Yes!! Sampailah kita ke entry last akak kat Swiss. Alhamdulillah..
Ok, sambung lagi. Lepas dah naik ke bilik, berkemas-kemas, mandi dan bersiap, akak turun bawah untuk sambung bershopping kat pasaraya depan hotel. Kata dah pokai kan? Memang dah tak berapa nak ada duit dah, tapi semalam tak boleh tahan bila nampak ada sales kat pasaraya depan tu. Akak tengok ada baju yang harga lepas diskaun tinggal CHF3, CHF6, tu yang geram tu. Lagipun malam tadi akak dah ter’withdraw’ duit lagi..Opss!
ATM yang sememangnya sangat berbahaya.. Adoiii!
Pasaraya depan hotel
Moteeep McD dia kaler hijau? Shariah compliance sangatz.. Hik hik
Kebanyakan kedai dalam pasaraya tu bukak pukul 10 pagi. So, sementara belum bukak tu, kitorang round-round dulu, window shopping barang apa yang nak dibeli..
Kain ela pon ada
Akhirnya bila kedai dah bukak, mulalah akak memborong. Takdela banyak sangat sebenarnya. 4 helai je pon..
Haji Ramlan dan wife pun sama memborong jugak
Dah setel memborong baju-bajan, terus akak naik semula ke bilik untuk tukar vaju varrrruuuu. Kah kah.. Kampung betul. Ahhh lantak laa.. Hiks!
Lepas dah bersiap, bawak turun beg ke bawah, check out dan akhirnya jam 11.30 kami bergerak ke airport. Tak jauh pun, 11.45 pagi dah sampai.
Babai Swiss…
Sampai airport, macam biasa, kenalah check in dulu ye tak? Flight balik pun kitorang naik Emirates..
Best ke En. Joe? Hehe..
Selesai urusan check in, boarding gate dibuka pada jam 1.45 petang. Kena naik train dulu untuk ke terminal.
Akak dan vaju varrruuuu….
Sampai terminal, jalan-jalan sikit lagi sementara tunggu boarding..
Bagi chance la promote insurans rival – Zurich Insurance.. Hehhe..
Babai Swiss… InsyaAllah kalau ada rezeki, panjang umur, memang nak datang sini lagi..
Jom balik!
Emirates Airline – flight kami
Airbus A380-800. Dua tingkat okeh.. Tapi kitorang tingkat bawah je.. Huhu
Flight berlepas jam 2.30 petang (9.30 malam waktu Malaysia atau 5.30 petang waktu Dubai)
Malaysia dah malam daa…
Lepas dua jam terbang, kami dihidangkan dengan makanan tengahari (ke petang?)
Kambennnng..
Sempat caj henpon lagi
Connecting flight dari Dubai ke negara-negara lain
Serupa macam masa pegi, kitorang akan transit 4 jam dulu kat Dubai dulu. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 6 jam dan dijangka akan tiba di Dubai pada jam 11.30 malam (8.30 malam waktu Swiss atau 3.30 pagi waktu Malaysia)
Oleh kerana kitorang transit 4 jam kat Dubai, kitorang diberi voucher makanan dan boleh pilih nak makan apa-apa je kat airport tu. So, sampai je kat airport, collect voucher dulu..
Lapaaaaa..
Voucher makanan
Kat belakang voucher tu ada tulis rangkaian restoran yang boleh dipilih. Akak dan kawan-kawan lain malas nak pikir lagi, kitorang pilih McD je walaupun akak tengah boikot McD sebenarnya. Huhu..
Nak ke McD tu, kena naik train dalam airport tu untuk pegi ke Gate B..
Dalam airport Dubai – on the way nak pegi McD kat Gate B
Lepas dah pilih menu, jomle kita carik tempat duduk..
Harus diingat, dorang kat sana takde sos cili. Ada sos tomato je. Kalau pegi sana, silalah bawak sos cili sendiri ye..
Dah makan tu, kena tunggu lagi dua jam hoii! Penat duduk jelah kiranya. Dengan sejuknya dalam airport tu. Kejap-kejap akak baca buku cerita, kejap-kejap tido. Sampailah akhirnya pada jam 4 pagi, kami berlepas balik ke KL. Yahoooo…
Boleh online dalam flite okeh.. Tapi kena beli airtime.. Sejam USD7 kot. Kosserr akak nak beli. Macamlah bisnes juta-juta sampai nak kena online dalam flight, kan? Haha
Setelah terbang lebih kurang 7 jam lagi, sampailah akhirnya kami kat KLIA lebih kurang jam 3 petang (11 pagi waktu Dubai)
Alhamdulillah selamat sampai..
So, berakhirlah sudah perjalanan akak di Switzerland selama 7 hari 5 malam. Secara keseluruhannya, trip kali ni memang banyaaaaaaaaak sangat memorinya pada akak. Walaupun pernah bermain salji buat pertama kali masa kat Hokkaido 3 tahun lepas, tetapi kat Swiss ni lagi hilang akal sebab kiri kanan depan belakang semua saljiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii je. Ha gitu excited sampai panjang je harkat salji akak. Hiks!
Dan walaupun matawang Swiss yang tinggi dan akak takdelah belanja bermewah-mewah sangat, sekurang-kurangnya adalah jugak bawak buah tangan untuk family dan kawan-kawan. Lagi apa ye? Haa, melihat kerenah orang Swiss yang suka buat tunjuk perasaan dan mendengar cerita tentang peraturan negara mereka, memang sangat menarik perhatian akak. Menurut Sam, Swiss dah jauh bertamadun lebih 700 tahun sebelum kita sebab tu tak hairan negara mereka maju.
Walaupun begitu, pegi mana-mana negara pun, Malaysia jugak tetap di hati. Dengan makanan, cuaca dan sebagainya. Bak kata pepatah “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri”. Kan?
Akhir kata, terima kasih pada yang sudi baca bebelization akak sepanjang akak menulis tentang trip ke Swiss ni. Wassalam… π
7:12 am on January 10th, 2014
Wahh..best entry ni..byk membantu..tgh plan nk bercuti2 ke swiss juga ni nk bawa family..
Ada nasihat2 tak?
12:25 pm on July 6th, 2014
terima kasih banyak2 kak ujie kongsi pengalaman akak, membantu sy plan utk nxt trip saya, insyaAllah bulan oct ni π
10:46 pm on October 6th, 2014
interesting… gambar gambar yang menarik sangat.. membantu saya utk plan bercuti. thank a lot.