Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Hello uols!! Sementara mood nak tulis pasal trip ke Brunei sampai, akak tetiba gedik nak buat contest yang tak berpekdah. Masa last akak tengok visitor counter kat sebelah kanan ni tadi, dah sampai 199,897. So lagi sikit nak cecah 200,000. Kalo sampai pukul 12 malam ni ada 103 orang yang membuat lawatan, maka cecahlah 200,000 tu malam ni. Kalau tak, maybe awal pagi besok la kot.. Lagipun visitor akak hari-hari pun bukan ramai. 300 lebih je. Kadang-kadangla cecah 400.. Kih kih..

So, contest dia tak lain tak bukan, sape dapat print screen visitor counter yang ke 200,000, akak akan bagi hadiah. Kalo dulu, masa captured 100,000 pemenangnya adalah Haris dan akak bagi hadiah RM50, maka untuk 200,000 ni, akak bermurah hati untuk upkan hadiah jadi RM100!! Oke tak?

So, macam dulu gak, sila print screen visitor counter yang ke 200,000 dan anda berpeluang memenangi 100 hengget dari akak. Sila email gambo yang diprint screen/amik guna henpon ke email akak ujie@ujie.com. Pemenang adalah muktamad. Kalo ada dua orang yang captured nombor yang sama, akak akan pilih yang email paling pantas dan tuntas.

Oret, akak menanti dengan penuh debaran.. Daaaaa… *start korek tabung ayam..

Update 15 November 2011 : Blom ada sape-sape submit lagi Kisah Sedih 11-11-11. Sama ada entry ni tak laku atau memang takde benda-benda sedih yang berlaku. Wakakaka… Jimat teket wayang ahkak.. Hiks

Ada member saya, Boboi (bukan nama sebenar) memekak-mekak soh buat contest sempena tarikh yang cantik lawa arini. Sebok je kan nak mencapap kat blog orang? Buatla blog sendiri :-p

Okla, sebagai tak menghampakan beliau, kita ikutkan ajela. Ni tajuk contest pun, dia yang bagi iaitu Kisah Sedih 11-11-11. Keji gila tajuk dia. Sebab dia cakap, kebanyakan orang ada cite yang best-best je untuk tarikh ni. Contohnya, tarikh nikah la, tarikh beranak (ada yang sanggup bersalin operate sebab nak dapatkan tarikh hari ni), tarikh bertunang dan sebagainya. Tapi mungkin jugak, ada orang yang tarikh hari ni sepatutnya menjadi satu hari yang menggembirakan untuknya tetapi tak kesampaian. Contohnya saya sendiri. Konon-konon nak menikah hari ni tapi apakan daya, kita merancang, Allah yang menentukan. So, lepas ni saya nak pilih tarikh 12-12-12 plak..Hiks!

Ok, caranya mudah je. Hantarkan cerita anda yang bertajuk Kisah Sedih 11-11-11 ke email ujie@ujie.com. Panjang karangan, tak kurang 100 patah perkataan. Okla tu kan, tak panjang sangat tapi kalo lagi panjang, lagi bagus. Kalo nak bubuh gamba, kita bagi extra marks. Jurinya, sudah tentu si Boboi Gila tu. Dah dia yang nak sangat kan? Huhu. Hadiahnya, berupa 2 Teket Wayang FREE! Tetapi! Ada syarat. Cerita ni mestilah kisah benar. Kalau tipu dosa, mati seksa! Ingat tu! Huhu..

Tapi saya ada bagitau Boboi, reader blog saya ni tak ramai. Dalam 300 orang je camtu. Bukan beribu-ribu pon. Kang buat malu je takde sape nak amik bahagian. Haha.. Tapi, mamat tu siap dah sms-sms, kita layankan je la. So, korang yang baca entry ni, rajin-rajinla email cerita korang kat saya. Sape tau, peserta contest ni dua orang je yang anta, saya bagi dedua sekali hadiah teket. Haha, nampak sangat bukan blog glamer.

Oh, lupa.. Tarikh tutup? Ok, kita kasi sampai Jumaat depan (17-11-11). Seminggu tu… Kalau dua peserta gak yang anto, tataulah haku. Kah kah..

Okla, selamat mengarang.. Ingat.. Ni hadiah dia..

 Hadiah yang bakal dimenangi oleh Kisah Paling Sedih 11-11-11