Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sambung lagi.. Walaupun dah basi.. Ada aku kesah? Hahhaa…

Ni kejadian pada 14 April 2015. Ye, 2015. Bukan 2016. Anda tidak tersilap baca..

Lepas je brekpes pagi tu, kami di bawa untuk merasai pengalaman menaiki unta atau menunggang ATV. Kira kita boleh pilihlah nak mana satu. Akak pikir-pikir, ATV ni kat Malaysia pon boleh rasa. So, akak pilih naik unta.. 😀

 

 

 

Sebelum tu, kami diajar untuk mengikat serban penyamun ni. Ada macam-macam cara. Nak terjuntai ekor pon boleh. Nak lilit abes pun boleh..

Ni rupa yang akak pilih…

Ana “Penyamun Fadang Fasir”

Dengan penyamun sorang lagi.. Hiks!

Nak naik unta tu, kitorang kena naik kat area perumahan penduduk tempatan Morocco. Memula kena naik bas. Perjalanan tak jauh. Rasanya dalam 15 minit camtu. Lepas dah turun dari bas, kena jalan kaki pulak sebab kawasan perumahan tu, bas pelancongan tak boleh masuk. Best jugak sebab lalu kat tepi-tepi rumah dorang.

Kamilah penyamun di dalam negeri..

Memang cenggini jelah rupa dia. Mendatarrrr je kawasannya..

Fokok kurma. Ye ke?

Moteeep kat sini pun akak nak bergambo?

Kompem fokok kurmalah…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

So, akhirnya kami sampai ke salah sebuah rumah contoh penduduk tempatan. So, bolehlah bayangkan ape rupa dalam rumah dorang…

Ni tak ingat ape. Macam tempat nak bersolek je… Hihi..

Ruang tamu

Gittew..

Bunga kat halaman

Tempat lepak

Fountain

Takyah cat.. Setel..

Apa ni eh? Hmm.. Nak kata bilik air, takde pulak paip..

Sauna kot?

Ni rasa oven. Tempat bakar kambing. Hahha.. 

Yang pasti bukan jamban

Sempatlah kami dihidangkan dengan teh Morocco. Tapi Nauzubillah punyelah manis. Memang pakej potong kakilah sape minum… Huhu..

Tukang buat teh

Teh dia campur dengan daun pudina

Tengok gula yang dia nak masukkan. Fengsan!

Ni Tok Aji tengah explain pasal teh 

Serbuk teh

Lepas dah minum apa semua, barulah kami dibawak ke tempat naik unta. Kat area situ je. Setiap orang dapat seko unta. Yang hazab masa memula nak naik tu. Kita duduk antara bonggol dia tu kan. Pastu masa unta tu memula nak berdiri, memang rasa pinggang ko dilipatlah. Sebab nak ikut lenggok dia masa berdiri tu. Cemas gak kalau jatuh ke. tak pepasal lumpuh. Nauzubillah!

 

Unta-unta ni diikat antara satu sama lain dalam 7-8 ekor. Kiranya satu ikat ni, satu kumpulan lah. Pastu ada sorang tukang jaga kat depan pegang tali. Perjalanan kami dengan unta ni mengambil masa lebih kurang 30-40 minit camtu ke tempat memula belajar ikat serban tu.

Haa, ada tukang pegang tali kat depan sekali

Nampak kambing biri-biri

Seb baik ada bantal. Idokle sakit vontots

Peace!

Apentah nama bebudak ni..

Macam akak cakap tadi, kami lalu sebelah-sebelah rumah orang. Kalau ada tuan rumah, kita tak boleh amik gamba. Dorang tak suka. Baiklah.

Ada rumah yang nampak macam orang ada-ada. Ada jugak yang macam golongan marhaen.

 

 

 

 

 

 

 

 

Dia marah sebab akak amik gambo.. Huhu

 

Ni kategori orang ada-ada la ni..

Rumah ongkaya

Ala-ala rumah kat Tropicana gitu

Humang aii bosa umah eh

Ni pokok zaitun kot

Rumah blom siap

Cantek kan?

Kambing biri-biri

Rumah dia sepesen je..

Lepas dah hampir lumpuh dan kengkang, sampailah kami ke tempat memula tu.

 

Serius rasa macam dah tak boleh berjalan lepas tu. Yelah, badan unta tu kan besar. Nak kena mengangkang kat atas tu. Hahahahadoi! Nak turun dari unta pun satu hal…

Senyum sambil menahan kengkang. Hahaha..

Walaupun kengkang, pengalaman naik unta tu memang best sangat. First time experience katanya..

Setel naik unta bagai, dah dekat tengahari. Kami pun dibawa untuk pergi lunch. Hari kedua ni, kami makan di Baraka Restaurant.

 

 

Jalan sekitar restoran

Selpie sket

Dah makan, kami dibawa pulak ke farmasi Argan Oil. Semua pakat memborong minyak argan dan segala macam produk yang dibuat dari minyak argan ni. Tapi macam kita tau, minyak argan ni memang mahal sikit dan ofkoslah khasiat dia macam-macam. Tak silap, kalau beli kat sini, sebotol kecik pun dekat RM80 kot.

 

 

 

Lepas memborong minyak argan, kami diberi masa untuk shopping kat Djemma El Fna Square. Akak beli pinggan cantek sangat. Tapi hadiahkan kat member akak. Kat sini jugak akak sempat pos poskad untuk diri sendiri. Cam biasalah kalau pegi obersi. Mesti nak pos poskad sekeping yang ada cop pos negara tu. Huhu..

Setel shopping, balik ke hotel untuk berehat kejap sementara nak tunggu untuk PruBSN Gala Dinner.

Dah mandi-mandi dan berehat, lebih kurang 5.30 petang kami diminta turun. Bila turun je hotel, nampak berderet-deret keta kuda. Waweeeee… Bestnya.

Satu keta kuda boleh naik dalam 4-5 orang. So, antara hotel nak ke tempat dinner tu, kami naik keta kuda hoccay. Best woii.. Jalan sekali dengan keta lori bas semua atas jalanraya. Yang best, berangin je.. Huhu..

Dalam setengah jam gak naik keta kuda tu, akhirnya sampailah ke restoran Morocco “Dar Essalam”.

Luar restoran

Dalam restoran

Masa Gala Dinner ni, macam biasa ada persembahan. Layan gak. Lepas tu, ada penyampaian sijil untuk qualifier. Alhamdulillah, kali ni kali kelima akak qualify trip PruBSN.

Nyampah, Pejal amik gamba gegar.. Cis!

Lepas Gala Dinner, kami pun balik hotel. Masa balik, tak naik kuda dah. Kita naik bas. Kang tak pepasal kuda kena langgar dek bas jalan malam-malam. Hihi..

No Comments :(