Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sampai tiga part katanya. Apa nak buat, memang pesen akak suka membebel. So, cite pendek jadi panjang. Hak hak..

Takpela, mehla kita sambung episod Cintaku Tertumpah di Dunia Dua Benua : Hari III Part II ye. Sebab akak tau, korang mesti nak tau cite pasal akak kena tahan dengan kastam Turki. Nak gelakkan akak la tu.. Cis!!

Oke, kami tiba di Domestic Airport Ankara lebih kurang jam 4.30 petang. Seperti biasa, kenalah lalu pemeriksaan kastam dulu..


Beratur untuk pemeriksaan kastam


Tetiba sampai giliran saya lalu kat body scanner tu, tetiba bunyi “Tett!! Tett!! Tett!!“. Dah cuak gak, apekebenda aku bawak ni. Tali pinggang memang tak pakai.. Dah la sebelum ni dorang suruh saya bukak topi yang saya pakai sampai paksa-paksa tapi saya tak nak. Saya cakap “Cannot, this is hijab“. Haha hijabla sangat. So, masa tu lepaslah. Tapi yang kali ni berbunyi memang tak lepas. Dah lalu sekali lagi pun sama. Last-last, pegawai kastam tu cakap “Take off your shoes!“. Fine, dengan terkesip-kesip, akak pun bukak kasut Pua Chu Kang tu dan lalu lagi sekali kat scanner tu. So, sukses!! Agaknya kat kasut tu banyak benau tali. Tu yang sangkut tu..

Best gak dapat bukak kasut. Baru lega kaki. Padan muka! Mengambil sangat konsep BEAUTY IS PAIN kan? Rasalah kau pakai boot Pua Chu Kang tuh sampai nak jalan pun dah macam Si Cecep.. Haha gelakkan diri sendiri..


Boot Pua Chu Kang yang didetect sebagai object berbahaya


Lega kaki ku..


Lega dalam cuak.. Jahat bebudak ni amik gamba iols

Lepas dah setel dengan kastam, masing-masing dapat tiket flight sorang satu. Masih menggunakan perkhidmatan Turkish Airline dari Ankara ke Istanbul. Tataula ada flight lain tak selain Turkish Airlines ni..


Teket

Sambil menantikan waktu penerbangan pada jam 6.15 petang, kitorang jenjalan dulu dalam aiport tu. Sempatlah saya beli fridge magnet lagi.. Henpon pulak abes bateri, so memula nak caj guna mesin ni, tapi malas pulak nak berdiri tegak kat situ, so kensel!


Mesin pengecaj henpon

Dan Alhamdulillah, rezeki saya murah lagi kat airport ni. Ada pulak lagi sorang brader nak belanja askrem. Kecik tapak tangan, nyiru hamba tadahkan. Wah gitu…


Chocolate fountain


White chocolate pulak..


Askrem Choc’nette.. Brader baju biru – Mejar Muhammad ni yang nak belanja..Tengkiu Mejar!


Choc’nette %100 gercek cokolata oldugunu biliyor musunuz! Tah hape maknanya ntah. Tapi sila baca dalam loghat Kelate. Mesti comel bunyinya.. Hiks!

Satu kon askrem ni berharga 8 Turki Lira atau lebih kurang RM14. Memula dia letak pisang, pastu strawberry dan buah apetah lagi. Pastu baru dia tuang dengan coklat. Nyam nyam gakla rasa dia..


Ni la rupa askrem tersebut


Flight berlepas tepat jam 6.15 petang. Tak lama lepas terbang, kami dihidangkan dengan kudap-kudapan berupa roti dan air. Belasah je la..


Jom piknik!


Model iklan ubat gigi. Kejih!!


Turkish Airlines – Europe’s Best Airline katanya..

Satu jam kemudian, akhirnya kami tiba di Istanbul..


Pemandangan malam di Istanbul dari dalam flight



Dah terasa kesejukan malam di Istanbul. Tu yang berkelubung tuh..


Bas yang akan membawa kami ke terminal


Fennuh…


Cantekkan pompan ni?

Sampai je kat terminal, masing-masing sibuk tunggu luggage masing-masing keluar. Lama gakla nak menunggunya..


Bersembang sambil tunggu luggage

Destinasi pertama kami di Istanbul ialah MAKANNNNNNNNN!!! Haha lapa weh…

Tempat baru, bas baru, driver baru. Group masih sama. Ada 3 group – A, B, C. Saya ditempatkan di Group B..Kalau masa trip ke London/Paris tahun lepas, kami diasingkan di antara bas untuk orang bujang (bukan bujang belum kawen je, tapi yang pegi secara solo/tak bawak spouse) dan jugak satu bas untuk pasangan suami isteri. Tapi trip ke Turki kali ni, dorang campur je. Bagus jugak macam ni. Kalau tak tu, macam terasing je..

Untuk makan malam, kami dibawa ke Mykonos Seafoood Restaurant yang dikatakan mempunyai persekitaran cantik dan menarik. Mari kita buktikan!

Dalam perjalanan menuju ke restoran tu, sempatlah saya amik beberapa gambo dari dalam bas..


Jalan yang agak jem


Cantek kan lampu?

Kami diturunkan di tepi jalan dan kena melintas untuk sampai ke lokasi restoran. Sinan dah bagi amaran kepada kami bahawa pemandu di Turki agak keji. Lampu merah pun dorang belasah je jalan. So, kena berhati-hati masa melintas.


Ready nak melintas

Sukses akhirnya.. Untuk menuju ke Mykonos Seafood Restaurant tu, kami perlu melintasi deretan restoran yang lain. Memang meriah. Dengan lampu yang menjadi hiasan setiap restoran, ada pulak alunan lagu dari restoran-restoran tersebut. Agaknya tempat ni jadi tempat lepak orang-orang Turki lepas balik keje kot. Kasi mabok-mabok teh tarik secawan dua, baru balik rumah. Begitu akak memfitnatun mereka..


Meriah sekali lampu dia.. Rasa macam kat The Curve


Rombongan Cik Kiah datang nak makan




Menarekksss.. Bukan orang tua tu.. Lampu okeh..

Seperti biasa, akan jumpa meoww gemok dan gebu…


Comel betul rasa nak terajang! Haha


Baik pulak tu.. Nampak je macam garang meow ni..

Masuk je dalam restoran, kami diminta naik ke tingkat atas restoran. Fullamak! Bukan main romantis lagi lampu dalam restoran tu. Memang seswaiii sangat kalau nak bercandle light dinner. Oleh kerana saya takde pasangan, maka bercandle light dinner lah hakak dengan mamat-mamat ni semua… Huhu..


Kasih sayang I pada uols berempat sama rata okeh.. Hiks..Kataku sambil cubaan menutup dagu berlapis..


Cam biasa, santapan pertama adalah daun.. Uwaa… Nak nanges!!


Roti bentuk ikan


Sup dan roti


Nasik


Calamari ring

Ada pulak budak yang sempat jual tarbus dalam restoran ni..



Beli..Jangan tak beli…


Ikan makarel bakar dengan sambal yang boleh tahan sedap

Ikan ni agak besarla jugak. Macam saiz ikan cencaru. Agaknye ikan makarel dalam tin tu, anak dia kot. Sebab tu kecik..


Lepas makan lebih kurang, saya malas nak tunggu pencuci mulut, terus saya turun dan keluar dari restoran. Best gak kalo amik-amik gamba kat luar..


Kat luar restoran


Fountain yang ada kat perkarangan kawasan restoran tu. Kaler lampu dia akan bertukar-tukar


Merah pulak..



Menu.. Ni restoran lain punye…Hihi


Lampu tak abes-abes


Rombongan kami yang sibuk bergambo

Lepas dah makan, kami menuju semula ke tempat mula-mula kami diturunkan dari bas. Kat kawasan tu sebenarnya terdapat pasar basah yang menjual ikan-ikanan, sotong-sotongan, lobster-lobsteran dan sebagainya. Memang meriah! Kami diberi masa lebih kurang 15 minit untuk melawat pasar basah tu. Bukan nak beli ape-ape pun. Saje jalan-jalan tengok-tengok. Ko gila nak beli ikan bawak balik hotel? Kan? So, mari kita saksikan apa yang ada di pasar tersebut. Lets!


Ikan yang terdampar sepi..


Lu langsi, lu mati! Gua rodok dengan muncung todak ni! Begitu cubaan akak menjadi samseng..



Lawa-lawa ikan dia..

Sebenarnya ikan dia macam biasa je. Macam kat pasar kita kat sini jugak. Cuma presentation dia menarik. Mungkin salah satu cara menarik pelanggan. Teringat masa saya pegi pasar basah kat Hokkaido dulu pun sama. Dahla presentation ikan menarik, air tak menjejeh-jejeh, tak berbau busuk macam pasar borong kita. Cemana kita nak buat macam dorang eh?


Pengacara Rancangan Jalan-jalan Carik Ikan


Sayur-sayuran



Lobster-lobsteran


Bersama pakcik jual ikan


Seram tengok ikan yu sebesar orang ni.. Yang berjuntai kat mulut dia tu, janggut sotong yang menjadi aksesori beliau..

Memang best la pasar dia. Tu pon dah nak tutup. Kalau siang, mesti lagi best..

Selesai makan dan berjalan-jalan di sekitar pasar, kami di bawa ke hotel yang akan menjadi tempat penginapan kami selama 3 hari di Istanbul sampailah hari terakhir sebelum balik ke Malaysia iaitu Conrad Hotel & Resort Istanbul. 5 star katanya..Moh kita tengok..


Ketibaan kami.. Ni tengah tunggu nak dapat kunci bilik masing-masing


Tempat mengilap kasut yang terdapat di lobby

Di Istanbul, saya dapat sebilik dengan Memey jugak iaitu roomate semasa di Cappadocia. Best! Sebab sama sewel. Hak hak..Setelah dapat kunci bilik masing-masing, kami pun naik. Bilik kami terletak di tingkat 9.

Sampai di bilik, aktiviti pertama orang K.G dot com ialah amik gamba bilik le.. Macam tak biasa..


Katil weols


TV dan meja solek


Kalau kat Cappadocia, punyelah seksa nak caj henpon atau bateri kamera sebab kekangan plug pointnya yang menggunakan palam 2 pin, tapi semua itu tidak menjadi masalah lagi di Conrad Hotel ni. Sume pin pelbagai negara ada disediakan. Bagus!!! Bolehlah saya caj henpon tanpa perlu buat muka seposen nak pinjam charger orang lain. Saya ada bawak traveller charger sendiri, malangnya tak boleh pakai sebab tersalah beli. Tensi akak!!


Hah! Pilih je nak sumbat lubang mana..


Arah kiblat yang terletak dalam laci almari solek


Mintak mahap ye.. Jakun.. Towel dia lebar gila sampai dua orang boleh lilit sekali kot.. Haha.. Tebal pulak tu.. Bagos!


Peralatan nak buat air


Haha.. Motip menatang ni pon akak amik gambonye?


Bilik ayo!


Lagi sekali


Bathrobe untuk feeling-feeling orang kaya

Amacam? Sah tak hotel ni 5 star? Hihi.. So, akak stop kat sini dulu.. Next episod, akak akan ceritakan asal-usul Turki dan ke mana kami dibawa berjalan kat Istanbul ni. Macam yang kita semua tahu, Istanbul inilah sebenarnya satu-satunya tempat di dunia ni yang terletak di dua buah benua. Benua Asia dan Eropah.. Sangat menarik perjalanan akak di Istanbul ni uols. Pastikan korang stay tune okeh..

Sebelum akak mengakhiri entry ni, terimalah buah tangan dari akak sebagai pengubat rindu sementara akak menyiapkan entry seterusnya..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hantu Kak Limah duduk hotel…Ko mampooo??

Baiii…

Hey uols!! Tertunggu-tunggu tak episod seterusnya? Apa? Tak tunggu?!!! Bencila.. Hiks.. Akak baru balik dari Singapore 2-3 hari lepas. Tu yang macam terkehel sikit cite pasal Turki ni. Okelah, meh kita sambung episod Cintaku Tertumpah di Dunia Dua Benua : Hari III Part I.

Selepas makan tengahari di GAR Ankara Railway Station, kami dibawa pula melawat Mousoleum Mustafa Kemal Atatürk (Makam Monumen Mustafa Kemal Atatürk) atau Anıtkabir yang terletak di kawasan paling tinggi di Ankara. Ia merupakan tempat persemadian terakhir Presiden Pertama dan pengasas Republik Turki – Mustafa Kemal Atatürk selepas keranda beliau dipindahkan dari makam asalnya yang terletak di Ethnography Museum pada 10 November 1953, lima belas tahun selepas kematiannya.

Jarak antara GAR Railway Station dan Anıtkabir tak berapa jauh. Lebih kurang 10 minit perjalanan dengan bas. Untuk memasuki kawasan Anıtkabir ni, kawalan keselamatan yang dikenakan kepada pengunjung sangat ketat. Kami terpaksa melalui dua stesen pengimbas keselamatan sebelum dibenarkan masuk. Pada stesen pengimbas pertama, kami dikehendaki turun dari bas dengan membawa semua beg yang kami pegang dalam bas (beg sandang/handbag/plastik) dan melalui sistem pengimbas macam kat airport seorang demi seorang. Semasa kami semua turun dari bas, akan ada seorang pegawai keselamatan yang naik ke atas bas dan membuat pemeriksaan keselamatan dalam bas.


Stesen pengimbas pertama

Selepas melalui sistem pengimbas pertama, kami naik semula ke atas bas dan meneruskan perjalanan. Tidak jauh dari stesen pertama, kami akan turun semula (masa ni boleh tinggalkan beg dalam bas kalau malas bawak) dan melalui sistem pengimbas kedua untuk masuk ke kawasan Anıtkabir tersebut. Macam-macam kan? Tapi ikutkan aje..

Hujan masih lagi renyai-renyai. Nasib baik baju sejuk yang saya pakai ada hood. Bolehla cover kepala dari terkena hujan. Yang mencabarnya, dari bas, kami dikehendaki berjalan lebih kurang 200 meter untuk sampai ke bangunan tersebut.


Lumba jalan kaki sape sampai dulu

Sebaik sampai di bangunan tersebut, kami diberi penerangan terlebih dahulu oleh Sinan (tourist guide) tentang sejarah senibina Anıtkabir dan muzium yang terdapat di situ. Menurut Sinan, Anıtkabir merupakan idea dan kemahuan rakyat Turki untuk mendirikan sebuah makam sebagai penghormatan tertinggi kepada Mustafa Kemal Atatürk, pengasas Republik Turki, revolusioner, seorang askar yang berani, seorang pemimpin yang hebat dan seorang tokoh antarabangsa . Beliau dihormati banyak pihak (kecuali kita-kita ni yang tau sejarah dia, betul tak?) terutamanya pihak Inggeris kerana berjaya membawa perubahan kepada Turki yang pada asalnya gemilang dengan pemerintahan Islam semasa Empayar Uthmaniyyah kepada Turki moden yang demokratik, sekular serta memisahkah aspek agama daripada aspek kehidupan. Baca lebih lanjut tentang Mustafa Kemal Atatürk di sini.

Bagi memilih reka bentuk yang paling sesuai untuk projek khas ini, satu pertandingan antarabangsa telah diadakan dengan arkitek Turki sendiri iaitu Prof. Emin Onat, memenangi peraduan ini mengalahkan 48 penyertaan lain dari seluruh dunia. Anıtkabir, yang terletak di atas bukit yang dikenali sebagai Rasattepe, merangkumi 700,000 meter persegi tanah termasuk Peace Park, yang mengandungi tumbuh-tumbuhan dari semua bahagian Turki dan seluruh dunia. Ia mengambil masa sembilan tahun untuk menyiapkan makam tersebut.

Gamba siling yang sempat saya amik masa Sinan tengah bagi briefing..


Siling Muzium Ataturk, menggabungkan seni Turki purba dan moden

Selepas mendengar penerangan dari Sinan, kami diberi kebebasan untuk melawat makam dan kawasan sekitarnya. Di sebelah kiri Anıtkabir merupakan Atatürk Museum yang dibuka pada 21 Jun 1960. Barang-barang peribadi Atatürk seperti almari pakaian beliau dan beberapa hadiah yang diberikan kepadanya terdapat di muzium ini. Pingat, hiasan dan beberapa barangan peribadi seperti sikat rambut, wallet, pen, duit syiling sehingga uniform tentera dan senjata beliau juga dipamerkan di muzium itu.

Walaupun begitu, terdapat syarat yang dikenakan semasa memasuki muzium tersebut. Kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar. CCTV ada merata-rata dalam muzium tu. Pengawal pun ramai yang berkawal di dalam muzium bagi memastikan larangan tersebut dipatuhi. So, takdelah kenangan dan gambar yang nak ditunjukkan. Sorry uols!

Lepas dah melawat-lawat dalam muzium, saya dan beberapa orang rakan lain sebok nak carik jalan keluar sebab Sinan dah bagitau, bila dah masuk muzium tu, kami akan keluar dari arah lain. Bukan ikut pintu masuk tadi. Carik punya carik kami sampai di cafe dalam muzium tu. Tanya orang ni, bagitau arah ni. Tanya orang tu, dia bagitau arah lain pulak. Sama ada dorang tak paham cakap Omputeh ke, tataula.. Akhirnya kami dibantu pulak oleh sorang mamat yang kitorang rasa tak paham apa yang kami tanya, akhirnya kami tersesat..

Walaupun sesat, terus jugak melangkah sebab kitorang tau, mesti dalam kawasan tu jugak. Ditemani hujan, kami gigih mencarik jalan yang benar..


Golongan yang berada dalam kesesatan


Sesat pun sesat lah.. Ada aku kesah? Nak begamba jugak!

Jauh gak kami berjalan.. Rasanya jalan yang kitorang ikut tu jalan belakang sebab takde nampak orang lain pun. Mustahil la senyap sunyi kan.. Jalan punya jalan, akhirnya kami tiba di satu ruang pejalan kaki yang terdapat banyak patung batu berbentuk singa (24 ekor) dan terdapat lebih kurang 12 orang tentera yang berkawal. Dah cuak gak masa tu. Belah mana kitorang sampai ni? Tak nampak pulak bebudak lain. Yang ada, tu lah singa tu dengan tentera-tentera Turki beruniform pelbagai warna (rasanya tentera darat, udara, laut kot) terpacak tengah-tengah hujan renyai. Cian dorang.. *Cian ada makna ni…Heehee

Masa Sinan bagi briefing kat kitorang masa mula-mula sampai tu, memang dia ada bagitau, ramai tentera Turki beruniform yang akan berkawal di kawasan Anıtkabir ni. Ramai gaklah yang saya nampak. Ada dalam peti kaca kat depan muzium, ada yang berdiri kat pintu masuk muzium. Merata-rata la kiranya. Berdiri tegak je. Sinan bagitau, kami boleh bergamba dengan tentera-tentera tu dengan bertanyakan kepada mereka “May I?” sambil tunjuk kamera kat dorang. Kalau dorang kata oke ke, angguk ke, bolehla amik gamba. Tapi kalau Komander atau Pegawai dorang ada kat situ, biasanya dorang tak bagi kita ganggu tapi tentera-tentera yang jaga kat depan muzium tu macam tak berapa menarik, so akak buat tatau la. Tapi bila tersesat sampai kat ruang pejalan kaki ni, tetiba akak menggeletis pulak nak amik gamba dengan dorang. Kebetulan masa tu Pegawai dorang takde, so apa lagi… Dengan semua jejanz kat situ akak ter”May I?, May I?”. Hahaha dasar!!!

Mari saksikan kehenseman tentera-tentera Turki itteww… Nak satu plis!!! *buat muka gatal


Masam je bang?


Comel kan mamat ni? Cian dia… Berdiri tengah-tengah hujan. Meh adik temankan… Kah kah..Saya saje gedik pegang dia dengan dua jari camtu.. Punyalah lawak muka dia tahan gelak

Ohh, lupa nak cite yang tentera ni berpasang-pasang. Sorang berdiri kat sebelah kanan jalan, sorang lagi sebelah kiri jalan. Kiranya dorang berdiri mengadap-ngadap. Macam tentera yang pakai baju biru mula-mula tu, dia berdiri sebelah kiri. Saya amik gambo dengan dia je. Malas pulak nak amik pasangan dia yang sebelah kanan jalan.

Pastu tentera yang pakai baju hijau pulak, saya amik gamba dengan yang sebelah kanan jalan. Tu dia tengah tahan gelak sebab kawan dia kat depan, tengah usik-usik dia. Hiks!


Serius betul!

Mamat tentera yang pakai uniform hitam ni memang buat saya terkejut. Memula senapang dia tu dia pegang kat atas. Bila saya cakap “May I?” terus dia buat macam orang berkawad yang hentak senapang kat bawah tu. Ingatkan dia marah. Rupanya dalam cubaan nak posing. Gitteww..


Hai bang.. Saya Suzie dari Malaysia.. *muntah

Dorang ni, tiap satu jam ada pertukaran shift. Ni mamat yang kanan pegi ke sebelah kiri ni sebab nak tukar la kot.. Lepas tu, akak teruskan lagi posing menggedik dengan ‘ashkar-‘ashkar yang lain.. Saksikan kegatalanku seterusnya…


Kasih sayang I untuk uols berdua sama rata okeh…

Tinggi-tinggi kan semua? Sinan cakap, ketinggian minimum dorang sume 190cm. Gilo! Stock model ni. Hihi.. Pastu, uols nampak tak banyak singa batu tu? Baru saya tau, nama tempat yang saya tersesat ni ialah Road of Lions. Sebelum sampai kat singa-singa batu dan mamat-mamat hensem di atas, sebenarnya kami terlebih dahulu jumpa statue ni..


Ko dah kenapa? Moteeeeep tutup muka. Malukah???

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Rupanya sebab ni uols.. Dorang pun tak sanggup nak tengok.. Haha..


Kejinya pompan ni.. Malu iols!!” – Begitu kata patung tengah di atas. Hiks!


Statue ni semua ada maksud tersendiri

Jalan punye jalan sambil-sambil amik gamba, akhirnya kami tiba semula depan muzium dan perkarangan Anıtkabir..

Mehla tengok gambar sekitar Anıtkabir tu ye..


Di perkarangan Anıtkabir tempat bersemadinya Mustafa Kemal Atatürk

Menurut Sinan, keranda sebenar Mustafa Kemal Atatürk ditanam 25 meter di bawah tanah. Keranda yang dipamerkan di ruang pameran (Hall of Honor) dalam bangunan Anıtkabir tersebut, hanya replika sahaja.


 Anıtkabir dari jarak dekat


Tah hape makna tulisan tu pon akak tatau


Hujan-hujan pon tetap!!

Kesimpulannya, akak tak masuk pun dalam bangunan  Anıtkabir tu. Tak tengok pon replika keranda Abang Kemal tu. Hiks.. Dan sampai sudah akak tatau bebudak lain keluar ikut mana. Waktu pun dah suntuk. Semua dah bergerak balik semula ke bas. Kenalah akak dan kawan-kawan lain yang sesat ni tadi berlari-larian naik bas jugak. Kena tinggal kang tak pasal-pasal!

Destinasi ketiga dan terakhir kami di Ankara sebelum terbang ke Istanbul ialah Anadolu Medeniyetleri Müzesi (Anatolian Civilizations Museum).  Muzium ini telah dipilih sebagai European Museum of the Year pada tahun 1997. Ia merupakan sebuah muzium yang mempamerkan artifak Anatolian bermula dari zaman Paleolitik, Neolithik, Zaman Awal Gangsa dan macam-macam zaman lagi yang mempamerkan artifak-artifak purba seperti emas, perak, kaca, marmar dan gangsa. Selain itu, koleksi duit syiling pertama yang ditempa pun ada dipamerkan kat muzium ni.



Cam biasa.. Kena scan tiket


Patung takde kepala di kawasan sekitar muzium. Ni patung zaman Roman

Masuk je dalam muzium, kami disambut oleh makhluk comel ni. Eiiii gerammmm!!!


Rasa nak lempang sume kucing kat Turki ni..


Kerek ko ye?


Padan muka penyet!!


Nak cite pasal muzium ke kucing nih? Hihi..


Gatal….

Oke, cukup dulu pasal jantan gedik kat atas ni. Kita sambung balik pasal muzium. Sebelum kami diberi masa melihat-lihat apa yang ada dalam muzium tu, seperti biasa Sinan akan memberi penerangan terlebih dahulu tentang artifak-artifak yang ada. Dari zaman Paleolitik sampailah ke zaman gangsa, semua ada kat situ. Pening gak nak mengimbas balik Sejarah Tingkatan 2 ni.. Keh keh.. Lepas dah diberi penerangan tu, kami dibenarkan melihat-lihat dan bergambar dalam muzium dengan syarat NO FLASH! Oke, fine.. Jom tengok apa yang ada..


Mangkuk zaman dulu. Motip ada mangkuk bentuk badak (ke babi?)


Di permukaan tempayan ni ada terukir simbol-simbol yang mengajar tatacara kehidupan manusia dari aspek keagamaan sampailah cara menambah zuriat. Lucah ini tempayan!


Nama pompan ni ialah Mother Goddes


Rusa jantan – simbol Tuhan Zaman Hittite (1750-1200 BC)


Simbol alam semesta


Berdiri sebelah perigi beracun. Haha, bukanlah. Ntah batu apa..

Di muzium ini saya sempat beli beberapa Fridge Magnet sebab saya dapat SMS dari Malaysia “Nyah, ko beli FM kat semua tempat ko pegi ye. Nanti aku bayar“. Gitu pesanan beliau. Kat sini gak saya hampir kena tipu. Tataulah kena tipu ke ataupun cashier tu mamai. Saya bayar pakai US Dollar. Saya bagi USD20. Dia cakap dia akan pulangkan dalam Turki Lira. Saya tak kisahlah sebab mana-mana pun boleh. Tapi duit yang dia pulangkan tu, bila saya kira-kira balik tak cukup. Bape Lira je yang dia pulangkan. Macam saya bagi dia USD10 pulak. Saya cuba cakap dengan Supervisor minah tu. Dia cakap “How do I know? No proof“. Eh, nak kena ni.. Saya cakap “Please check first!“. Dia pun bukak la cash register machine tu dan dia jumpa note USD20. Akhirnya, dia mengaku tersilap pastu pulangkan lagi USD10. Fuhhh!! Selamat duit haku!

Selesai melawat muzium, kami meninggalkan bandar Ankara. Masa tu hujan renyai-renyai masih membasahi bumi. Bas membawa kami ke airport domestik. Sepanjang jalan ke aiport, kelihatan apartment berwarna-warni menjulang tinggi. Sekali tengok macam rumah kat Kotadem je. Hak hak..


Kalerful!


Macam rumah-rumah kat Kotadem


Babai Ankara


Suhu kat luar 5 darjah celcius.. Eii sejukkk..


Bersalji lagi..


Ke Airport


Patung orang main bola sepak


Sampai dah airport

Sampai aiport, kami pun memunggah barang dan mengucapkan terima kasih serta selamat tinggal kepada driver kami yang sangat berdedikasi dan cekap ni. Apetah nama dia susah nak menyebutnya. Huhu..


Bersama driver yang best sepanjang 3 hari di Cappadocia dan Ankara..Saya namakan dia Pakcik Richard Gere.. Bley?



Yeay.. Sampai airport dah..

Akak stop kat sini dulu ye. Kat sini ada cerita sedey bagaimana akak ditahan oleh pihak Kastam. Apa yang berlaku? Apa yang terjadi pada akak? Nantikan sambungan di episod seterusnya. *Koma ada episod Hari III : Part III. Hahhaa..