Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Komik atau majalah apa yang uols masih ingat sampai sekarang? Macam akak, biasalah.. Majalah Bambino, Bujal, Kuntum, Gila-Gila dan ada la dua tiga lagi. Dulu harga murah giler kot. Rasanya tak sampai sehengget pon.

Kalau kat tempat akak, selalu beli majalah ni kat kedai Apparao kat pekan Rawang. Memang legend la kiranya kedai ni. Sampai sekarang rasanya kedai ni ada lagi. Hiks!

20130208-082049.jpg

20130208-082144.jpg

Majalah Bujal ni paling ingat, karakter dia pakai baju belang-belang putih. Pastu ada Wak Dogol dengan Karim. Pastu ada cerita bersiri yang bersambung-sambung sampai kita tak sabar-sabar nak baca siri seterusnya.

Dalam Bambino pulak ada cerpen, aktiviti, surat dari pembaca dalam ruangan Apa Kata Anda. Pastu ada apa lagi ye? Rasanya ada kuiz cari benda tersembunyi, mewarna dan macam-macam lagi. Maklumlah, dulu takde sekelian macam gajet Ipad, gTab, PS2 sume tu. Jadi aktiviti masa lapang budak-budak jaman dulu lebih kepada membaca komik selain daripada main baling selipar, konda-kondi, galah panjang dan lain-lain. Betoi tak?

Kalau diperhatikan kat kulit majalah, dorang dah letak macam salah satu adegan dalam siri komik tu. Saje je nak bagi kita berdebar untuk tau cerita selanjutnya. Kalau majalah sekarang, biasanya letak tajuk-tajuk artikel je.

20130208-082155.jpg

20130208-082207.jpg

20130208-082219.jpg

Nak lebih berilmiah sikit, bolehlah baca Kuntum dan Dewan Pelajar. Majalah ni ala-ala buku teks tambahan untuk mengasah bakat penulisan karangan. Yelah, biasanya dalam majalah Dewan Pelajar ni diisi dengan kandungan pembelajaran yang ada kaitan dengan apa yang kita belajar kat sekolah. Ada ruangan Bahasa Melayu, Sains, Matematik, cerpen, kuiz dan macam-macam lagi.. Kalau dah masuk sekolah menengah, kena up jadi Dewan Siswa pulak. Gituhhh… Dalam majalah ni jugak ada ruangan untuk berkenalan. Sape pernah hanta gamba kat ruangan ni? Jangan tipu! Mesti ada ni… Heehe..

20130208-082239.jpg

20130208-082316.jpg

Majalah ni pulak kalau nak release tension. Yelah, hiburan semata-mata. Paling legend mestilah watak Tiga Dara Pingitan, Ujang dan Aca. Pastu ada ruangan lirik lagu yang diubah sampai jadi kelakar. Haha nostalgia.. Dan yang paling ingat mestilah watak ni…

20130208-082335.jpg

PROFESSOR SERBA TAU! Kih kih

Ok daaa

3 Comments

  1. Pena Maya
    5:41 pm on February 8th, 2013

    lagi satu majalah ujang.. hehe

  2. alyn
    12:09 pm on February 20th, 2013

    bujal dan kuntum…hahhaa….. majalah wajib utk kanak2 time tuuuu

    Gila-gila… paling best 3 dara pinggitan…

  3. Ujie
    8:28 pm on February 20th, 2013

    Ingat tak majalah Al-Ain? Ni islamik sikit..