Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Kisah 16 April 2015. Mohon jangan kecam. Ye, dah masuk 2017. Citer tahun 2015 tak habis-habis lagi.. Ni lah dia kesan penggunaan FB sampai blog pon bersawang. So sad..



Ye, pagi di Fez. Sarapan kat hotel macam biasa dan ini pemandangan cantik dari bilik akak..







Walaupun semua gambar macam sama je semua, tapi suka sangat! Lawa ohoii!

Ni pulak gamba-gamba kat bawah hotel. Dah lepas brekpes, semua menggelupur nak amik gamba. Heehee..






Rupa hotel kami









Bersama CEO (sekarang ex-CEO) Mr. Azim dan keluarganya

Untuk pengetahuan, Fez merupakan bandar ketiga terbesar di Morocco selepas Casablanca dan Rabat.

Aktiviti pertama hari tu, melawat Royal Palace of Fez (Dar el Makhzen). Istana di Raja ni ada 7 pintu utama yang diperbuat daripada pokok kayu cedar dan juga tembaga.

Jom tengok gamba-gambar sekitar Royal Palace ni..










7 pintu utama


Cantek kan?


Dah kenapa En. Shahrul (CDO) berdoa depan gate istana ni? Hiks!











Lepas dah melawat Royal Palace, kami naik bas semula dan dibawa pulak melawat kota purba Fez…



Dalam perjalanan….

Yeay, sampai…

Kota purba Fez atau dipanggil Old Medina ni telah diisytiharkan sebagai tapak warisan UNESCO, telah wujud sejak abad ke-8 dan masih kekal sampai hari ini.. Dalam kota ni ada pasar. Jalan-jalan dalam pasar ni pulak terdiri daripada lorong sempit dan kalau takde tour guide, memang konfem sesat sebab memang nampak samaaa je..

Old Medina ni juga merupakan wilayah urban bebas kenderaan bermotor terbesar di dunia. Bila masuk je kawasan pasar di Old Medina ni, memang tak jumpa dah kenderaan bermotor. Yang ada keldai dengan kuda je.

Kalau nampak gambar kat bawah ni ada motor dengan kereta, yang ni kat luar daripada kawasan pasar tu.



Keldai menjadi kenderaan pengangkutan utama di Old Medina

Pintu masuk kota purba Fez

Macam tak semenggah je rupa dia kan?






Antara yang dijual dalam pasar..


Apentah ni..

Siput









Jeruk


Ayam pun hado






Moteeep kau meow tido kat sini?


 

Dalam kota purba ni jugak ada University al-Qawariyyin, dipercayai universiti tertua di dunia yang menjadi tempat menuntut ilmu para ilmuan dan karyawan Islam terkenal.

Selepas kami menyusur jalan yang tak berapa luas, sampailah akhirnya ke Universiti al-Qawariyyin. Celah-celah pasar jugaklah kiranya..

Universiti al-Qawariyyin yang diasaskan oleh seorang wanita iaitu Fatima al-Fihri pada tahun 859, pada mulanya adalah masjid dan dijadikan madrasah dan masih kekal beroperasi sampai sekarang.

Binaan dia tersangatlah cantek. Kata tour guide, dulu bangunan ni biasa je tp bila student-student universiti ni dah grad dan kerja dalam bidang yangg bagus-bagus macam lawyer, engineer, doktor, menteri dan sebagainya, maka dorang pakat-pakat derma utk cantikkan universiti dorang. Rekaannya terdiri daripada kayu, marmar dan mozaik. Memang kagum giler tengok ukiran-ukiran dan senibina bangunan tu..

Antara alumni yg pernah menuntut kat universiti tu ialah:

• Ibn Khaldun – Ahli sejarah
• Maimonides – Ahli falsafah Yahudi
• Muhammad al-Idrisi – Ahli geografi
• Muhammad Taqi-ud-Din al-Hilali
• Abdullah al-Ghumari
• Imam al-Bannani
• Pope Sylvester II – Pope Leo Africanus
• Nicolas Cleynaerts
• Jacobus Golius – Orientalis Belanda and ahli Matematik
• Abd el-Krim el-Khattabi
• Allal al-Fassi

Jom kita cekidaut apa rupa universiti ni…



































Lepas melawat universiti tu, kami dibawa pula melawat pusat kraftangan barang-barang tembaga. Akak tak beli pun. Amik gambo je.. Heehee..


Dia ketuk-ketuk benda ni, pastu nanti jadi ayat Al-Quran. Kagum siot..


Antara yang dah siap untuk dijual























Dah sudah tu, kitorang keluar dari Old Medina dan dibawa melihat panorama seluruh bandar Fez dari atas sebuah bukit.

Bandar yang didiami lebih kurang 1.7 juta orang ni memangla padat. Ia juga merupakan kawasan yang dikenali sebagi “Jewish Area”. Pastu akak tepikir, Yahudi ni nak jajah tempat yang lawa-lawa je. Palestin lawa, dia sapu.. Pastu Fez lawa, dia nak jugak Keji kan..









































Walaupun ada agaknye gambar berulang, ada aku kesah? Akak nak share gak. Sebab lawa gilz… Dengan angin sepoi-sepoi Bahasa Arab atas tu. Hiks!

Dah puas poyosing atas bukit tu, kitorang dibawak pulak melawat satu lagi pusat kraftangan. Tapi kali ni tembikar pulak..








Tangine yang belum siap. Masih dalam proses.





Tempat pembakaran tembikar






Ni biasanya untuk hiasan dinding








Dah setel kat kraftangan tembikar, perut pun dah lapar.. Mohle kita lunch.. Kali ni lunch kat La Maison Blance Restaurant. Cantik sangat senibina restoran dia. Tapi akak terlupa kenapa akak tak amik gambar makanan. Mungkin sebab sama je macam makan kat restoran lain kot. Ataupun sebab laparr?? Huhu..



Lepas makan, kami dibawa sekali lagi melawat pasar. Tapi kali ni, pasar yang jual barang-barang kering pulak. Kat sini la kami cari cenderamata.




Pintu besar nak masuk pasar ni sama jugak cuma lorong berbeza. Kali ni lorong dia lebih luas sikit daripada pasar basah yang kami masuk sebelah pagi.




































Dah setel beli serba sedikit, haaa, kali ni kami dibawa ke tempat menjual barangan kulit. Sape pernah tengok National Geographic, satu dokumentari tentang kilang ni pernah dipaparkan.

Sampai je kat kawasan ni, Ya Allah! Busuk ya hamat. Mana taknya, kulit kambing, kulit lembu yang siap dilapah, akan dijemur. Dah dijemur, diwarnakan pulak. Lepas tu, nak bagi tahan lama, diawet pulak dengan tahi burung merpati. Fitammmss…



Ni gambar dari National Geographic punye website

Cubaan meniru tak berapa menjadi.. Hihi

Tatau la ni warna ke taik burung ntah.. Sabo jelah

Beg kulit kambing yang akak beli dengan harga 100 euro. *Nanges!

Kat kilang barangan kulit tu, sampai ke petang jugaklah.. Dah puas mengabeskan duit kat situ, akhirnya baru la terasa lapar. Terus kami dibawa untuk dinner. Nama restoran tu La Maison Blanche Restaurant. Gituhh!

Setel makan, barulah reti balik hotel. Penat siot.. Satu hari suntuk berjalan..



Tangine perhiasan yang dibeli. Menyesal tak beli tangine yang besar tu. Boleh buat kukus ayam..

Ini pulak kejadian pada 15 April 2015. Masih cite tahun lepas. Ngeh ngeh…

Macam biasa, pagi tu breakfast kat hotel.. Lepas dah breakfast, amik gamba dulu kat sekitar hotel. Hari ni hari last kat Marakesh sebab lepas ni kitorang akan travel ke satu bandar lagi di Morocco iaitu Fez.




Kak Liza yang cumil






Jarak antara Marakech ke Fez hampir 600km. Memang kematu lah duduk dalam bas..

 



Lebih kurang sejam lebih dalam bas, kami pun berhenti minum kat RnR..

Mint tea


Dah minum-minum dan ke toilet, mehla kita teruskan lagi perjalanan kita.. Sepajang perjalanan memang pemandangan cenggini jelah. Pokok zaitun, bangunan dan rumah-rumah petak-petak.







Dalam perjalanan ke Fez, berhenti makan tengahari pulak kat Rim Atlas Restaurant. Macam kat rumah teres je nampaknya. Boleh tahan lawa gak senibina dan perhiasan kat dalam restoran ni. Siap ada fountain bagai depan restoran.


Tempat lepak dan sapkok.. Heehee..







Rupa biasa bagi makanan Morocco. Tapi kali ni boleh tahan sedap gaklah sebab ayam dia tu macam ayam kukus.



Bapak besau limau ni..

Lepas makan, kami kena berjalan kaki sikit untuk ke bas. Lalu depan umah penduduk tempatan. Depan umah siap ada tanam pokok limau. so agak jakun di situ.

Ini pokok bunga kertas ye. Bukan pokok limau. Hiks!


Haa… Ni barulah pokok limau.

Lepas tu, berhenti solat dan seterusnya kitorang melawat Ain Asserdoune yang terletak di Beni Mellal. Beni Mellal ni kedudukan dia agak pedalaman tapi mujurlah bandar ni berada di laluan utama yang menyambungkan antara Marakech dan Fez. So, at least ada lah jugak orang singgah.

Tempat ni best sebenarnya sebab ada taman, ada sungai, ada air terjun tapi tak surelah air terjun buatan ke memang air terjun asli. Tapi memang redup dan sejuklah kat sini. Suke! Pastu dari bawah, kita boleh nampak ada kubu yang dibina kat atas bukit iaitu Kasbah Ras el Ain.

Lets strike the pose! Gittew..







Ramai gak pelancong datang sini. Rasanya penduduk tempatan pun ramai sebab boleh berkelah. Best!

Bersama tourist guide. Lupa dah nama dia









Dah puas bergambo, kami meneruskan lagi perjalanan yang macam tak sampai-sampai gak tu..




Siap ada corak Allah yang dorang buat kat atas bukit..

Nikmati jelah pemandangan nak ke Fez ni ye…

Sungai yang dah cetek airnya..






































Hampir 10 jam perjalanan, tak sampai2 jugak hoi.. Sume dah resah gelisah. Ada yang nak terkucil la, apelah.. Aduii menyeksa jiwa raga btoi.. Akhirnya bas kami singgah kejap kat satu tempat ni. Tak sure la ape namanya. Tapi ada cafe-cafe kecik. Pastu ada pulak monumen singa.






Cafe dia cantek okeh. Kami sempat beli kek. Comel dan sedap pulak tu..








Hmm… Dappp…


Lepas dah mengopi, teruskan lagi perjalanan. Bila tanye driver, macam dah nak sampai sangat dah. Tapi tak sampai-sampai jugak. Masa tu dah malam dah. Gelap betul jalan.. Aduyai.. Bas satu lagi (kami dibahagikan kepada dua bas) dah tak nampak dah. Mungkin dah sampai hotel.

Akhirnya, selepas mengharungi perjalanan lebih 10 jam, barulah kami sampai ke hotel. Perut masing-masing dah berkeroncong. Tapi akak larat makan roti je. Dah tak selera nak makan benda lain. Penat punye pasal!

Setel dinner, naik ke bilik. Tengok bilik lawa, hilang terus penat. Akak dapat duduk bilik sorang-sorang je. Best, boleh conquer satu bilik!! Hiks!

Masa ni dah tak ingat antu ke jembalang ke, yang aku tau nak tido! Hahaha.. Oke, gunite!