Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sambung lagi hari kedua di Bandung..

Subuh kat sana dalam pukul 4.45 pagi. So, siang pun cepat. Pukul 6 pagi dah macam pukul 8 pagi kat Malaysia. So, takdelah nak tegolek-golek lagi dah.

Pukul 7 pagi dah mandi dan terus turun sarapan.

20130713-205816.jpg

Mak akak dah ready untuk turun breakfast.

Lepas breakfast, kami ke Pasar Baru sekali lagi. Gila!! Ada je barang yang macam tak beli lagi. So! Lets!!

Kami naik teksi je. Share 4 orang. Sampai kat Pasar Baru, kedai-kedai baru nak bukak. Kitorang bajet nak shopping kat situ sampai pukul 11 camtu. Lepas tu, kononnya nak pegi Rumah Mode atau Toko Tiga. Ada jugak yang cadangkan pegi ke Cibaduyut – tempat menjual barangan kulit terkenal di Bandung. Apa-apa pun, jom tengok kegilaan di Pasar Baru..

20130713-210438.jpg

20130713-210459.jpg

20130713-210512.jpg

20130713-210526.jpg

20130713-210536.jpg

20130713-210607.jpg

20130713-210624.jpg

20130713-210636.jpg

20130713-210652.jpg

20130713-210700.jpg

20130713-210709.jpg

20130713-210720.jpg

20130713-210729.jpg

20130713-210742.jpg

20130713-210753.jpg

Tak cukup duit yang dibawak dari Malaysia, akak pegi pulak withdraw lagi kat sana. Hoiii melampau betul!! Pastu tengok akak tengah seret ape tu? Yaa!! Beg balik kampung okeh!! Senang nak angkut barang shopping katanya..

Lepas dah koma bershopping kat Pasar Baru, kami ambil keputusan untuk pergi ke Cibaduyut pulak. Saje nak tengok betul ke barang-barang kulit kat sana best-best. Kami ambil dua beca. Pejal naik dengan mak akak. Akak naik dengan Haninah. Beca ni memanglah senang, tak macet. Tapi tambangnya agak mahal.

20130713-211241.jpg

20130713-211222.jpg

20130713-211307.jpg

20130713-211319.jpg

20130713-211336.jpg

Tak lama tu, sampailah kami ke Cibaduyut. Mak akak beli kasut sepasang. Pejal dan Haninah pun beli. Akak je tak berkenan, so tak beli apa-apa kat situ..

20130713-211514.jpg

Dari Cibaduyut, kami dihantar pulak ke satu lagi tempat shopping. Apa nama entah, akak tak ingat. Kat situ takde membeli apa-apa pun. Dah penat sangat rasanya. Rasa macam nak balik hotel je. So, dari situ kami naik angkutan balik ke hotel.

Oleh kerana angkutan tu tak lalu depan hotel, kenalah pulak kitorang jalan kaki. Boleh tahanlah jauhnya. Sempat pulak singgah makan kat warung Nasi Padang. Ahh belasah jela..

Lepas makan, jalan terus sampai hotel. Fuhh!! Lenguh-lenguh kaki. Sampai hotel dalam pukul 3 macam tu. Terus terbongkang tido. Lepas Maghrib barulah kami keluar makan. Mak akak tak ikut, akak belikan je makanan untuk dia.

20130713-212101.jpg

Lepas makan malam, kitorang jalan lagi kat kedai-kedai outlet sepanjang Jalan Riau tu. Kalau iman tak kuat, memang boleh terpedaya membeli lagi.

Dah takde ape nak dibeli, teruslah kami balik hotel.

20130713-212322.jpg

Sampai kat bilik, mak akak tengah tengok sinetron..

20130713-212442.jpg

Mak akak tanye “TV 9 tak dapat ke dik?“. Ahhahaha… “TV9 tu TV kat Malaysia la mak. Kita ni kat Indon

Dalam pukul 10 akak dah terbongkang tido!

Besoknya tu, pukul 7 pagi kami dah turun breakfast. Cer teka hari ketiga tu kami nak pegi mana? Ye…… Pasar Baru sekali lagi!!!! Hilang akal hoiii!!!

Kami ada masa sampai pukul 12 sebelum check out. Ada yang pegi jalan-jalan area hotel je. Ada yang sewel macam kami, tetaplah jugak nak ke Pasar Baru. Hadoiii!! Orang Bandung pon salute tengok kami. Heehee..

Oleh kerana hari terakhir kami di Bandung tu hari Isnin, so, kedai-kedai kat Pasar Baru tu masih belum banyak dibuka. Tak macam hari semalamnya. Yelah, hari orang bekerja. Takdelah ramai sangat yang nak bershoppingnya.

End up, takdelah memborong sangat pun. Saje jalan-jalan je. Kill the time bak kata omputeh. Kitorang pegi tu ke Pasar Baru tu, berenam orang tapi bila sampai sana, semua dah berpecah-pecah. Last-last akak dah tak nampak kawan-kawan yang lain dah. Bila akak call, semua masuk voicemail. Akak ajak jelah mak akak balik hotel. Kang kena tinggal, naya je!

Kami balik ke hotel, naik angkutan. Jimat tapi kenalah jalan sikit. Tak kisahlah, pagi lagi.. Hari pun tak panas..

20130713-213346.jpg

20130713-213405.jpg

20130713-213420.jpg

20130713-213432.jpg

20130713-213453.jpg

20130713-213511.jpg

Sampai hotel, terus naik ke bilik amik beg turun ke bawah. Sempatlah timbang beg masing-masing. Yelah, naik Air Asia. Maximum yang travel agent bayar untuk 20kg pertama je. Lebih kalu, bayo sendiri. Nasib baik akak berdua dengan mak akak. Dapatlah 40kg.

20130713-213753.jpg

Pejal dikelilingi beg!! Gilo banyak!

Lepas setel urusan check out, kami bergerak meninggalkan hotel untuk ke airport. Tapi sebelum tu, kami dibawa dulu ke gedung makanan terkenal di Bandung iaitu Kartika Sari untuk menghabiskan saki-baki duit yang ada..

20130713-213955.jpg

Kat sini biasalah. Kalau tak beli brownies bakar, memang tak sah. Mak akak memula tanak beli ape-ape. Bila akak dah tanye dua tiga kali, wahhh!! Dia pun sama naik memborong. Untuk kawan-kawan katanya. Hehe

20130713-214158.jpg

Bila dah confirm bankrap, akhirnya barulah kami dibawa ke aiport. Huhu..

Flight kami pukul 3.30 petang, dan tiba di LCCT pada jam 6.30 petang waktu Malaysia (rugi sejam). Bayar parking – RM120, baliklah kami ke Kota Damansara.

Sampai Kota Damansara lebih kurang 8.30 malam. Mak akak tido satu malam lagi kat umah akak..

So, ni jelah cerita Bandung akak kali ni. Alhamdulillah, akak happy bila tengok mak akak happy. Best bila dapat bawak dia berjalan. Hehe. Ok, daaa…

P/S : Psssttttt!! Akak dah qualify satu tiket untuk trip PruBSN ke Italy/Umrah tahun depan. Doakan akak dapat second ticket. Boleh bawak mem besar tu jalan-jalan lagi