah hoccay! Huhu..

Besoknya pulak (Selasa), sepupu akak iaitu mak si A’e telah menggeletek nak pegi pulak menangguk udang sendiri.. Dan hasilnya…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Lagi AMPAT KILO!! SO total dua hari dekat 20kg la.. Alhamdulillah..

Dua orang member akak pon order sekilo sorang.. Mari kita timbang..

Bungkus siap-siap

Akak pun telah meletakkan beberapa keping gamba udang kat Instgram.. Dan berjaya mendapat 18 LIKES.. Kah kah…

So, tu jela cite raya cina dan udang akak.. So, kalo bagi kaki pancing tu, mehla datang kampung akak, Kg Kuantan Kuala Selangor.. Ada berani? Untuk umpan dan sewa sampan, bolehla call sepupu akak 017-386 7376 (Kak Kiah)

Daa…